Apr 26, 2011

Migrain dan Sakit Kepala

Assalamualaikum..

Termasuk hari ni.. dah genap 3 hari kepala ni berdenyut-denyut..sebelah pulak tu dan petang tadi.. Jalan pun dah tak menentu...dan mual.. hmm.. balik rumah.. rasa nak pejam mata je memanjang.. Spek pun tak mampu nak pakai.. tapi terasa nak google la pulak.. haha.. sakit-sakit kepala mengadah juga laptop.. control sket brightness jadi yg paling rendah..

Sebeleum ni selalu menafikan kene migrain.. hoho.. tak mungkin.. tak mungkin.. then saya pun bergoogle...

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Bahagian migrain

# Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.

# Migrain di depan kepala
Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.

# Sisi kiri atau kanan kepala
Migrain focul yang tidak spesifik

# Belakang kepala
Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat)

# Atas kepala
Sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu merujuk kepada doktor.

Tanda migrain
# Gangguan visual
# Nampak tompok atau kilauan cahaya
# Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising
# Mual atau muntah
# Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum
# Lemah atau kebas pada anggota badan

Kaedah rawatan:
Semasa saya menggoolge.. ada lah disenaraikan beberapa jenis ubat untuk merawat/ menangani sakit migrain ini, antaranya:
Aspirin dan paracetamol
diclofenac dan ibuprofen
meloxicab dan etoricoxib
Ergotamine
Sumatriptan

Kesemua ubat ini ada fungsi-fungsi tertentu.. kalau nak lebih detail, boleh google kot.. Nak tulis byk.. sakit kepala plak.. hahaha..

Tapi, sebenarnya, sehingga kini,migrain tidak mempunyai ubat.Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.

Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain .
Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata : aduh
kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.

Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migraine dan sakit kepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini b erbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Ada kalanya,migraine bolehdisembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala. Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine. Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap dan melakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala. Jika seseorang sakit kepala kerana panas terik mentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dan dicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan. Inai mengandungi tenaga yang boleh mengatasi pening.

Hurm.. kepala kita perlu berehat juga sebenarnya.. dan yang paling penting bila sakit kepala tu, cube mandi dan basahkan kepala.. Itu yang saya selalu buat.. at leat kurang la sikit.. dan kurangkan melihat cahaya-cahaya terang..

Tetapi, pernah seorang kaunselor memberitahu saya, bahawa sebenarnya sakit migrain ini berpunca dari diri kita sendiri.. Mungkin masih wujud atau tersimpan marah terhadap seseorang dan kita sukar memaafkannya.. Cuba kita renung sejenak, masih adakah lagi insan terdekat/kenalan/hanya sekadar teman hi hi bye bye yang masih belum kita maafkan kesilapannya... Maka bebanan itu tertumpu pada kita.. jadi, maafkanlah.. Sebab orang yang migrain ini, ada perkara yang masih belum dia maafkan..

Memang benar.. setelah mendengar kata kaunselor/ustaz tersebut..dan mula memaafkan, walaupun tak ingat siapa.. dan kita redho.. sakit migrain sudah jarang melanda.. cume itulah yang perlu diingat semula bila migrain itu muncul..

Jadi, maafkanlah semua orang.. :)

Orait.. it's time for sleep,sO, dear all my friends please accept my apologize..

Tata..

~End~

Apr 25, 2011

Ubahlah Kerugianmu Menjadi Keuntungan

Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak artikel yang terkandung dalam 'Jangan Bersedih, jadilah Wanita yang Paling Bahagia', Saya tertarik dan sering membacanya berulang-ulang kali..

**********************************************************

Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan berputus asa jika kakimu terantuk lalu engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat denganmu menghunus anak panah ke tubuhmu, Kerana nanti engkauakan mendapatkan orang yang akan mencabut anak panah tersebut,mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu... :)

Jangan sering bernaung di atas gedung keruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dan kegelapan telah menghampirinya. Carilah kicauan burung yang menembus cakerawala bersama sinar pagi yang cerah.

Jangan melihat kepada kertas-kertas yang telah berubah warnanya, huruf-hurufnya yang membingungkan dan tulisannya yang sudah suram. Engkau akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan terbaik yang pernah engkau tulis. Juga kertas itu bukan kertas terakhir yang engkau tuliskan. Engkau harus membezakan antara orang yang meletakkan tulisanmu di matanya dengan orang yang menyerahkannya kepada angin . Tulisan itu tidak hanya ucapan indah yang berlalu begitu sahaja, akan tetapi dia adalah perasaan hati yang hidup pada setiap hurufnya, menggoncangkan denyut jantung orang yang membawanya dengan penuh kesabaran dan membakar kepiluannya dengan api. Jangan anda jadi raja yang murung, nama julukan burung ajaib yang mengeluarkan kicauan merdunya bila berdarah kerana terluka sehingga ia dijuluki dengan nama tersebut.

Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang seimbang dengan nilai darah anda walau setitis pun.


waah.. habes sudah falsafah saya..
Kelemahan kita adalah kekuatan kita.. hmm.. ?
fikir-fikirkan...

~EnD~

Apr 20, 2011

Rabu:Berblog tanpa idea

Assalamualaikum..

Lama giler tak berblog.. Entry ni saya tulis time lunch hour hari Rabu.. tulis sepatah, saya sambung pulak hari Isnin berikutnya.. Ya.. ini adalah kerana saya tiada idea untuk dituliskan.. walaupun kepala ini sudah tepu dek banyak sangat perkara yang difikirkan.. (kunun2 je.. apelah sangat nak difikirkan.. )

Ya.. sambung balik..

That Wednesday morning, fikiran ini datang menerjah.. 'Lama giler aku tak blogging.. Nak blogwalking pun dah tak de passion..' Buka blog sendiri pun kosong aje.. ' 'Nape aku berblog..?'
So.. resultnye.. dekat sebulan tak de entry.. kerana kurang termotivasi untuk memotivasikan rakan-rakan yang lain..

Dan hampir sebulan melakukan pencarian... idea..

Dan.. inilah yang terlintas...


Aku ni tak de life ke.. hahahhaa... jadi Zombie..


tak nak tak nak.........!


tak nak makan otak.. tak sedap...


Kita semua normal.. manusia..


yang tak sama adalah cara berfikir..


tapi kita sama... dari tanah... kemahuan dan keinginan hampir serupa..


yang membezakan.. peratus kemahuan kita.. huh...


Aku berfalsafah pulak..


Maka, di pertengahan minggu ini iaitu Rabu.. teruslah membulat tekad, meneruskan hari sehingga tiba hujung minggu untuk meneruskan kehidupan... tapi....


Kita bukan hamba dunia........


~End~

Apr 10, 2011

Telur Palsu: Gulp.. berapa banyak dah makan..

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni kecoh pasal telur palsu.. first time masa dengar kat radio, macam tak caya.. bila baca kat newspaper pun macam tak percaya jugak.. Dah sampai kat Malaysia telur ayam palsu ni.. Yelah.. tiap-tiap hari menu mesti ada telur, telur goreng mata, telur dadar.. mee goreng mamak.. dan kadang-kadang makan telur kicap ngan nasi panas je pun dah menyengat.. fuhh.. tetiba muncul pula isu-isu sensitif pasal makanan mengenai telur.. jadi, apakah yang aku makan sebelum ini?

Berdasarkan laporan daripada CAP, telur ayam palsu ini lebih besar berbanding daripada telur ayam sebenar.. dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Komponen-komponen bahan kimia ini boleh menganggu metabolisma, otak, sel saraf malah menjejaskan fungsi hati. Selain itu, ia boleh melemahkan ingatan seseorang..

Bila sebut palsu-palsu, ni asalnya ia bermula di China.. China memang terkenal dalam menghasilkan barang-barang tiruan, malah buah-buahan pun ada yang tiruan di China.. Itulah kesan daripada dasyatnya penerokaan Sains dan Teknologi.. Kalau sebelum ini kita ada belajar di sekolah mengenai teknologi pengklonan, maka telur palsu ini juga ibaratnya seperti pengklonan.. Selalu dapat forwarded email mengenai makanan-makanan tiruan.. telur, kuay teow.. dan bila ia terjadi di negara sendiri.. buat2 terkejut plak.. hehhee..

Agak-agaknya.. apalah manusia akan makan pada zaman akan datang? Kalau semuanya tiruan.. Agaknya manusia akan mengalami perubahan genetik.. Makanan-makanan organik sekarang sudah banyak yang terdedah kepada bahan kimia yang berlebihan.. Ayam daging, sayur mayur.. makanan-makan segera.. malah susu pun ada yang bercampur bahan kimia.. Sebab itu sekarang ni, macam-macam penyakit yang muncul.. dan tidak diketahui puncanya..

Bila difikir-fikir balik, lebih baik kita menanam sendiri sayur-mayur, dan menternak ayam untuk makanan yang lebih menyakinkan.. Alhamdulillah, masyarakat sudah mula sensitif terhadap isu-isu pemakanan serta kehalalan makanan.. We are what we eat, ye.. guys.. :)

So, be careful on what you eat,k.. nak beli makanan tu, belek2lah dulu kandungan kat packaging nye tu.. pastu pastikan logo halalnya.. dan lebih baik kita makan masakan di rumah aje.. lebih berkat, bersih dan yakin.. :)

just nak share video on telur ayam tiruan..



http://www.youtube.com/watch?v=v1NPK89dL98