Nov 25, 2012

Kematangan berfikir

Assalamulamualaikum..

'Cube la matang sket, woi! Umor dah beso, tapi akal macam budak2.. '

Suatu hari si polan telah disapa dengan kasar ayat ini, lalu terlintas dalam fikiran yang diri ini sangatlah tak matang.. Tak matang ni bukan maksudnya perangai macam budak2 aje, tetapi kadang2 percakapan tu macam tak padan dengan umur..



tapi pernahkan terfikir kenapa Rasulullah saw berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid? Sedangkan umur mereka berbeza 15 tahun? Mungkin Khadijah adalh seorang yang matang.. kerana amat sangat diakui bahawa beliau memang seorang peniaga yang kaya, cantik dan mulia. 


Tetapi, hanya  lelaki yang matang akan mampu berkahwin dengan wanita yang lebih tua. Kerana banyaknya umur tidak menggambarkan kematangangnnya.. begitu juga tidak bermakna orang yg muda tidak matang dalam berfikir.. Maka, penilaian itu janganlah daripada luaran.. 

Jika dibaca dan direnung kembali kisah Rasulullah dan Siti Khadijah, alangkah romantisnye perjalan kisah hidup dan cita mereka yang disandarkan kepada Allah.. Adakah mampu untuk aku menjadi seperti Khadijah?  

Kata-kata mutiara yang pernah ditemui:

Tidak mungkin kita akan mendapat seorang seperti sifat Rasulullah andai diri tidak seperti Khadijah.. 

Ya.. memang sedang berusaha menjadi seperti Khadijah, tetapi hanya seorang sahaja Rasullullah. Kita hanya mampu berusaha mencontohi nya, kerana tidak akan ada lgi hamba Allah yang sepertinya.. 

p/s: banyak lagi buku yang perlu dibaca.  

  

1 comment:

  1. dobi pun masuk sekali ker?
    er..susah mahu baca ada background kat belkg n3...

    ReplyDelete