Jun 23, 2013

Saya Budak Baru belajar

Alhamdulillah setelah 3 sem ponteng, kerajinan kembali semula.. ku sambung semula pengajian sijil di UM dengan perasaan baru.. yeps.. tujuan asal n rasa asalnya berbeza kini.. Jika dulu sekadar utk ilmu sendiri, kini tujuannya lebih daripada itu. Bukan sekadar pengetahuan, malah pemahaman. 

Usia mematangkan kita tapi akan sentiasa muda saat kita asyik menuntut ilmu. Hati yang bersih mudah menerima ilmu, begitu juga dengan penyampai ilmu tersebut, Bila seseorang yg dikurnaikan hikmah, maka ilmu itu mampu menusuk terus ke hatinya.

Imam Malik bin Anas berkata :

"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan (sesuatu), melainkan hanyalah Nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."
Dengan ilmu, kita mengenal pencipta, dengan ilmu lita mengenal ciptaanNya, dengan ilmu kita memahami tuntutanNya, dan dengan ilmu kita mampu bertindak mengikut apa yang telah diaturkan. 

Selalu kita tersasar dari aturan yg ditetapkan, maka dengan ilmu, kita mampu membersihkan kembali dan membawanya ke jalan yg betul.. Benarlah ilmu mampu melindungi kita.. Ilmu menjadikan kita lebih ghairah ibarat kanak-kanak kecil yang ketagihan makanan manis.. Maka tidak hairanlah, orang yg menunut ilmu selalu muda.. walau ia menyembunyikan diri di kalangan pelajar muda, tetap dia adalah pelajar.. Sama bukan statusnya.. ? 
Aku punya cinta.. cinta pada ilmu Mu yg luas, yang mampu membawaku padaMu.. maka tempahkanlah satu kerusi untukku di sana.. walaupun ia sekadar stool ! 

"Katakanlah : Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (QS Al Kahfi : 109)

Mar 27, 2013

Journey to the home

Perjalanan Cik Nor pulang ke rumah hari ini sungguh mencabar.. kerana 'misi kali ini mesti diselesaikan hari ini juga..' kata Cik Nor pada dirinya sendiri.. "plup plup". Bunyi aplikasi whats app dari telefon Cakerawalanya berbunyi..


6.06am
Azan subuh berkumandang. Masa untuk solat subuh. Terlihat sosok tubuh bertelekung sujud menghadap Ilahi. Aku cuba untuk tidak menjadikan percutian bulanan sebagai alasan utk aku jauh daripadaNya. Ku kebil2x kan mata sambil mulut beristighfar dan berzikir.. dan.. perlahan-lahan, mataku terpejam kembali.. Arghh... tenggelam dalam mujahadah singkat.

8.00am
Selesai bersiap untuk ke tempat kerja.. Ops.. hari ni ada 'training'. jadi kene bergerak segera.. kerana pastinya penantian di Stetesn LRT Damai sangatlah menyeksakan. Espesialy, bila melakukan adegan lambaian teksi, tetapi semua teksi memecut dengan egonya kerana teksinya telah diduki penumpang.. Darn utk tiba ke LRT Damai pula mesti melalui 10 stesen.. waahh.. banyaknye.. huhuhu.. mesti sampai on time..
'Kriukkkk Pruut...' aduh.. panggilan tandas..

1.00pm
Lunch time. baru lepas sejam aku menghabiskan karipap terakhir dari 6 biji karipap yang sempat dibeli semasam dalam perjalan ke sini. Mati kutu dibuatnya... diharapkan training tamat selepas Zohor, maka sempatlah membuat aktiviti yang penting kononnya.. Cikgu bagi kunci kelas, maka dengan berat hati ku kunci kelas, dan bergerak ke kantin.. Adus.. ramainya jejaka technician.. kupercepatkan langkah dan gapai sekotak air coklat Dutch Lady, sebotol air mineral dan satu roti krim ala Gardenia.. Cukuplah sebagai alas perut tengah hari. seusai makan di kelas. Qailulah. (xde orang kan dlm kelas)

5.00pm
Mesej Whats App yang dibaca pagi tadi terngiang2 di kepala.. selepas menghantar kerts penilaian, aku terus memecutkan langkahku ke hentian teksi. seperti kejadian pagi tadi.. kebanyakan jual mahal.. lebih2 lagi Jalan Semarak mula sesak.. dan sudah tiba waktu sesak Jalan Ampang. Ku hayunkan langkah ke seberang dgn harapan ada teksi yg sudi.. Skreeet......... Sebuah motosikal membrekkan motonya di tepiku. rasanya kurang semeter dariku. Allahuakbar! hanya itu yg mampu aku ucapkan.. lalu kuteruskan langkah setelah memohon maaf dr si penunggang.. *serius lintas jalan tak nampak motor tadi.. * Aku hampir menjadi mayat.

5.36pm
Detinasi pertama tiba dengan perasaan kelegaan. Perjalanan menggnakan kaki sendiri sungguh memenatkan namun aku percaya, misi menurunkan berat badan pasti berhasil. hahaha..Sungguh.. perjalanan tadi tanpa perasaan..ibarat 'mayat hidup'.. selepas peristiwa sebelumnya.



5.45pm
Alhamdulillah.. KLCC! ramainya orang.. aku berjalan ke destinasi yang ingin dituju dengan tekad.. Namun kecewa.. Kepenatan kaki berjalan sejauh 2km belum hilang..dan kuteruskan perjalanan ke KL sentral.. Alhamdulillah.. Allah mudahkan.

6.36pm
Akhirnya, tiba di destinasi.. aku merewardkan diriku dengan sebungkus laksa, kerana berjaya melaksanakan misi, dan bermujahadah.

10.15pm
Now, I'm really exhausted. Heart and body, physically and mentally. Namun, beberapa persediaan perlu dibuat malam ini.. untuk esok.. Am I able to wake up early tomorrow?

Rehatku di Syurga nanti..perjalanan jauh hari ini sambil memikul laptop seberat 2.8kg betul2 meningatkan kepada Kisah Son Goku dan Kurin menuntut ilmu bersama Cikgu Kame.. Beban yang berat dipikul dengan sabar dan tekad menjadikan mereka mudah berhadapan dengan cabaran berikutnya. Terkenang juga saat belajar di Sabah. Memikul 3kg laptop ke kuliah..ke library.. tanpa kemudahan kenderaan..

Kesusahan semalam menjadikan kita pada hari ini.. Maka bagaimanakah kita hari esok dengan kesenangan kini?



10.23pm
Kuala Lumpur.


Mar 23, 2013

Jauh perjalanan luas pandangan

Pada suatu hari yang sunyi, dan tak berapa tenang, rumah yang biasa dirasakan besar buat orang lain tiba-tiba dirasakan kecil. Bukan kerana besarnya perabot mahupun almari yang terhias di dalam rumah. mahupun kerana bertambahnya barang kesan shopping berlebihan, atau construction bangunan pencakar langit di sekeliling apartment yang semakin bertambah. Namun, realiti hakikatnya, hatinya telah merasa sedikit kekosongan yang menyebabkan ruang hatinya turut mengecil.. Seketika, satu pemikiran biasa yang sedikit saintifik terlintas,

'Adakah hati ini juga seperti perut, bersifat elastik? Jangan disangka kecil, tapi boleh mengembang kerana bertambahnya makanan.. sebab itu tak pernah kenyang.. Minta diisi'

Mungkin sebenarnya, hatinya telah terbuang sesuatu yang besar bila mana diisi sedikit maka ia akan memenuh seluruh hatinya.. Apakah itu? Maka, saat sudah terasa sempit di rumah..1, 2, 3 let's take a short break and go for a little walk. :)

Chup2x.. Harapnya tiadalah salah faham mengenai ke'sempit'an hidup yang dialami. Sempit di sini ibaratnya kosong, or suddenly sad, or sunyi. Sempit definisi biasa (mengikut Kamus), boleh didefinisikan sebagai kesusahan. Kesusahan wang, hidup, sometimes sempit ni boleh jadi marah, tak best, bosan.. (gaya2 anak2 remaja yang suka memberontak). Maka, bila mula rasa begini, I always have the feeling that ' I need a walk' or 'I need to drive' or 'I'm feeling like jumping or jogging in the park!' or 'duduk melepak kat atas batu mengadap laut yang biru... (i miss that place very much)' or 'baring atas rumput yang hijau mengadap ke langit.. ' atau.. 'let's go somewhere else where nobody recognise you'

Hahha.. (suddenly).. itu sume macam gaya orang bawa diri..macam merajuk dan sangat melayan blues *tepuk dahi sendiri*

Actually, berjalanlah dan berfikirlah; bukan sekadar mengosongkan minda dan suddenly mengeluh or menangis..  (was like that before.. huhu.. sangat rugi).

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (Ali Imran : 137).

Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu” (Al An’am : 11).

Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (An Nahl : 36).

Katakanlah: “Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa” (An Naml : 69).

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

 Berjalan-jalan yang bermakna namanya.. Perjalanan kita bukan sekadar menghabiskan duit..mahupun minyak kereta. Atau mendatangkan penat. Sebaliknya, menjadikan kita seorang yang lebih matang dan mampu berfikir serta bersyukur.. hmm.. well some said that, to see the real you, see how a person respond during their driving.. especially masa tengah jem.. hehe.. yang lebut jadi kasar.. muka ayu bertukar bengis... *Oh no*

Berjalan-jalan di atas jambatan merentangi sungai
Kita dan sungai.. Sungai yang bersih, airnya mengalir jernih, kerana air yang bertakung lebih banyak menahan sampah.

Si buta dan si celik
Walaupun kelam penglihatan.. namun hatinya tidak pernah gelap. Kayu sebagai alat dan hati yang setia memandu. Tidak mengharap belas ihsan si celik, kerana ruang dan perjalannya terhad. Namun si celik masih kelam mencari perjalanan hidup, malah boleh tersasar dengan sendiri. Tetibe terasa macam terkena batang hidung sendiri..

okay.. I'm writing this while watching Transformer.. pause kejap masa Optimus Prime sebut " Nasib tak selalu mendatangi kita pada waktu yang diingini"

Segala perkara yang datang kepada kita, biasanya saat kita tak bersedia menerimanya. Kerana kita tidak pernah tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Perancangan ialah satu tindakan berhati-hati menghadapi kemungkinan.


Let's transform!

Saturday 23032013
11.44pm
Kuala Lumpur

Mar 3, 2013

Dalam hati ada taman

Assalamualaikum wbt..

 Wo ai ni.. Wo pe ce taw..

Praktis cakap mandarin, walaupun Chinese New Year baru sahaja berlalu.. Sibuk punye sibuk.. rupanya dah melangkah ke bulan March.. Sudah 42 hari berlalu selepas peningkatan umur.. Bila jalan-jalan mostly orang pun dah panggil kakak kan.. walaupun pada hakikat dan kebenarannya orang yg memanggil itu lebih tua. Well, does age really matters? By the way, mati tak kenal usia.. sempatkah aku sampai ke tua.. mengharungi kehidupan bersama anak dan cucu..?
Chewah.. jauh betul pemandanganku ini..

Itulah realiti.. actually umur menjengkau 25 mula persoalan-persoalan tambahan.. Bak kata Prof Muhaya.. Manusia ni hidupnya tak pernah puas.. bila buat sesuatu tu ada sahaja ingin membanding-bandingkan (ulasan dr diri sendiri).

Misalnya ye puan-puan.. Ibu-ibu, bila ada anak nk masuk sekolah, mula bertanya.. anak sekolah mana2, private schoolkah? Periksa no. brapa... universiti mana, kerja mana? dah kawen ke belum? ada anak or tidak. dan akhirnya berpusing kembali persoalan itu.. So, tak kemana.. mungkin kerana hati ada duri.. tak cukup untuk diri, nak cucuk orang lain.. aduussss..

Jadi, sebenarnya.. nak diceritakan.. semua orang akan melalui fasa umur sebegitu.. dan bila mana mencapai rasanya mostly dah ada taman dalam hati. cuma ada yang menafikan dan ada yang menurut.. as what we said.. it's fitrah..

So, bila mana di hati ada taman.. agaknya bagaimanakah bentuk taman tersebut? Apakah yang terkandung dalam taman tersebut.. Adakah ia seperti taman permainan..ada buaian.. main-main tinggal? atau ibarat taman bunga..jalan2 sebab cantik tapi kemudian ada maksiat? berkasih-sayang semata, bila layu kumbangkan lariiii!
Atau pula dalam hati adanya taman yg seolah2 taman2 syurga..? dipenuhi dgn suatu impian yg tidak dapat digambarkan di bumi..

Eh.. jauhnye.. taman syurga..? bukan kalau hati ada taman tu maksudnya orang yg jiwang ke..? Romantis maksudnya.. Tapi bila mana dalam hati ada taman syurga, makanya hatinya telah merindui syurga.. maka aktivitas lebih menjurus kepada tujuan terbabit..

Innamal al'amalu binniati.. Setiap amal bermula dengan niat, maka niatnya letak di hati.. lalu amalnya dilahirkan melalui perbuatan dan tutur kata.. Jadi, pelakuan kita sebanrnya berkait dengan hati, yakni IMAN.. tetapi sejauh mana IMAN kita mampu membentuk jasadiah yang baik? Maka.. peliharalah taman tersebut ya.. sirami ia dengan air mata keinsafan, sinarinya dengan cahaya solat dan bajainya dengan zikrullah.


so pilihlah taman masing-masing ye.. :)


10:38pm/030313)
Mood: Homesick.

Feb 3, 2013

Duduk sendiri bersempit-sempit.

Assalamualaikum wbt... 

Perjalanan masa yg panjang mampu mengubah seorang dri segi fizikal, cara berfikir, pakaian dan status.. perubahan juga telah mengubah
status seorang dri miskin ke kaya, bujang ke berkahwin, dri tiada anak ke ada.. bebas hutang ke berhutang dll.

Perjalanan masa yang panjang juga telah memberikan masa yg lama utk bermuhasabah.. berfikir atas tindakan lalu yg agak tidak wajar dan keanak-anakan. 

Aku terduduk sebentar cbe menyulami dan mencantum semula perkara yg pernah rabak dulu.. mana mungkin ia akan cntik spt asal.. kerana kepentingan diri akhirnya merosakkan kecantikan ikatan yg asalnya telah disulam rapi.. itulah hakikay manusia yang bernama 'pemikir diri sendiri'. manusia kecil hanya bila ia memikirkan dirinya shj, namun menjadi besar jika fikirannya meluas kpd org lain..
Allah menemukan kembali simpulan yg telah dipisahkan ibarat memberi peluang utk pembaikan.. 

**********************************************************************************

Begitulah antara nukilan yang sempat ditaip sebelum tidur kerana tak boleh tidur.. huhu.. Boleh pulak teringat pasal ni..especially ketika beberapa jam bertemu sahabat lama yang telah lama tak jumpa.. :)


Puitisnye..

OK, back to our notes.  Bila suatu pertemuan itu sangat lama tidak berlangsung, ia boleh jadi atas beberapa sebab:

  • Memang terpisah lama (tukar no. tel)
  • pergi ke tempat jauh mencari ketenangan
  • Missing in action

Selama perpisahan yang bertahun-tahun, pasti setiap orang ada cerita suka dan dukanya. Dan biasanya setiap orang akan merasakan kisahnya lah yang paling sedih /gembira.Tetapi biasanya kegembiraan itu mesti disebabkan perkahwinan atau melahirkan anak. *thinking*
 
Jadi, orang yg telah memisahkan diri tiada cerita sedih mahupun gembira yg diketahui oleh orang yang dipisahkan. Hal ini kerana dia telah disibukkan dengan dirinya sendiri, dan disempitkan dalam satu kotak yang bertutup.

Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

Jadi, menjadi keutamaan bagi seorang Muslim untuk menyambung silaturrahim.. Kerana tingkatan terendah dalam berukhuwah adalah berlapang dada. 

Selagi mana kita masih hidup, sambunglah silaturrahim dan panjangkan ia.. Jika tidak mahu hidup bersempit, hiduplah dalam kelapangan dalam berukhuwah & bersilaturrahim. Dengan ini, fikrah kita lebih luas, dan ilmu lebih berkembag serta menjadi lebih bersyukur. 

Dengan berukhuwah, keimanan bertambah, kerana ia menyedarkan kita untuk menghargai apa yang kita punyai sekarang dan tidak mencemburui dengan apa yang tiada. 


suntingan ke-3
Hamba kerdil
12/2/2013

 
 


Jan 30, 2013

Anda bijak....! Bila ingat kematian

Assalamualaikum wbt.

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke da;am syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" QS (3: 185)




Berita yang diterima sebaiknya pulang dari cuti selepas cuti yang tak berapa panjang, sungguh mengejutkan dan memukul2 diri.. (please jangan fikir pukulan ala2 Syiah yang menyambut Hari Asyura tu, it's totally different okay!).

Apakah berita itu? (sila buat2 tanya ala-ala membaca surah an-Naba'). 

Itulah berita tentang kematian, bila mana orang selalu kata, 'orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati kematian' Maka, berita yang diterima adalah ibarat 'surprise' yang mengejutkan dari Allah seolah-olah mengatakan 'Dear U yang dikashi, silalah ingat mati, lepas ni turn siapa pulak? Tepuk dada tanya iman, adakah anda sudah bersedia?'

Pemergian seorang kenalan yang tidak beberapa rapat, tetapi perkenalan singkat beberapa tahun dahulu, tidak pernah dianggap bahawa dia bakal pergi dahulu. Silaturrahim yang terjalin sebentar, tanpa dieratkan dengan aggapan bahawa, selalu terjumpa kerana satu building kerja, diambil lewa begitu sahaja. Perkhabaran dia yang buat kita selalu intermittent dengannya tetapi sebenarnya dia tidak pernah intermittent dengan Allah. Bahawa sebenarnya, walaupun perkenalan singkat, bila mana seorang hamba disayangi Allah, maka Allah menjadikan orang-orang disekelilingnya merasai pemergiannya. Betapa kasihnya Allah pada hambanya.

Maka tidak perlu gusar wahai sahabat sekalian, andai kita bukan bergelar 'popular' di mata manusia, berusahalah untuk 'popular' di mata Allah. Allah akan mencukupkan segala yang ada padamu. Pemergiannya atas asbab sakit yang Allah beri tanda kurang dari setahun, dalam dalam tempoh itu juga beliau meninggalkan kami.. Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa, bila-bila masa sahaja nyawa boleh ditarik balik. Ya Allah, tempatkan beliau di kalangan hambaMu yang solehah. Dan Engkau jadikanlah kekuatan dan ketabahan beliau menghadapi sakaratulmaut sebahagian dari kekuatan anak2nya, suaminya, keluarganya, serta sahabat beliau. Dan jadikanlah kami yang masih hidup ini sentiasa taat beribadah kepadaMu dan menerima bahawa kematian itu adalah suatu yang pasti.

Dan kesokkannya, beberapa lagi berita kematian tiba ke pendengaranku.. Saban hari, makin dekat.

So, di makah kita?


30 January 2013
9.30pm 
Kuala Lumpur.

Jan 20, 2013

Mendakap Ukhuwah

Bismillahirrahmanirraheem...

Pernah sebelum ni saya tuliskan satu post mengenai ukhuwah.. Kalau terlebih kuah banjir, kurang pulak kering.

Mendakap ukhuwah sepertinya memeluk ukhuwah. Digenggam erat dan tidak mahu lepas2.
Sedangkan terbinanya Islam atas beberapa dasar antaranya Iman dan Ukhuwah. Dengar tajuk mendakap ukhuwah tu ada tak teringat2 sikit pasal sebuah tajuk buku yang bernama 'Dalam Dekapan Ukhuwah' karangan Salim A. Fillah. Tak pun buku Virus-vurus ukhuwah.

Menelusuri jalan tarbiyah.. seorang manusia tidak akan pernah putus dengan ujian dari pelbagai bentuk.Iman, Ukhuwah, keluarga dan juga kewangan.. Tetapi sebenarnya dari apa yang kita miliki telah termasuk di dalamnya hak pada orang yg meminta. Maka hendaklah kita memberinya hak dari bahagian tersebut.

Maka pemahaman mengenai ukhuwah ini tersangatlah unik dan subjektif namun matlamat dan tujuannya adalah sama: menggapai cinta Allah. Malakikat akan mendoakan dua lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

Dalam hadis ketiga belas juga, Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaiman kamu mencintai diri sendiri.

Maka mendakap ukhuwah ini ibaratnya kita mendakap dan menyayangi diri kita sendiri. Andai hilangnya sedikit kasih sayang, maka seolah hati ini telah berlubang... woossh... *termenung di atas batu di tepi pantai*

Dan ukuwah itu sebenarnya fungsinya untuk saling melengkapi.. dan dalam bezanya sahabat, kawan dan kawan serta berukhuwah.. sangatlah tidak sama..

Sahabat dan berkawan berkemungkinan tujuannya semata kerana duniawi atau kelebihan yang dia ada.. Namun, dalam berukhuwah, tiada niat dan tujuan yang tersirat.. dan bukannya utk mengambil kesempatan atas kelemahan mahupun kelebihannya.. Bak kata Prof Muhaya... Ayuh kita reset minda, betulkan tujuan dan pemikiran kita.. Fikir yang positif-positif aja..

Dengan berukhuwah mendorong seorang sahabat mendoakan ke atas sahabatnya yang lain.. krn malaikat mengaminkan doa seorang ke atas saudaranya yang lain tanpa pengetahuan sahabatnya itu.. sweet kan.. ?

Maka forgive and forget banyak membantu mengatasi masalah virus dahsyat yang menracuni ukhuwah yang suci.. Sahabat yang baik itu sentiasa mengajak kepada kebaikan tetapi sahabat yang paling baik itu menegur kesalahan sahabatnya  Jadi di manakah patut kita cati mereka ini.. Saat kepercayaan kita terhadapnya telah terguris.. ? Kemaafan dan penerimaan bukan dari sebelah pihak sahaja.. kerana masakan tepuk tangan akan berbunyi jika hanya sebelah.. begitulah juga dengan ukhuwah.. kesempurnannya tidak lengkap tanpa komunikasi dan rasa dua hal..

Andai sahabat itu tahu bahawa sahabatnya telah dilukai, namun dimaafkan atas kasihnya dia.. dan krn Allah cinta aknNya, tidaklah dia berjauhan.. Bgaiman rapatnya dia dahulu krn bertujuan, dan walaupun kini telah tidak bertujuan.. bujankah ukhuwah itu tujuannya kerana Allah.?

Forgive and forget.. walaupun matlamat, cara pemikiran kita berbeza. Tegurlah sahabat andai dia tersalah..

Afwan kathiran.
Good nite: 20th Jan 2013.



Jan 1, 2013

Tweet..apa itu Ikhtilat?

Bismillahirrahmaniraheem...

Dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
manakan sama dia seorang..

Uhuk.. uhuk.. adeh. tersedak kejap..

Cuba teliti pantun dia atas.. rasa-rasanya, siapakah yang membacakan pantun tersebut dan kepada siapakah pantun tersebut ditujukan?  Mestilah yang berkaitan dengan berlainan jantina , ye kan?

Tapi bila melibatkan lain jantina, sure orang ingat pasal cintan dan cintun aje.. Anda mungkin ada bahagian yang betul tapi itu bukan topik utama yang ingin diperkatakan.. Kali ni lebih kepada Ikhtilat.

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.

Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.
Sebelum ini pernah saya dengar mengenai permasalahan ikhtilat ini dan dibenarkan dalam tiga perkara:
a. Perubatan
b. Pendidikan
c. Mualamat

 pause.....

Ikhtilat dalam perubatan itu dibenarkan.. doktor lelaki merawat pesakit perempuan atau doktor perempuan merawat pesakit lelaki.. kerana darurat. Namun, jika kita sudah ada pilihan mengapa tidak kita ambil yang lebih selesa dan kurang menimbulkan fitnah?Alhamdulillah sekarang sudah ramai doktor perempuan yang dapat memenuhi keperluan pesakit wanitanya. tidak perlu lagi bidan lelaki yang menyambut kelahiran bayi sedangkan kita tahu aurat wanita halal hanya untuk suaminya.. Jadi, tidak perlu lagi masalah begini disimpan kerana pilihan sudah ada. yeehoo!

Ikhtilat dalam pendidikan adalah salah satu pilihan yang bukan pilihan. Majoriti pendidik adalah wanita kerana wanita adalah lebih sinonim dengan sifat keibuannya mahupun pembimbing. biasanya purata pendidik wanita dan lelaki ialah 70:30 kan? Jadi takkanlah bila korang sebagai seorang perempuan tak mau belajar semata2 guru yang mengajar tu lelaki.

Dan yang terakhir, ikhtilat yang dibenarkan ialah dalam muamalat atau perniagaan. Boleh jadi penjual gorang pisang yang sedap dan pandai menggoreng adalah seorang yang berlainan jantina daripada kita. Adakah perlu kita mengorbankan perasaan memakan pisang goreng semata2 dia berlainan jantina? Lebih-lebih lagi sekiranya beliau adalah satu-satunya penjual yang ada di daerah kita.

tetapi...

Apakah sebenarnya ikhtilat itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka.

Soalan:
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah:
Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran Yang Diharuskan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

1* Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:

"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2* Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.

h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Pandangan2 lain berkenaan ikhtilat boleh klik link seperti di bawah:

http://www.myilham.com/blog/2012/04/ikhtilat-antara-tertutup-jumud-dan-terbuka-hanyut/

lagi di :
http://mr-iq.blogspot.com/2010/12/ikhtilat.html

http://www.zaharuddin.net/peribadi,-tazkirah-&-fikir/523-hukum-islam-fitrah-a-aqal-manusia.html#comment-7386

nanti pandai2lah korang baca eh...
Apapun bagi seorang wanita bekerjaya, bila mana urusan banyak dengan berlainan jantina dan perkara tersebut darurat, maka hendaklah seorang wanita itu memelihara dirinya hingga jangan sampai menjerumuskan diri dalam kancah zina mahupun fitnah. Seperti menjaga pakaian , adab dan pergaulan agar lebih mudah kaunm lelaki menjaga matanya..

.::penulistakdeideauntukmingguini::.