Apr 19, 2015

Luruskan niatmu

Assalamualaikum,

Jika suatu ketika, aku sangat teringin mengetahui apa yang lainnya belajar di luar negara. Jika suatu ketika dahulu aku ingin tahu bagaimana pelajar yang berada di luar negara. Aku ingintahu kenapa mereka begini ketika pulang ke Malaysia, dan aku ingin tahu apa yga adanya di sana...

Sebelum aku ke luar negara, aku kenali beberapa kawanku yang belajar di luar negara punya pemikiran yang luas. Aku dapati mereka sangat mengambil berat dan friendly. dan aku kenali mereka tidak segan untuk belajar malah menggali ilmu dengan rakus.

Namun, ada yang aku jumpa belajar di luar tinggi di luar negara, lalu memandang rendah pada orang lain. Dirinya hebat kerana ilmu di luar hebat. Tapi ilmu itu milik Allah, mana2 pun sama, sampai masa akan kembali.

Bila aku di luar negara, aku berharap untuk lebih kenal diri. Didik diri dengan lebih agresif saat diri menjadi golongan minoriti.

Bila aku di luar negara, harapanku tinggi, mahu perbaiki diri, mahu perbaiki bangsaku, perspektif masyarakat, buang kerendahan diri yang menghalang. Namun aku hampir lupa yang paling utama ialah perbaiki hubungan dengan Allah. Lalu insaf... dan biarkan matlamat duniawi terkapai smentara.

Bila aku di luar negara, payah aku jumpa manusia yang rendah hati atau kerana masih tada kerendahan hati dalam diriku? Sering tersentap dengan manusia yang merendahkan orang lain dengan kebanggan tajaannya dan belajarnya di luar negara. Ya, mereka pandai belajar, juga pandai bicara. tahniah, tentu masa depanmu sangat cerang dan terang benderang.

Aku.. meminjam untuk belajar. Maafkan aku, kerana menyusahkan orang yang pandai.

terima kasih juga kerana ajari ku dan sedarkan bahawa aku dari Tanah Melayu tanah tumpah darahmu juga, yang taraf pendidikannya masih rendah, tapi Pak Menteri kata tinggi dan masih hantar anaknya ke luar negara.

12.12pm
20 April 2015
Kamar beradu, angin dingin. Kangaroo State.

Apr 16, 2015

Pecahkan Fobia itu

Assalamualaikum..

Aku merantau pada saat Islamophobia mula timbul semula.. April, saat tanah airku bising mengenai GST, menteri-menteri mengeluarkan hujah tanpa berfikir, mengambil kesempatan menaikkan elaun menteri apabila rakyat berkira bagaimana nak kurangkan pendapatan dan berjimat-cermat, golongan minoriti di sini berfikir, bagaimana harus kami kurangkan eksploitasi terhadap bangsa sendiri, eksploitasi terhadap agama sendiri. Akhlak yg dipamerkan pula tidak langsung melambangkan ajaran yg telah dipelajari, maka terkapai-kapailah untuk dibetulkan. Membetulkan yang bengkok dari dalam diri.


Apr 8, 2015

April 2015

Assalamualaikum,

Kini hampir 2 bulan berada di bumi Kanggaroo, Koala dan Platipus. Masih lagi dalam status menyesuaikan diri dengan suasana dan orang2nya.

Well, I admit that the introvert type is built inside which make it hard to socialize. Sometimes being pro-active and loud can be really tiring. Well I'm not that kind very much, although can be like one too. But it doesn't mean that I separated myself all the time. Maybe, it depends on who I'm with.

yup, until now, loneliness is still in the air, but i now start killing time instead of studying. *sigh*.

I always want to study oversea, to experience the life, new friends and student life again. but seems i forgot the most very important thing, to study, be here coz of Allah. I have to renew my intention.