Jan 2, 2012

Integriti

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan integriti.. secara jujurnya, bila orang selalu cakap pasal integriti kat TV, motivasi.. saya angguk dalam tak faham.. Well, I know is a part of important trait that a person should have.. tetapi apakah sebenarnya integriti itu?

INTEGRITI: sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

sumber: Wikipedia.


Jadi, kat sini dah dapat sedikit maksud sebenar integriti. Sifat jati diri ini sebenarnya penting dalam kehidupan, kerana jatuh bangunnya sesebuah negara, masyarakat, dan keluarga itu bergantung kepada keintegritian seseorang dalam masyarakat..

Maknanya, perkara besar seperti rasuah, jenayah ragut, curi rompak, masalah sosial.. adalah disebabkan kurangnya integriti dalam masyarakat..

Tetapi dalam, sedar dan tidak sedar, kita bersama kawan2 pun perlu ada intergriti dan sikap memahami.. :)

No comments:

Post a Comment