Sep 16, 2014

Quote menarik: Muhasabah sebelum tidur

" We make a living by what we get, But we make a life by what we give"

Hidup lebih bererti dengan memberi... :)

Kadang, kita tidak punya wang berjuta, mahupun berpuluh. Baju dipakai sudah dirotate banyak kali, sedangkan orang lain, baju baru sentiasa. Makan juga kadang-kadang sampai ikat perut. Hanya satu kesilapan dalam membuat keputusan di satu masa dahulu, membuatkan kita lebih banyak menghargai kehidupan dan apa yg ada di depan mata.

Ya, andai aku pergi kini, mungkin roh ku tertahan. Jadi, muhasabah hari ini ialah bagaimana untuk melepaskan diri dari belenggu. Andai aku berada di atas, mungkin aku adalah orang yg sangat lalai.
Alhamdulillah, aku kini berpijak di bumi nyata. masih punya pakaian, tempat tinggal dan sumber rezeki. Lebih baik daripada hidup gelandangan. Namun, hati mereka besar, masih mampu memberi saat memerlukan. Rupanya, mereka lebih kaya daripada Jutawan lupa diri, yang takut memberi kerana takut kehilangan. Padahal mereka terpedaya, sbenarnya mereka tidak punya apa yg menyebabkan mereka tidak dapat memberi.

Berilah walaupun sedikit. Harta, masa, peluh jerih mahupun secebis senyuman. Orang memberi lebih kaya, masakan memberi kalau tidak punya harta. Harta diberi bertebaran ke serata dunia kepada orang yg memerlukan.. Ya, asal kita tidak punya apa, maka yg diberi pun tiada apa-apa. :)

Bersyukurlah.. andai nyawa dikandung badan, teruskan senyum menghadapi masa depan. Don't worry, coz He holds tomorrow.

p/s: target selepas ini ialah menderma darah.. Moga penerima darah ini, dapat meneruskan kebaikan dan menyebarkan manfaat buat orang lain.. :)

teratak lindungan,
11.51pm
Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. the more you give, the more you get..
    benar..hidup dgn memberi..amat2 beruntung..
    teruskan langkahmu dgn bnyk memberi. ^_^

    ReplyDelete