Apr 18, 2012

Belacan's Face in the Making?!

Assalamualaikum w.b.t..

Today's Wednesday. Isn't today supposed to be a wordless Wednesday? hehehe.. Well, saya tak sign up pun untuk group tu.. sO, papan putih ini tetap melakarkan huruf-huruf yang membentuk cerita..

Pernah makan belacan? Either sambal belacan atau asam pedas.. I like belacan especially sambal belacan ye..makan dengan ikan goreng n nasi yang panas2.. fuuuh.. nyaman.. keke.. :P Tapi bukan belacan yang 'raw' itu ye.. Kalau belacan yang raw itu, agak2nya adakah orang yg mampu makan begitu sahaja? Agak2x apakah rasanya, kelat? masam? kepam?

Waah.. all in one! Sume ade ye kengkawan..

One day, saya telah mendengar radio yang HOT.. owh nampaknye sy masih suke mendengar radio yang mendayu2x dan banyak lagu yang laghO.. adeih.. But that time tengah segmen ucapan yang telah menangkap jiwa dan merentap hati.. walaupun lagu2 dimainkan tanpa henti.. mata ini tetap tertumpu pada skrin komputer dengan telinga, mata, hidung dan otak tertumpu pada tugasan.. Maknanya, tak dengar sangatlah lagu2 tu..tapi kenapa sebaris ayat berjaya menembusi kotak minda..?

Itulah namanya teguran indirect ye kawan2x.. sebab time tu kita tengah berada dalam keadaan yang dimaksudkan.. maka kita telah 'terasa'.. baguslah.. masih punya perasaan ye kita kawan2x.. kalau dah takde perasaan tu dah bukan manusia la.. entah robot ke, pokok atau meja..

'Kepada warga pejabat yang sedang membuat kerja, fokus mengadap laptop sampai tak sedar orang lain.. tahukah anda bahawa muka anda ibarat belacan?' (ayat yang telah dialih bahasa atau dikarang semula dalam versi yang tersendiri)

What? Muka belacan?

Adeih.. jauhkan saya dari laptop ini sebentar, tarik muka sehingga melahirkan garis senyuman yang manis.. Oh tidak.. kembalilah pada realiti.. Kita kadang2x terlalu hanyut dengan kerja sampai kita terlupa bahawa kita adalah manusia.. dan di sekeliling kita turut ada manusia yang perlu ditunaikan haknya..

So, kesedaran yang datang bukan secara kebetulan.. (as what we reminded in our weekly circle, there's nothing such as coincidence).. telah menghidupkan kembali hati ni..

Jadi.. korang nak pilih mana satu? Belacan or Robot?

Hah?!!! Pe plak kaitan dengan si robot ni nih? Well.. Robot.. kepingan besi/aluminium tang telah diprogramkan untuk melakukan perkara yang sama berulang kali setiap hari..? atau anda adalah robot Bent dalam Futurama?

Sungguh sadis ayat2 di atas..  membanding2kan kita dengan makanan n besi bergerak..

Saya teringat berkenaan tafsir surah An-Nas, belum habis dibedah, tapi penerangan mengenai manusia bahawa manusia terdiri daripada 3 komponen Jasad, Hati dan Akal.
 Ketiga-tiga komponen ini perlulah seimbang agar kita menjadi insan yang seimbang. Andai kata akal sahaja yang besar, maka boleh diibaratkan hanya kepala kita yg besar---> Besar kepala kah? kehkehkeh.. Begitu juga dengan 2 komponen lagi.. maka manusia ni perlu seimbang, barulah cantik..

Walaubagaimanapun, hati merupakan organ terpenting di mana segalanya bermula dari hati.. Cewah.. jiwang lah eh..

Asal hati je jiwang, asal hati je jiwang.. tapi tahukah anda bahawasanya hati itu adalah senjata manusia dalam menewaskan syaitan? Andai hati kita lemah, agak2x mampukah kita menahan segala ancaman dari jin dan manusia? Hati yang kuat adalah hati yang sentiasa mengingati dan berzikir..

Al-imanu yazid wa yankuz.. iman itu ada masa naik dan turunnya dan hati manusia itu sentiasa berbolak balik.. maka  berdoalah minta ketetapan hati kita..


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Jadi..jadi.. n jadi.. janganlah jadi belacan atau pun robot.. tetaplah menjadi manusia ye..

tq
11.49pm
Wednesday




No comments:

Post a Comment