Jan 16, 2012

Apa yang best

Assalamualaikum..

Suatu hari dalam perjalan pulang ke rumah pada awal tahun 2012, saya berasa sangat bersyukur dan best walaupun hari tersebut sangatlah penat dan tak best.. mungkin salah satu sebabnya dalah hari tersebut adalah hari Isnin.. Tapi.. saya rasa sangat best pada petang tu kerana..

dah pukul 5.30pm dan boleh balik kerja..
bestnya balik kerja dan pulang ke rumah, walaupun tak de orang pun tunggu kita kat rumah sebab kita duk rumah sewa.. huhu..
lagi satu, sebab dapat meninggalkan beban kerja dan kepala yg berat kat ofis tuh.. haha.. gudbye ofis, saya nak balik tido..

dan lepas tu on da way balik.. boleh terfikir pulak.. apa lagi perkara yang membuatkan kita rasa best walaupun tanpa orang sekeliling tahu yang kita ni tengah rasa best dengan diri sendiri?

balik kampung a.k.a rumah sendiri
bestnya sebab nak jumpa mak ngan abah..release tension..macam kita tak pernah duk sorang2 kat KL.. lagi satu, diorang mesti tunggu kita balik.. huhu..

cuti sekolah..
kegembiraan yang tak tergambar.. penat tu blajar.. time ni lah tak yah nak ikut peraturan skolah n tak yanh pakai baju skolah.. pastu boleh jalan2x..

Gelak ikhlas
especially time kita stress.. gelak yg dari hati.. laughter is the medicine..

Tersenyum ketika stress
bila tengah stress dan berkerut dahi.. tiba2 kita tersenyum sebab ada orang tak dikenali senyum kat kita.. waah.. bestnye..

Jogging pusing taman seluas 2km lebih dari 3 round
Ibarat semua lemak selama seminggu dah hilang.. lagi best bila pusing lebih dari 3 tu bila kawan ajak balik, kita rasa tak cukup masa atau menyesal tak lari laju2x.. haha.. ringan beb badan ni.. macam jogging tu tak jejak tanah..

buat side parking ikut apa yg diajar masa driving class
macam hebat je eh.. tak berpeluh2x.. ada kemajuan..

Solat tahajud..
utk EQ ni.. suatu hari dilalui dengan baik, walaupun ujiannye mencabar.. lagi best bila Qiam tu boleh buat solat sunat pakej tanpa rasa mengantuk.. baca Quran then Subuh..

hurm.. apa lagi yang best ye...?

Berjaya jawab soalan yang bagai nak pecah kepala
lepas tu tido sbb otak dah penat..

korang lak.. apa yang best?

Jan 2, 2012

Integriti

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan integriti.. secara jujurnya, bila orang selalu cakap pasal integriti kat TV, motivasi.. saya angguk dalam tak faham.. Well, I know is a part of important trait that a person should have.. tetapi apakah sebenarnya integriti itu?

INTEGRITI: sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

sumber: Wikipedia.


Jadi, kat sini dah dapat sedikit maksud sebenar integriti. Sifat jati diri ini sebenarnya penting dalam kehidupan, kerana jatuh bangunnya sesebuah negara, masyarakat, dan keluarga itu bergantung kepada keintegritian seseorang dalam masyarakat..

Maknanya, perkara besar seperti rasuah, jenayah ragut, curi rompak, masalah sosial.. adalah disebabkan kurangnya integriti dalam masyarakat..

Tetapi dalam, sedar dan tidak sedar, kita bersama kawan2 pun perlu ada intergriti dan sikap memahami.. :)

Mencari Turning Point 2012

Assalamualaikum,

Dear pembaca setia blog saya.. (in a humble way I know there're not much reader here, but I'm really appreciate to those who are consistently read my blog), Terima kasih. Mungkin kadang2 korang dapat sesuatu yg bermakna dr blog ini atau mungkin kadang2 tiada..


Tahun 2011 telah berakhir, dan kita sudah dua hari dalam tahun 2012.. bertukarnya tahun bermakna bertambahnya umur.. di penhujung hari pada 31hb Disember 2011, dan awal 1 January 2012, saya telah menghabiskan banyak masa dengan membaca blog.. dan ketika itu saya menyedari banyak perncangan dan aktiviti yang diadakan di luar, dan acara meriah yang menjadi rutin meninggalkan kesan sejarah pada keesokan harinya..

Mungkin kerana saya telah kematian kutu untuk aktiviti di hujung minggu, kerana banyak aktiviti ilmu yang boleh dihadiri telah terlepas, akhirnya saya 'terpaksa' duduk di rumah.. Sambutan tahun baru Gregoria 2012, disambut dengan meriah di seluruk pelosok dunia.. Di Malaysia? Saya hanya mengagak sahaja.. mungkin di KLCC, di Dataran Merdeka.. Di kelab2.. di padang2.. di hotel2... (berdasarkan surat khabar dan liputan berita keesokan harinya, di mana banyak remaja yang telah dicekup kerana menyambut tahun baru Gregoria..)

Di suatu sudut lain, pihak NGO bersama-sama insan yang punya kesedaran bermati-matian mengadakan suatu program alternatif bagi menarik sebahagian dari para penggemar pemyambut tahun baru..(yes.. these are what i've missed)..

1. Program Anda Bijak Jauhi Zina (diadakan setiap hujung tahun)
2. Program di dataran kemerdekaan Shah Alam
3. Program bersama IKIM di Masjid Wilayah
ni la yg saya tahu..

dan korang berhak memilih bagaimana korang nak mengakhiri tahun dan memulai tahun korang.. yang mana saya tahu tarikh 1 Januari 2012 bersamaan dengan 7 Safar 1433H. 1 bulan Hijrah telah merlalu, selepas tahun baru hijrah.. dan saya lebih sesal terhadap masa yang berlalu memikirkan di mana dan apa turning point yang sepatutnya dilakukan..
Tahun baru hijrah menandakan buku baru dalam hidup kita, malaikat pencatat menutup buku lama dan ambil buku baru untuk mencatat amalan kita.. Kalau tahun 2012, kita sendiri tukar diary.. siap dah dijual kat kedai buku..

Menganjak ke tahun 2012 Gregoria ini merunsingkan dengan banyak teori-teori yang belum pasti dan diasak ke dalam minda orang2 yang peduli..

1. Pilihan Raya 2012
2.Kejatuhan dolar Amerika sekaligus pencetus huru hara dalam Wall Street
3.Perang nuklear?
4.Penyebaran wabak dan penyakit yang lebih dahsyat
5. Kiamat 2012? hhaha... ni adalah sogokan dari filem Barat.. tetapi mungkin juga, sebab Hari Kiamat adalah perkara yang ghaib..
6. Ramai orang bujang berkahwin? hehe.. ni sudah semestinya aktiviti wajib setiap tahun.. terutama bagi orang baya saya.. sedangakan ada yang sudah bangga meletakkan di wall FB nya.. 'I'm proud ending 2011 single', so maybe tahun 2012 no more single..
7. Meneruskan azam lama yang tak sempat disempurnakan atau membuat azam baru.

Anda peduli?

Ada pula seronok sakan menyambut tahun baru..seolah2 telah berjaya melepaskan sesuatu yg berat,tetapi keesokannya, akan lambat bangun kerana penat... (bukankah bangun awal itu membuka pintu rezeki? aduss..), dan meneruskan kehidupan seperti biasa..meneruskan matlamat utk tahun itu..(kalau ada matlamat)..

Pernah dengar statement seorang artis muda pasal matlamat hidupnya? Oleh kerana atas kenyataannya yang ketika itu dia tak tahu dengan masa depannya, dia telah mendapat komen yang negatif dari ramai orang termasuk gurunya.. Tapi saya rasa mungkin selepas dari hari itu, dia mula berfikir tentang masa depannya dengan lebih kritikal..Itulah turning point untuknya..

Bagi saya, seorang yang masih berumur 17 tahun masih tercari2 matlamat diri itu bukan pertama yang saya jumpa..Bezanya, dia dikenali seluruh Malaysia, dan yang lain hanya dikenali di kalangan rakan..

Mungkin dia tak patut megeluarkan kenyataan itu di public jika nak dibandingkan dengan status figuranya.. Sebab orang yang pernah ada cita2 pun boleh hilang matlamatnya walaupun di pertengahnnya hayatnya..

Maka, di sini sebenarnya peranan guru, ibu bapa, orang sekeliling.. dan diri kita sendiri untuk meletakkan matlamat hidup.. Waktu sekolah atau time U dulu, selalu ada program motivasi yang membantu kita mengenal potensi dan matlamat diri.. dah tua2 ni.. semua program berbayar.. saya tercari-cari di mana turning point atau initiator atau momentum (semua berbeza ni maksudnya..) coz I really need it.. (desperately), Matlamat dah ada.. cuma GPS nya..
at last, I ended up my 2011, thinking, and I start my 2012, with thinking..

At the same time I manage to Google on one of the top motivational program talked nowadays brought by a Dr. dan salah satu reason kenapa saya boleh google ialah sebab pengaruh iklan media cetak dan elektronik pasal Transformasi Diri.. Kalau nak diikutkan program dia start masa tahun 2008, time tu saya pernah tengok iklan dia kat surat khabar pasal mengenali diri/ potensi diri melalui tarikh lahir.. tapi yang sekarang ni, saya tak tahu macam mana.. and I'm eager to know, what is he doing in his program? Or what is he teaching? how's the crowd? In his website he didn't write much, there only some testimonials, and said that he'll share on how to be rich and attract money.. and I get so attracted until I manage to fill up my details in the registration form, until I stop for awhile and search, what does other comments to this.. I found this and I start thinking again..

http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/905-analisa-tarikh-lahir-tahu-masadepan.html

And then I choose to close the tab and started to think again.. I wonder whether I should attend a motivational program.. people may think and choose themselves.. even ESQ365 have their own methods to motivate others.. we? the choice is in our hands.. Banyak juga program2 motivasi lain, cuma mungkin kurang pendedahan..

Rahmat & rezeki Allah luas.. but what is the first step?

Dear reader,
do you have anything on your mind? Please share.

tq
*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*


Marilah menunaikan solat,
Marilah menuju Kejayaan..