Feb 3, 2013

Duduk sendiri bersempit-sempit.

Assalamualaikum wbt... 

Perjalanan masa yg panjang mampu mengubah seorang dri segi fizikal, cara berfikir, pakaian dan status.. perubahan juga telah mengubah
status seorang dri miskin ke kaya, bujang ke berkahwin, dri tiada anak ke ada.. bebas hutang ke berhutang dll.

Perjalanan masa yang panjang juga telah memberikan masa yg lama utk bermuhasabah.. berfikir atas tindakan lalu yg agak tidak wajar dan keanak-anakan. 

Aku terduduk sebentar cbe menyulami dan mencantum semula perkara yg pernah rabak dulu.. mana mungkin ia akan cntik spt asal.. kerana kepentingan diri akhirnya merosakkan kecantikan ikatan yg asalnya telah disulam rapi.. itulah hakikay manusia yang bernama 'pemikir diri sendiri'. manusia kecil hanya bila ia memikirkan dirinya shj, namun menjadi besar jika fikirannya meluas kpd org lain..
Allah menemukan kembali simpulan yg telah dipisahkan ibarat memberi peluang utk pembaikan.. 

**********************************************************************************

Begitulah antara nukilan yang sempat ditaip sebelum tidur kerana tak boleh tidur.. huhu.. Boleh pulak teringat pasal ni..especially ketika beberapa jam bertemu sahabat lama yang telah lama tak jumpa.. :)


Puitisnye..

OK, back to our notes.  Bila suatu pertemuan itu sangat lama tidak berlangsung, ia boleh jadi atas beberapa sebab:

  • Memang terpisah lama (tukar no. tel)
  • pergi ke tempat jauh mencari ketenangan
  • Missing in action

Selama perpisahan yang bertahun-tahun, pasti setiap orang ada cerita suka dan dukanya. Dan biasanya setiap orang akan merasakan kisahnya lah yang paling sedih /gembira.Tetapi biasanya kegembiraan itu mesti disebabkan perkahwinan atau melahirkan anak. *thinking*
 
Jadi, orang yg telah memisahkan diri tiada cerita sedih mahupun gembira yg diketahui oleh orang yang dipisahkan. Hal ini kerana dia telah disibukkan dengan dirinya sendiri, dan disempitkan dalam satu kotak yang bertutup.

Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

Jadi, menjadi keutamaan bagi seorang Muslim untuk menyambung silaturrahim.. Kerana tingkatan terendah dalam berukhuwah adalah berlapang dada. 

Selagi mana kita masih hidup, sambunglah silaturrahim dan panjangkan ia.. Jika tidak mahu hidup bersempit, hiduplah dalam kelapangan dalam berukhuwah & bersilaturrahim. Dengan ini, fikrah kita lebih luas, dan ilmu lebih berkembag serta menjadi lebih bersyukur. 

Dengan berukhuwah, keimanan bertambah, kerana ia menyedarkan kita untuk menghargai apa yang kita punyai sekarang dan tidak mencemburui dengan apa yang tiada. 


suntingan ke-3
Hamba kerdil
12/2/2013