Sep 21, 2014

Hola KL ! Pilih hidupmu.

Salam Sabtu. Salam September.

Dulu aku pernah menulis bahawa tinggal di bandaraya Kuala Lumpur ini suatu yang memenatkan. Kepantasan kenderaan, kelajuan teknologi dan pergerakan manusia mengejar material. Bangunan pencakar langit yang tinggi menutup sinaran matahari. Berjalan di pusat bandar ibarat berada di kota batu. Ya dan berada di suatu kawasan yang dipenuhi kehijauan adalah suatu nikmat yang tidak dapat dilupakan.

Sejak perumpamaan kota batu itu dikeluarkan, aku baru sahaja dapat kereta buat digunakan bagi memudahkan pergerakan. Jauh dari kesesakan manusia dan pecutan waktu (konon). Alhamdulillah, aku pernah menangis kerana naik selalu kene naik public transport, utk outstation. Namun aku lupa, aku telah melangkah satu lagi ke arah kejaran material, hampir sama kepada mentaliti majoriti penduduk sini (dunno whether it's true, but my typical mind always saying it that way.. huhu). Setelah sekian lama berkecimpung dalam kesesakan lalu lintas di dalam kenderaan berhawa dingin, peluang  melarikan diri dari kesibukan jalan raya aku ambil sebagai peluang.. hehe akhirnya, dapatlah enjin n minyak kete aku rest kejap..

Perjalanan ke Jalan Tun Abdul Rahman melalui stesen Bandaraya, membuka kembali minda aku.. sepanjang perjalanan, kelihatan seperti biasa gerai-gerai menjual makanan dan pakaian. Si Ibu memborong pakaian,si bapa menggendeng anak. Ada pasangan berjalan berpegangan tangan, si penjual mengibas-ngibas kain jualan menarik perhatian pembeli.. dan kaun wanita berjalan perlahan apabila melalui kedai-kedai bagi menjamu mata. Jika berjalan tanpa berfikir, itu adalah perkara biasa di situ. Apabila aku melihat atas dasar rezeki, mereka sangat gigih, gembira bekerja dan itulah pekerjaan mereka. Namun, aku pasti, ada antara mereka yg menjadikan ia sebagai pilihan, atau mungkin itu sahaja pilihan yang mereka ada. Tiada pilihan melainkan perlu bekerja keras. Berapakah pendapatan mereka sebulan? Cukupkah menampung kehidupan di KL ini? Sambil berjalan, kelihatan juga para pembeli membelek-belek kain. hmm.. bergaya juga beg yg mereka bawa. Mau juga mereka turun membeli belah di sini. Tentu tiada masalah bagi mereka utk memborong bergelen-gelen pakaian di sini.. Ya, taraf hidup kita berbeza.

Jalan TAR: credit to ECMalaysia (sorry, pinjam gambar)

Jika dulu punya pendapatan melebihi tanggungan, kerap kali mebeli tanpa berfikir panjang .. (hadoi.. sedihnya). Bila tiba masa perlu berjimat, kita akan benar-benar berjimat. Dan, jalan ini benar-benar menguji nafsu bershopping.. ! cukup di sini, walau selembut mana godaan penjual, hanya tekad peneman jiwa.. huu.. maaf, kini wangku hanya cukup untuk belanja makan 2 hari..

Habis berjalan, kembali ke laluan pejalan kaki stesen LRT, kelihatan ibu bersama anaknya memegang bekas meminta simpati. kalau aku punya wang utk dua hari.. adakah mereka mampu membeli makanan utk 2 hari..? (tetiba tgk bekas, eh.. duit kau lagi banyak.. hihi... *just joking*). Cuma beza, aku masih mampu menjadi tangan di atas, dan itu lebih baik. Menjadi tangan di bawah mungkin adalah satu pilihan atau, memang tiada pilihan lain. Maka bersangka baiklah, moga dimudahkan jalan dalam mencari rezeki. Boleh jadi, mereka lebih banyak menjadi  tangan di atas tanpa kita sedari. :(

Rasanya, kalau dalam LRT, kita boleh tengok lagi banyak ragamnya.. too much to explain. Open your eyes and observe, but don't judge!. We don't have the rights to judge others. Aku pilih LRT kerana lebih mudah dan pantas. Mungkin kenderaan ini menyumbatkan pelbagai jenis orang yang kadang menyenangkan atau menjelikkan mata. Ada yg membawa barang berbondong-bondong, dan ada sibuk dengan smartphone. Berasak-asak dalam LRT kerana tiada pilihan.. tapi mungkin lebih baik daripada orang di luar sana..

Hujan semakin reda.. Alhamdulillah, aku tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat hujan atau banjir. mungkin perlu berlari-lari anak sedikit kalau hujan belum berhenti. Basah sedikit tidak apa, berlari-lari dalam hujan sambil berdoa. Bukankah berdoa dalam hujan itu antara waktu yg dimakbulkan?

Selamat tinggal Merc, BMW, and 'you'. Aku mungkin tidak dilahirkan ber'ada-ada' as 'you', namun sedikit pilihan yg aku lalui menjadikanku menghargai nikmat yang dipunyai kini. Boleh jadi ia kekal selama 2 hari, atau 2 minggu, dan boleh jadi hanya 2 minit. Insaf, sekejap atas nikmat yg sebentar.. renungkan surah Ar-Rahman, nikmat manakah yang telah aku dustakan.. ? Istighfar sebentar, mungkin ada sedikit bunyi kesombongan dalam lintasan hati mahupun tulisan.

Bye 'you', maafkan aku andai sedikit sarcastic. Aku teringat akan kata2 (tidak pasti hadis atau sekadar ungkapan), bahawa 2 orang yang wajar dicemburui; orang yg menyampaikan ilmu, dan orang kaya yang banyak bersedekah.. Maka aku akan jeles dengan 'you'. Moga jumpa lagi.

Kuala Lumpur
12.14am (lewat sedikit daripada masa sepatutnya dipublish)





No comments:

Post a Comment