May 18, 2015

hari yg rahmat buatku

Bismillahirrahmanirrahim,

Hujan di luar sangat renya dan damai hari ni, Semalam mendung berkala, maka aku mengharapkan sinaran pagi esok mencecah hingga ke hati.. Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama bingung, maka hari ini  untaian ketidakpastian itu terungkai, maka putuslah ia. Keras, setelah sekian lama terumbang-ambing, cucuran rahmat membasahi, lalu hati ini turut menangis.

Berkali-kali ku pohon, dan akhirnya dijauhkan.. dan akhirnya sangat jauh beribu batu malah perlu merenangi lautan yg mengubur pesawat lalu. Lalu, tekad ku Ramadhan lalu untuk mulai kehidupan ikatan baru, kini segar ke hadapan.

Saatnya utk aku merantau memula kehidupan baru sepenuhnya.. akan kuterokai lautan,gunung, gurun, dan selagi harapnya aku mampu dengan izin-Nya. Dia yang menguatkan, yg menjukkan aku, dan lebih mengetahui, Maka, aku teruskan saja perjalanan ini tanpa menoleh ke belakang.

Maaf luka semalam, parutnya masih dalam.
ok, kembali ke penulisan ilmiah.. :P

Puitis la sangat.. paham ke entah.. haha..
4.52pm
Engineering Library, Kota kangaru. 

Apr 19, 2015

Luruskan niatmu

Assalamualaikum,

Jika suatu ketika, aku sangat teringin mengetahui apa yang lainnya belajar di luar negara. Jika suatu ketika dahulu aku ingin tahu bagaimana pelajar yang berada di luar negara. Aku ingintahu kenapa mereka begini ketika pulang ke Malaysia, dan aku ingin tahu apa yga adanya di sana...

Sebelum aku ke luar negara, aku kenali beberapa kawanku yang belajar di luar negara punya pemikiran yang luas. Aku dapati mereka sangat mengambil berat dan friendly. dan aku kenali mereka tidak segan untuk belajar malah menggali ilmu dengan rakus.

Namun, ada yang aku jumpa belajar di luar tinggi di luar negara, lalu memandang rendah pada orang lain. Dirinya hebat kerana ilmu di luar hebat. Tapi ilmu itu milik Allah, mana2 pun sama, sampai masa akan kembali.

Bila aku di luar negara, aku berharap untuk lebih kenal diri. Didik diri dengan lebih agresif saat diri menjadi golongan minoriti.

Bila aku di luar negara, harapanku tinggi, mahu perbaiki diri, mahu perbaiki bangsaku, perspektif masyarakat, buang kerendahan diri yang menghalang. Namun aku hampir lupa yang paling utama ialah perbaiki hubungan dengan Allah. Lalu insaf... dan biarkan matlamat duniawi terkapai smentara.

Bila aku di luar negara, payah aku jumpa manusia yang rendah hati atau kerana masih tada kerendahan hati dalam diriku? Sering tersentap dengan manusia yang merendahkan orang lain dengan kebanggan tajaannya dan belajarnya di luar negara. Ya, mereka pandai belajar, juga pandai bicara. tahniah, tentu masa depanmu sangat cerang dan terang benderang.

Aku.. meminjam untuk belajar. Maafkan aku, kerana menyusahkan orang yang pandai.

terima kasih juga kerana ajari ku dan sedarkan bahawa aku dari Tanah Melayu tanah tumpah darahmu juga, yang taraf pendidikannya masih rendah, tapi Pak Menteri kata tinggi dan masih hantar anaknya ke luar negara.

12.12pm
20 April 2015
Kamar beradu, angin dingin. Kangaroo State.

Apr 16, 2015

Pecahkan Fobia itu

Assalamualaikum..

Aku merantau pada saat Islamophobia mula timbul semula.. April, saat tanah airku bising mengenai GST, menteri-menteri mengeluarkan hujah tanpa berfikir, mengambil kesempatan menaikkan elaun menteri apabila rakyat berkira bagaimana nak kurangkan pendapatan dan berjimat-cermat, golongan minoriti di sini berfikir, bagaimana harus kami kurangkan eksploitasi terhadap bangsa sendiri, eksploitasi terhadap agama sendiri. Akhlak yg dipamerkan pula tidak langsung melambangkan ajaran yg telah dipelajari, maka terkapai-kapailah untuk dibetulkan. Membetulkan yang bengkok dari dalam diri.


Apr 8, 2015

April 2015

Assalamualaikum,

Kini hampir 2 bulan berada di bumi Kanggaroo, Koala dan Platipus. Masih lagi dalam status menyesuaikan diri dengan suasana dan orang2nya.

Well, I admit that the introvert type is built inside which make it hard to socialize. Sometimes being pro-active and loud can be really tiring. Well I'm not that kind very much, although can be like one too. But it doesn't mean that I separated myself all the time. Maybe, it depends on who I'm with.

yup, until now, loneliness is still in the air, but i now start killing time instead of studying. *sigh*.

I always want to study oversea, to experience the life, new friends and student life again. but seems i forgot the most very important thing, to study, be here coz of Allah. I have to renew my intention.

Jan 11, 2015

Kalimat indah dari Dr. Aid Al-Qarni


This is a very nice quotes that you'll fall in love immediately after reading it. :)


نحن لا نملك تغییر الماضي
Kita tidak boleh merubah yang telah terjadi
و لا رسم المستقبل ..
Juga tidak boleh menggariskan masa depan
فلماذا نقتل أنفسنا حسرة
Lalu mengapa kita bunuh diri kita dengan penyesalan?
على شيئ لا نستطیع تغییره؟
Atas apa yg sudah tidak boleh kita ubah?
الحیاة قصیرة وأهدافها كثيرة
Hidup itu singkat sementara matlamatnya banyak
فانظر إلى السحاب
و لا تنظر إلى التراب ..
Maka, tataplah awan dan jangan lihat ke tanah
إذا ضاقت بك الدروب
فعلیك بعلام الغیوب
و قل الحمدلله على كل شيئ
Kalau merasa jalan sudah sempit, kembalilah ke Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib!
Dan ucapkan Alhamdulillah atas apa saja.
سفينة (تايتنك) بناها مئات الأشخاص
Kapal Titanic dibuat oleh ratusan orang
وسفينة ( نوح ) بناها شخص واحد
Sedang kapal Nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang
الأولى غرقت والثانية حملت البشرية
Tetapi, Titanic tenggelam. Sedang kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia
التوفيق من الله سبحانه وتعالى

Taufik hanya dari Allah swt
نحن لسنا السكان الأصليين
لهذا الكوكب الأرض !!
بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة )
Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah syurga
حيث كان أبونا آدم
يسكن في البداية
لكننا نزلنا هنا مؤقتاً
لكي نؤدّي اختبارا قصيرا
ثم نرجع بسرعة ..
Tempat, dimana org tua kita, Adam, tinggal di permulaan.
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,
Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.
فحاول أن تعمل ما بوسعك
لتلحق بقافلة الصالحين
التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع
و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير
Maka berusahalah semampumu,
Untuk mengejar kafilah org2 sholeh, Yang akan kembali ke tanah air yg sgt luas
Jangan sia2kan waktumu di planet kecil ini..!
الفراق: ليَس السفِر، ولا, الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ
سنجتمَع في الآخرة
الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنة،
والآخر في النار
جعلني ربي وإياكمَ من سكان جنته..
Perpisahan
itu bukanlah kerana perjalanan yang jauh,
Atau kerana ditinggal orang tercinta,
Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat.
Perpisahan itu adalah,
Jika salah satu diantara kita di syurga dan yg lain di neraka.
Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni syurga!
والحياة ما هي إلا قصة قصيرة !!
( من تراب . تراب . إلى تراب )
( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )
Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah,
Lalu hisab (yang hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau seksa.
فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ
اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك
Maka, Hiduplah untuk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yang paling bahagia.
Ya Rabb untukmu segala puji yang layak untuk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!