Feb 5, 2014

KPI. KPI. KPI.

KPI.

Key Performance Index
Kelab Persatuan Ibu.
Kepimpinan Pelajar Islam.
Kami Pelajar Independent.. !

Lagi? Sila senaraikan apa lagi yang kalian boleh dapat dari perkataan KPI tersebut. 
well, bila sebut pasal KPI, sudah pasti akan terfikir berkenaan prestasi. Selalu dikaitkan dengan prestasi kerja, sejauh mana kita telah berusaha mencapai target tersebut.

KPI dunia, KPI syarikat, KPI boss, sangatlah tinggi seperti seolah-olah cuba berusaha menggapai bintang di langit.

Pendakian mendaki langit mustahil tu, perit seolah2 sedang mendaki sebuah gunung yang tinggi. Manakan tidak, cuba menggapai sesuatu yg sangat tinggi tapi sementara.

Tetapi KPI ini lah sebenarnya menjadikan kita seorang yang sentiasa membaiki diri.Sentiasa mempositifkan diri..

Maka tidak perlulah beralasan menyalahkan KPI saat kita tidak mampu. 
Cuma mungkin kita telah meletakkan KPI tersebut terlalu tinggi hingga susah digapai.

Berpijaklah di bumi nyata.. Kita hanya merancang, Allah menentukan.. Bermujahadahlah kerana Allah suka orang yg kuat. dan akhir sekali letakkanlah pergantungan penuh kpd Allah.

tenkiu ~

No comments:

Post a Comment