Apr 26, 2011

Migrain dan Sakit Kepala

Assalamualaikum..

Termasuk hari ni.. dah genap 3 hari kepala ni berdenyut-denyut..sebelah pulak tu dan petang tadi.. Jalan pun dah tak menentu...dan mual.. hmm.. balik rumah.. rasa nak pejam mata je memanjang.. Spek pun tak mampu nak pakai.. tapi terasa nak google la pulak.. haha.. sakit-sakit kepala mengadah juga laptop.. control sket brightness jadi yg paling rendah..

Sebeleum ni selalu menafikan kene migrain.. hoho.. tak mungkin.. tak mungkin.. then saya pun bergoogle...

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Bahagian migrain

# Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.

# Migrain di depan kepala
Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.

# Sisi kiri atau kanan kepala
Migrain focul yang tidak spesifik

# Belakang kepala
Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat)

# Atas kepala
Sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu merujuk kepada doktor.

Tanda migrain
# Gangguan visual
# Nampak tompok atau kilauan cahaya
# Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising
# Mual atau muntah
# Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum
# Lemah atau kebas pada anggota badan

Kaedah rawatan:
Semasa saya menggoolge.. ada lah disenaraikan beberapa jenis ubat untuk merawat/ menangani sakit migrain ini, antaranya:
Aspirin dan paracetamol
diclofenac dan ibuprofen
meloxicab dan etoricoxib
Ergotamine
Sumatriptan

Kesemua ubat ini ada fungsi-fungsi tertentu.. kalau nak lebih detail, boleh google kot.. Nak tulis byk.. sakit kepala plak.. hahaha..

Tapi, sebenarnya, sehingga kini,migrain tidak mempunyai ubat.Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.

Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain .
Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata : aduh
kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.

Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migraine dan sakit kepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini b erbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Ada kalanya,migraine bolehdisembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala. Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine. Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap dan melakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala. Jika seseorang sakit kepala kerana panas terik mentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dan dicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan. Inai mengandungi tenaga yang boleh mengatasi pening.

Hurm.. kepala kita perlu berehat juga sebenarnya.. dan yang paling penting bila sakit kepala tu, cube mandi dan basahkan kepala.. Itu yang saya selalu buat.. at leat kurang la sikit.. dan kurangkan melihat cahaya-cahaya terang..

Tetapi, pernah seorang kaunselor memberitahu saya, bahawa sebenarnya sakit migrain ini berpunca dari diri kita sendiri.. Mungkin masih wujud atau tersimpan marah terhadap seseorang dan kita sukar memaafkannya.. Cuba kita renung sejenak, masih adakah lagi insan terdekat/kenalan/hanya sekadar teman hi hi bye bye yang masih belum kita maafkan kesilapannya... Maka bebanan itu tertumpu pada kita.. jadi, maafkanlah.. Sebab orang yang migrain ini, ada perkara yang masih belum dia maafkan..

Memang benar.. setelah mendengar kata kaunselor/ustaz tersebut..dan mula memaafkan, walaupun tak ingat siapa.. dan kita redho.. sakit migrain sudah jarang melanda.. cume itulah yang perlu diingat semula bila migrain itu muncul..

Jadi, maafkanlah semua orang.. :)

Orait.. it's time for sleep,sO, dear all my friends please accept my apologize..

Tata..

~End~

1 comment:

  1. hidayah, km penah dgr sorg ustaz cakap masa bg kuliyah di Radio Kedah.fm. dia kata kalau migrain baca ayat ke 19 surah Al-Waqiah. Pegang kepala masa baca ayat tu... xingat pulak kena baca 3 ke 7 kali ntah.. selamat mencuba =)

    ReplyDelete