Apr 10, 2011

Telur Palsu: Gulp.. berapa banyak dah makan..

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni kecoh pasal telur palsu.. first time masa dengar kat radio, macam tak caya.. bila baca kat newspaper pun macam tak percaya jugak.. Dah sampai kat Malaysia telur ayam palsu ni.. Yelah.. tiap-tiap hari menu mesti ada telur, telur goreng mata, telur dadar.. mee goreng mamak.. dan kadang-kadang makan telur kicap ngan nasi panas je pun dah menyengat.. fuhh.. tetiba muncul pula isu-isu sensitif pasal makanan mengenai telur.. jadi, apakah yang aku makan sebelum ini?

Berdasarkan laporan daripada CAP, telur ayam palsu ini lebih besar berbanding daripada telur ayam sebenar.. dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Komponen-komponen bahan kimia ini boleh menganggu metabolisma, otak, sel saraf malah menjejaskan fungsi hati. Selain itu, ia boleh melemahkan ingatan seseorang..

Bila sebut palsu-palsu, ni asalnya ia bermula di China.. China memang terkenal dalam menghasilkan barang-barang tiruan, malah buah-buahan pun ada yang tiruan di China.. Itulah kesan daripada dasyatnya penerokaan Sains dan Teknologi.. Kalau sebelum ini kita ada belajar di sekolah mengenai teknologi pengklonan, maka telur palsu ini juga ibaratnya seperti pengklonan.. Selalu dapat forwarded email mengenai makanan-makanan tiruan.. telur, kuay teow.. dan bila ia terjadi di negara sendiri.. buat2 terkejut plak.. hehhee..

Agak-agaknya.. apalah manusia akan makan pada zaman akan datang? Kalau semuanya tiruan.. Agaknya manusia akan mengalami perubahan genetik.. Makanan-makanan organik sekarang sudah banyak yang terdedah kepada bahan kimia yang berlebihan.. Ayam daging, sayur mayur.. makanan-makan segera.. malah susu pun ada yang bercampur bahan kimia.. Sebab itu sekarang ni, macam-macam penyakit yang muncul.. dan tidak diketahui puncanya..

Bila difikir-fikir balik, lebih baik kita menanam sendiri sayur-mayur, dan menternak ayam untuk makanan yang lebih menyakinkan.. Alhamdulillah, masyarakat sudah mula sensitif terhadap isu-isu pemakanan serta kehalalan makanan.. We are what we eat, ye.. guys.. :)

So, be careful on what you eat,k.. nak beli makanan tu, belek2lah dulu kandungan kat packaging nye tu.. pastu pastikan logo halalnya.. dan lebih baik kita makan masakan di rumah aje.. lebih berkat, bersih dan yakin.. :)

just nak share video on telur ayam tiruan..



http://www.youtube.com/watch?v=v1NPK89dL98

2 comments:

  1. tadi pagi makan nasi tomato member letak telur rebus makan separuh rasa macam tak boleh masuk dah :P

    ReplyDelete