Apr 23, 2012

I'm NOT single.. ?!

Assalamualaikum..

"SINGLE bukan bererti tidak ada yang menginginkanmu..''
Tetapi ia sebagai tanda Allah sedang sibuk menulis cerita CINTA yang terindah untukmu..
subhanAllah...

Kata-kata indah ini bagi saya sudah cukup untuk melegakan hati-hati insan yang masih single di luar sana.. Saban hari dan saban tahun, bertambahnya umur menyebabkan salah satu faktor penyebab stress ialah being 'Single'.. Is it true?

Ketika masih belajar, kawan2 sibuk mncari teman lelaki/wanita kerana nanti bila dah bekerja kebanyakannya sudah pun berkahwin.. Kerisauan pada sesuatu yang telah pun Allah tetapkan dan janjikan... Maka, berlaku lah bercinta dengan si A, bertunang dengan si B, dan akhirnya berkahwin dengan si C. Aduh.. sejauh manakah hati kita benar2 setia?

Saya teringat dengan kata-kata ini.. Cintailah Allah, kerana cintaNya tidak pernah mati.. dengan menyintainya, maka Dia akan membwa kita kpd org yg turut mencintai kita kerana Allah..
Maka, cinta ini disatukan dengan kasih sayang Allah, dan bukan kerana nafsu semata..

Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.
  

 I'm not single, coz I know there's someone for me.. He/She has yet to arrive.. ye.. gitulah jawabnye.. 



No comments:

Post a Comment