Mar 21, 2012

Tabungan Akhirat

Assalamualaikum..

Apa khabar blog saya? Design baru lagi n tak habis-habis. Sungguh jelas ketidak istiqamahannya.!
Nampaknya, azam tahun baru 1433H ni masih tidak tercapai hasilnya. Manakan tidak, target kononnya nak menulis dan mengimprove penulisan masih di tahap basic/atau lebih rendah dari amatur. Saya respek kepada penulis2 di luar yang mampu menghasilkan penulisan yang sungguh berkesan di jiwa sampai teringat2 selama seminggu.. (maknanya terkesan di hati). Tetapi sekiranya terlalu memikirkan kelebihan orang lain, bagaimana kita nak memperbaiki diri? Jadi, mari kita sibukkan diri untuk memperbaiki diri dan membuat tabungan akhirat.. yeah..

Baru beberapa hari lepas saya terpanggil untuk menemani sahabat saya berjumpa dengan adik-adik barunya.. isk.. tapi rasanya bukan sekali sahaja yang kami akan berjumpa, maybe weekly.. hehe.. Memang diakui agak sibuk pada hari itu.. dengan urusan dunia yang tidak berkesudahan.. dan sebaiknya tiba, hanya tinggal 10 minit sebelum Isya'.. Pertemuan yang merapatkan hati kami seusai solat Jemaah itu telah membuka beberapa kisah yang secara tidak langsung mendapat persetujuan ramai.. Andai kita sentiasa disibukkan dengan urusan dunia.. jadi berapakah tabungan akhirat yang bakal kita bawa?

Ingat lagi ketika kecil, sebelum pergi ke sekolah, mak pasti bekalkan air masak dan duit Rm0.50. time tu masih banyak makann yang boleh dibeli dengan harga RM0.50. Cukup utuk membeli secawan air anggur yang berharga RM0.10 dan sepinggan nasi lemak/mee goreng yang berharga RM0.30. Murah kan? Lebihan RM0.10 tu terbiar aje dalam dompet..tetapi lam-lama dompet berat dengan duit RM0.10..maka, terhasil lah tabung bedak utuk simpan duit syiling yang berat itu, hasil kesedaran kalau bawa duit banyak2x sure tercicir.. Time tu nak dapat duit kertas punyalah payah.. dan saya sangat kagum dengan orang yang bawa duit kertas.. mesti tabungan mereka banyak..

Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. tabung bedak (pakai tabung bedak Dunhill milik abah, sebab abah suka pakai ni dulu..) hapir penuh, dan kebetulan minggu tu ada jualan air kotak coklat.. Masa dulu mana ada air susu kota Dutch Lady, Milo.. Tapi, sekotak tu pun dah mahal.. Rm1.20 kot masa tu.. Bagi saya, anything yang berharga lebih RM1.00 adalah mahal.. Nak minta kat mak abah segan. Nasib baik ada tabungan.. dan dengan duit tabungan tu dapatlah beli beberapa air kotak dan kongsi bersama adik-adik.. Rezeki yang ada bkan untuk seorang, tapi untuk dikongsi bersama, dan itulah kepuasan pertama merasa hasil tabungan sendiri.. Anda pernah merasai pengalamn sebegini? Perasaan ini masih tersemat dalam hati.. dan sukar dicari, lebih-lebih lagi di zaman pekerjaan sekarang. Tapi mungkin nilainya lebih besar, sebab kehendaknya besar..

Hakikatnya.. kepuasan yang kita dapat hasil usaha tersebut hanya dinikmati sementara, kerana barang yang dimiliki tidak kekal. Air kotak coklat, selepas 10 minit, airnya habis ditelan, dan kotak dibuang.. keesokkan harinya, kita membuang hasil tinjaan dan semestinya termasuklah air susu tersebut.. Jadi yang kekal hanya memori.. Begitu juga dengan kehidupan kini.. Kita mengejar kerjaya, dan bertungkus lumus bekerja.. hasilnya setiap hujung bulan, dan kita berbelanja mengikut keperluan. Bulan berikutnya, kita tertanya ke mana telah dihabiskan wang gaji bulan lalu yang akhirnya kita terpaksa mengikat perut menanti gajian berikutnya.

Rutin bulanan diteruskan.. dan kadang-kadang kita tersedar yang kita lalui ibarat diari hidup sebuah robot. Perjalanan hidupnya sama setiap hari. Tiada warna, dan gelak ketawa ibarat noktah yang tiada kaitan dengan perenggan berikutnya.. Cerita manusia berkisar pada plot yang sama. Kerja, Kahwin, Anak, harta.. Walhal, antara 3 perkara yang bakal dibawa oleh si mati ke kubur hanyalah 1. Doa anak yang soleh 2. Sedekah Jariah 3. Ilmu yang bermanfaat. Sudah cukupkah tabungan kita untuk berjual beli dengan Allah kemudian?

Saat ini, masa 24 jam dirasakan sudah cukup sempit, kerana kita lebih banyak menyibukkan diri dengan perkara yang melalaikan.. dan mengasingkan pasir dari beras bukannya mudah, tapi tidak mustahil. Andai saat ini kita tidak melakukan kebaikan, pastinya kita sedang melakukan kejahilan, kerana hidup ini hanya ada 2 pilihan. Jadi, dear me.. which one you'll choose?


10.15pm

No comments:

Post a Comment