Oct 23, 2011

HIjrah-UNIC

Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
HIjrah satu kemenangan
Musafir perjuangan




Asma'ul Husna

Assalamualaikum wbt..

Dalam buku ' Ya Allah, Ilmuku Cetek, akalku Dangkal', cerpen-cerpennya ditulis dengan mengaitkan Asmaul Husna (Nama-nama Allah) dalam setiap penceritaan. Dan setiap kisah, memberi kita pengajaran yang mungkin tidak kita sedari, tetapi secara tidak langsung dari Allah.

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.


No. Nama Arab Maksud
1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih
2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
4 al-Quddus القدوس Maha Suci
5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara
8 al-Aziz العزيز Maha Gagah
9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa
16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)
21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
26 al-Samik السميع Maha Mendengar
27 al-Basir البصير Maha Melihat
28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
29 al-Adl العدل Maha Adil
30 al-Latif اللطيف Maha Lembut
31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia
32 al-Halim الحليم Maha Penyantun
33 al-Azim العظيم Maha Agung
34 al-Ghafur الغفور Maha Pengampun
35 al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36 al-Ali العلى Maha Tinggi
37 al-Kabir الكبير Maha Besar
38 al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga
39 al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan
40 al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan
41 al-Jalil الجليل Maha Mulia
42 al-Karim الكريم Maha Pemurah
43 al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi
44 al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan
45 al-Wasik الواسع Maha Luas
46 al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana
47 al-Wadud الودود Maha Pencinta
48 al-Majid المجيد Maha Mulia
49 al-Bais الباعث Maha Membangkitkan
50 al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan
51 al-Haq الحق Maha Benar
52 al-Wakil الوكيل Maha Memelihara
53 al-Qawi القوى Maha Kuat
54 al-Matin المتين Maha Teguh
55 al-Wali الولى Maha Melindungi
56 al-Hamid الحميد Maha Terpuji
57 al Muhsi المحصى Maha Menghitung
58 al-Mubdik المبدئ Maha Memulai
59 al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan
60 al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan
61 al-Mumit المميت Maha Mematikan
62 al-Hai الحي Maha Hidup
63 al-Qayyum القيوم Maha Mandiri
64 al-Wajid الواجد Maha Penemu
65 al-Majid الماجد Maha Mulia
66 al-Wahid الواحد Maha Esa
67 al-Ahad الاحد Maha Esa
68 al-Samad الصمد Tempat Meminta
69 al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70 al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa
71 al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan
72 al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan
73 al-Awwal الأول Maha Awal
74 al-Akhir الأخر Maha Akhir
75 al-Zahir الظاهر Maha Nyata
76 al-Batin الباطن Maha Ghaib
77 al-Wali الوالي Maha Memerintah
78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi
79 al-Bar البر Maha Penderma
80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat
81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa
82 al-Afu العفو Maha Pemaaf
83 al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih
84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 al-Muqsit المقسط Maha Adil
87 al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan
88 al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan
89 al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan
90 al-Manik المانع Maha Mencegah
91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita
92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat
93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk
95 al-Badik البديع Maha Pencipta
96 al-Baqi الباقي Maha Kekal
97 al-Waris الوارث Maha Pewaris
98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
99 al-Sabur الصبور Maha Sabar



Muwasafat Tarbiyah


Assalamualaikum wbt,

Pernah dengar tentang 10 Muwasafat tarbiyah? Kalau belum, di bawah ada 10 cirinya:

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

Bila baca pada blog-blog orang lain atau mendengar dari pengisian-pengisian di surau.. biasanya akan dikaitkan dengan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang dai'e. Actually, setiap manusia adalah dai'e, maka, ciri-ciri tersebut seharusnya ada pada setiap individu muslim. Seorang muslim yang sebenar-benarnya seharusnya memiliki kriteria-kriteria di atas..

Suatu hari, bila kita terhenti sejenak memikirkan kelemahan diri, cuba buka list dia atas, dan buatlah checklist, sama ada kita menepati ciri-ciri dia atas.. dan berusahalah untuk menampal segala lopong.. Mungkin, inilah tarbiyah yang mampu kita berikan buat diri kita sendiri..

"Sesungguhnya, jihad itu untuk diri sendiri' QS al-Ankabut (29): 6.






Ayuh, bekerja!



Assalamualaikum..

Apakah kerjaya anda sekarang?
Cikgu? Pensyarah? Engineer? Doktor?


Begitulah soalan bila dah habis zaman universiti.. Masing-masing bertebaran mencipta kerjaya.. mengumpul kekayaan dunia dan akhirat setelah hampir 22 tahun bergelumang dengan buku2..

bila dah mendapat kerjaya hasil dari jerih perih interview dan mungkin ada yang bernasib baik, datang bergolek.. muncul pula persoalan.. Berapa lama untuk berbakti dalam sesebuah syarikat?
setahun? 2 tahun? 5 tahun? atau 'bila saya dah jadi GM baru saya berhenti', atau.. ' saya akan berbakti di sini hingga akhir hayat.. ?

Bagi yang masih mencari kerja.. kenapa masih tercari-cari? Terima sahaja tawaran kerja walaupun mungkin ia bukan dari bidang anda.. carilah pengalaman dahulu.. seorang kenalan ' ini adalah kerja yang ke-4 saya, dan baru kali ini saya mendapat kerja yang berkaitan bidang saya'..

dan bersyukurlah, kerana masih punya sumber utk mendapatkan wang, walaupun hakikatnya, gaji yang kita hanya boleh menampung diri sendiri.. Oleh itu, belajarlah berjimat cermat.. :)
dengan mengukur baju di badan sendiri.. Jika hanya mampu membeli kancil, tidak perlulah memerah duit untuk membeli BMW.

Maka, cari kerja, cari kerja lagi.. bila kehendak melebihi keperluan.. apa yang ada depan mata pun tak cukup..

erm.. saya pun nak cari kerja lagi.. passion di tempat kerja sudah tiada.. banyak reasonnya.. tapi kene fikirkan rasionaliti.. walaupun bukan seorang genius, punya anugerah dekan atau berkelas-kelas.. di harap agar hati & akal ini masih di jalan yang lurus..

Senaraikan reason kenapa perlu bekerja, maka kita akan tegar utk bekerja:
1. Kerana mak ayah dah lama kerja, sekarang biar saya pula yang kerja
2. hutang belajar tu sape nak bayar?
3.Makan pakai takkan nak minta parents lagi..
4. Dah cukup umur klu bina keluarga sendiri..
5. ......

dan lain-lain.. sebelum tidur bermuhasabah kenapa saya perlu bekerja.. dan bila lebih dari satu itu, reason anda sebenarnya sudah cukup kuat utk pergi bekerja..

"Tunjukilah kami jalan yang lurus" QS Al-Fatihah: ayat 6.

Hati-hati menjaga Hati

Assalamulaikum wbt..

Sudah lama tak berblog,keistiqamahan untuk berblog tidak dapat dikekalkan.. tengah2 bulan banyak pulak kerja dan di ofis pula memang susah klu nak berblog.. dan bila dekat2 hujung bulan perasaan negatif berganda-ganda jadinya..


Bila datang perasaan "hati lemah", teringat sedikit pengisian dari Ustz Ari (kat AStro Oasis) berkaitan Hati Kuat Vs Hati Lemah Vs Hati Jelik.

Hati yg lemah seperti malas, lalai, cepat putus asa, tidak sabar.
Hati yg kuat seperti berdisiplin, bermotivasi, rajin berusaha, tidak mudah patah semangat.
Hati yang jelik (buruk) pula seperti khianat, dengki, pemboros.. dll.

Bila hati yg lemah bertemu hati yang jelik berkemungkinan amatlah bahaya pada pemilik hati-hati ini. tetapi bila hati yang lemah bertemu dangan hati yg kuat, insya-Allah, Hati yang kuat akan dapat membantu hati yang lemah.. begitu juga hati yg jelik dengan hati yang kuat.

Maka, saya ingin mencari pemilik hati yang kuat, supaya hati saya turut menjadi kuat.. bila hati sudah kuat, dapatlah saya menyebarkan kekuatan hati ini kepada hati-hati yang lain...

Jadi, silalah tampil wahai hati yang kuat!.