Dec 31, 2011

3 hari selepas Selasa

Assalamualaikum..

Tajuk di atas sebenarnya menpunyai kaitan dengan entry sebelum ini.. Baru beberapa minit saya melayari laman facebook seorang rakan di mana dia meletakkan status:


Banyak benarnya kata-kata tu.. kita tak dapat menjangkakan apa yang Allah sudah letakkan buat kita.. Dalam suatu perjalanan yang panjang di mana kadang-kadang kita menganggap ia satu pilihan yang salah buat kita, tetapi Allah telah menemukan kita dengan suatu yang kita anggap sebagai kebetulan.. Kadang-kadang, dalam kepahitan ada manisnya.. tapi kita sering teringatkan kepahitan itu..

Hari Selasa yang menekan itu telah dibawa ke hari Khamis.. Kebetulan yang telah dirancang oleh Allah.. Dia membiarkan kita menghadapinya utk kita berfikir... Muka depan Solusi edisi 39 sangat menyentuh hati saya.. sekilas pandang akan majalah itu, terus saya grab dan hulurkan RM10 pada adik penjual buku.. Walhal, saat itu loceng penggera keselamatan sedang berbunyi, dan semua orang sedng berpusu-pusu keluar bangunan..

Fuuhh..........alhamdulillah.. adakah itu suatu kebetulan?

Malam itu dalam bulatan gembira, satu key word yang amat melekat di hati.. 'Allah meningkatkan darjat orang yang berilmu.. ' maka dengan ilmu, ia dapat mengubah nasib manusia.. tetapi kadang2 kita selalu merasakan cukup dengan sijil yang ada dengan anggapan 'bukti aku ni orang berilmu'.. walhal.. bila ditanya kembali , kita lupa.. rupanya sijil sukses exam sahaja..

Saya mencari kaitan 'kebetulan' dan Selasa.. yang ditemukan adalah manis selepas Selasa yang menekan.. walaupun ia ada, tetapi kemanisan selepas Selasa itu telah sedikit mengaburinya..

Suatu kebetulan dengan majalah Solusi membawa saya kepada artikel ' Mesra Takdir Penawar Stress'.

Kehidupan ini ibarat lukisan, tetapi kita memilih untuk berkrisis dengan lukisan takdir terhadap kanvas kehidupan.. Warna-warni kehidupan bukankah indah dan mendamaikan? (ya.. berulang-ulang kali saya mengingatkan).. Maka, dalam perjalanan kehidupan yang berwarna-warni ini, saat yang menekan ini sebenarnya kita berada di dalam sebuah hutan yang cantik, tetapi banyak duri dan binatang berbisa.. tetapi ada sahaja burung yang berkicau indah dan bunga yang cantik dipandang.. (huhu...)

Pernah dengar bagaimana berlian terbentuk? Berlian yang cantik terhasil daripada tekanan yang sangat banyak di dalam bumi.. disebabkan tekanan itulah ia menjadi sangat berharga dan digemari ramai.. Bagaimana pula arang? Arang dan berlian unsurnya sama : Karbon. tetapi yang membezakannya, arang kurang tekanan yang akhirnya, ia dijadikan sebagai bahan api..

Jadi, anggaplah kejadian ini bukan suatu kebetulan, sebaliknya suatu yang Allah telah letakkan utk kita sebagai suatu cabaran untuk diselesaikan.. Bila saat kita menghadapi kesukaran dalam hidup.. sentiasalah berfikir, bahawa Allah sedang mendidik kita menjadi sebutir berlian yang bernilai.. :)

"Life’s curveballs are thrown for a reason – to shift your path in a direction that is meant for you. You may not see or understand everything the moment it happens, and it may be tough. But reflect back on those negative curveballs thrown at you in the past. You’ll often see that eventually they led you to a better place, person, state of mind, or situation.

So smile! Let everyone know that today you are a lot stronger than you were yesterday, and you will be."

~ Marc&Angel

Dec 28, 2011

Selasa yang menekan

Assalamualaikum..

Yeah.. sudah lama tidak menghasilkan karya yang kalau hantar kat cikgu mesti dapat A. Memang saya akui, hasil tulisan saya lebih kepada fakta dan kurang kepada penceritaan.. Maka, tidaklah layak untuk saya menjadi seorang penulis novel mahupun sajak. Arakian pun saya menulis sebuah sajak mahupun puisi, ia akan menjadi sebuah tanda tanya.. Lantaran itu.. lebih baik saya menulis sebuah karangan tidak berisi..

Minggu ini, kepala ini telah menunjukkan tanda kekerutan yang meningkat. Teguran dari rakan ofis sangat menyentap perasaan, jiwa dan raga ku.. 'I don't believe u're youger than me'.. begitulah kiranya alih bahasa rakan terbabit.. 'I also don't believe I look this way old..' yang seyakinnya aku tahu.. penampakkan wajahku yang lebih matang dari usia adalah disebabkan oleh penangan si anu bernama ---> STRESS...!
Iya.. sangat ku akui.. Sang wanita seperti aku sangat mementingkan fizikal looks.. (in a moderate way, ok)..

Jadi aku teringat akan kata2 sang kaunselor pujangga yang mengatakan bahawa ' You cannot change others, you can only change the way you think'.. and yes.. on my way to think positively, it making me a bit stress.. Should this have something to do with your trait?

Maka, terpancarlah lagi ucapan dan kata2 sang kaunselor metropolitan..
' People in stress should know their enemy, learn their enemy' --> (ni kata2 sy..waahh.. boleh jadi kaunselor sudah ni..)

Actually..ehem2x.. untuk menangani stress.. kite perlu mengenal stress kita..
1. How
2. When
3.Why
4.Who
5.Where

do the 'event of stress' was happened.
tada..! grammar tunggang langgang...

Well, itu lah yang telah aku kenalpasti.. dan stress itu disebabkan oleh 'who' itu,

Maka.. di sini, saya ingin mewujudkan satu hari tanpa tekanan.. dan ini boleh dijadikan sebagai azam tahun baru.. 'Menangani stress dengan baik, supaya generasi lebih bahagia..' Cewah.. boleh jadi pakar perubatan pulak ni..

Papepun.. yang terbaik buat kita adalah solat.. mulakan setiap pekerjaan dengan Bismillahirrahmanirrahin, dan doa, dan zikrullah..
So, di sni, saya nak share doa yg diajarkan oleh mak saya.. moga dipermudahkan segala urusan.. :)

'Robbiyassir wala tu'assir, rabbitammim bilkhair'


ok.. time to sleep..
marilah kita perjuangkan hak kita..hak manusia teraniaya.. dan tunaikanlah hak sesama Muslim, manusia, dan yg penting hak Allah..

take care olls..

Dec 2, 2011

Mengapa Menangis?

As-Salam,

Lama tak tulis entry.. banyak idea yg telah terkubur bersama masa2 yang telah lebur.. heheh.. boleh buat rhyme pulak ayat ni..

I just want to share a simple phrase that contains adeep feeling inside..

Mengapa menangis?
Adakah kerana lemah? it's because we've been strong for too long.. we hold our feeling for too long.. & crying is the best medicine..

Share with Allah.. we put effort in the process and he will navigate you along the path..