Jan 30, 2013

Anda bijak....! Bila ingat kematian

Assalamualaikum wbt.

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke da;am syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" QS (3: 185)




Berita yang diterima sebaiknya pulang dari cuti selepas cuti yang tak berapa panjang, sungguh mengejutkan dan memukul2 diri.. (please jangan fikir pukulan ala2 Syiah yang menyambut Hari Asyura tu, it's totally different okay!).

Apakah berita itu? (sila buat2 tanya ala-ala membaca surah an-Naba'). 

Itulah berita tentang kematian, bila mana orang selalu kata, 'orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati kematian' Maka, berita yang diterima adalah ibarat 'surprise' yang mengejutkan dari Allah seolah-olah mengatakan 'Dear U yang dikashi, silalah ingat mati, lepas ni turn siapa pulak? Tepuk dada tanya iman, adakah anda sudah bersedia?'

Pemergian seorang kenalan yang tidak beberapa rapat, tetapi perkenalan singkat beberapa tahun dahulu, tidak pernah dianggap bahawa dia bakal pergi dahulu. Silaturrahim yang terjalin sebentar, tanpa dieratkan dengan aggapan bahawa, selalu terjumpa kerana satu building kerja, diambil lewa begitu sahaja. Perkhabaran dia yang buat kita selalu intermittent dengannya tetapi sebenarnya dia tidak pernah intermittent dengan Allah. Bahawa sebenarnya, walaupun perkenalan singkat, bila mana seorang hamba disayangi Allah, maka Allah menjadikan orang-orang disekelilingnya merasai pemergiannya. Betapa kasihnya Allah pada hambanya.

Maka tidak perlu gusar wahai sahabat sekalian, andai kita bukan bergelar 'popular' di mata manusia, berusahalah untuk 'popular' di mata Allah. Allah akan mencukupkan segala yang ada padamu. Pemergiannya atas asbab sakit yang Allah beri tanda kurang dari setahun, dalam dalam tempoh itu juga beliau meninggalkan kami.. Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa, bila-bila masa sahaja nyawa boleh ditarik balik. Ya Allah, tempatkan beliau di kalangan hambaMu yang solehah. Dan Engkau jadikanlah kekuatan dan ketabahan beliau menghadapi sakaratulmaut sebahagian dari kekuatan anak2nya, suaminya, keluarganya, serta sahabat beliau. Dan jadikanlah kami yang masih hidup ini sentiasa taat beribadah kepadaMu dan menerima bahawa kematian itu adalah suatu yang pasti.

Dan kesokkannya, beberapa lagi berita kematian tiba ke pendengaranku.. Saban hari, makin dekat.

So, di makah kita?


30 January 2013
9.30pm 
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment