Jul 20, 2011

tak semua betul dan tak semua salah

Asslamualaikum..

Pernah tak jumpa ada orang tu yang korang rasa cakap dia sahaja yang betul dan orang lain salah.

Macam satu judgement, 'Everyone is wrong except if they're able to prove they are right' same as the other way'

kadang2 bukan perlu melihat pada orang, bila satu jari tudingnya pada orang, cube lihat 4 jari lagi di mana? pada diri sendiri kan?

Manusia tak pernah lari dari kesilapan.. dan tiada siapa yang sempurna.. Maka, Allah telah meletakkan guideline supaya hamba-Nya mengikut guideline yang telah ditetapkan itu.. Contohnya, Allah telah mewajibkan melarang mengumpat. dan diumpamakan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri.. tetapi mengapa masih ada sesetengah orang yang masih suka mengumpat? Sebab nalurinya suka mengumpat? Maka, dia sepatutnya berusaha untuk tidak mengumpat dan mengikut guideline yang telah ditetapkan untuk menjauhi sikap mengumpat itu.. Dan perubahan sikap itu adalah suatu kejayaan.. :)

Manusia sentiasa rasa tidak sempurna dan tidak cukup.. Kadang-kadang ketenangan itu tidak ditemui.. Lalu mengarahkan kepada perkara-perkara yang lagho kerana menganggap akan mendapatkan ketenangan di situ.. Tetapi, ia hanya sementara, dan saat kita meluangkan masa bersama perkara-perkara yang melalaikan, sudah berapa banyak perkara yang bermakna dalam hidup kita yang telah dilepaskan? berapa banyak perkara yang disayangi dan yang akan disesali telah kita biarkan ia pergi..? Adakah semuanya di dalam jangkauan pemikiran kita saat itu? Maka, saat2 mulai mendekati yang lagho, usaha kita menjauhinya adalah satu kejayaan yang patut dihargai..

Berapa banyak kejayaan kita untuk menghadapi perasaan marah? perasaan benci dan dendam dalam diri? Sejauh mana kita berjaya menahan diri dari melakukan perkara2 yang dilarang? Perhitungan ini hanya mampu dinilai oleh diri sendiri.. Kerana kita mungkin mampu menipu semua manusia di muka bumi ini dengan luaran atau penampilan kita, tapi kita tak mampu untuk menipu Allah dan diri sendiri.. Keresahan itu hanya dirasai diri sendiri..

Jadi, bila kita menilai orang, janganlah menganggap apa yang dia buat adalah salah dan kita buat betul, dan begitulah sebaliknya.. Life is like a wheel, there's always up and down, and what you give you'll get..

Dear friends,
Sorry for what have I done, whether it's realized or not...

Mari kita persiapkan diri untuk berada di bulan Ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mampu membentuk kita untuk menjadi lebih baik..

No comments:

Post a Comment