Oct 23, 2011

Ayuh, bekerja!



Assalamualaikum..

Apakah kerjaya anda sekarang?
Cikgu? Pensyarah? Engineer? Doktor?


Begitulah soalan bila dah habis zaman universiti.. Masing-masing bertebaran mencipta kerjaya.. mengumpul kekayaan dunia dan akhirat setelah hampir 22 tahun bergelumang dengan buku2..

bila dah mendapat kerjaya hasil dari jerih perih interview dan mungkin ada yang bernasib baik, datang bergolek.. muncul pula persoalan.. Berapa lama untuk berbakti dalam sesebuah syarikat?
setahun? 2 tahun? 5 tahun? atau 'bila saya dah jadi GM baru saya berhenti', atau.. ' saya akan berbakti di sini hingga akhir hayat.. ?

Bagi yang masih mencari kerja.. kenapa masih tercari-cari? Terima sahaja tawaran kerja walaupun mungkin ia bukan dari bidang anda.. carilah pengalaman dahulu.. seorang kenalan ' ini adalah kerja yang ke-4 saya, dan baru kali ini saya mendapat kerja yang berkaitan bidang saya'..

dan bersyukurlah, kerana masih punya sumber utk mendapatkan wang, walaupun hakikatnya, gaji yang kita hanya boleh menampung diri sendiri.. Oleh itu, belajarlah berjimat cermat.. :)
dengan mengukur baju di badan sendiri.. Jika hanya mampu membeli kancil, tidak perlulah memerah duit untuk membeli BMW.

Maka, cari kerja, cari kerja lagi.. bila kehendak melebihi keperluan.. apa yang ada depan mata pun tak cukup..

erm.. saya pun nak cari kerja lagi.. passion di tempat kerja sudah tiada.. banyak reasonnya.. tapi kene fikirkan rasionaliti.. walaupun bukan seorang genius, punya anugerah dekan atau berkelas-kelas.. di harap agar hati & akal ini masih di jalan yang lurus..

Senaraikan reason kenapa perlu bekerja, maka kita akan tegar utk bekerja:
1. Kerana mak ayah dah lama kerja, sekarang biar saya pula yang kerja
2. hutang belajar tu sape nak bayar?
3.Makan pakai takkan nak minta parents lagi..
4. Dah cukup umur klu bina keluarga sendiri..
5. ......

dan lain-lain.. sebelum tidur bermuhasabah kenapa saya perlu bekerja.. dan bila lebih dari satu itu, reason anda sebenarnya sudah cukup kuat utk pergi bekerja..

"Tunjukilah kami jalan yang lurus" QS Al-Fatihah: ayat 6.

No comments:

Post a Comment