Mar 26, 2011

Peristilahan dan pembahagian Hadis

Di dalam menentukan penerimaan atau penolakan riwayat-riwayat hadis, para ulama menggunakan 3 istilah yang masing-masing menggambarkan kelas atau kategori masing-masing dalam penolakan atau penerimaan. Istilah-istilah tersebut ialah Sahih, Hasan dan Da'if.


Hadis Sahih
Hadis yang diyakini kesahihannya daripada Rasulullah saw. Bagi ulama hadis,
untuk mencapai kategori Sahih, sesebuah hadis perlu melengkapi syarat2 tertentu;
  1. Ianya diriwayatkan melalui sanad atau salasilah periwayatan yang Muttasil (mempunyai kesinambungan yang sempurna tanpa putus daripada perawi berkenaan sehinggalah Rasulullah saw.). Riwayat hadis tidak bersifat Munqati' (riwayatnya terputus di mana2 peringkat), tidak Mu'adhdhal (terputus 2 salasilah periwayatan secara berturut2), tidak Mu'allaq (terputus salasilahperingkat awal periwayatannya),tidak Mudallas (belaku kekeliruan di dalam menyebut salasilah periwayatannya dan lain-lain yang disebut sebagai syarat2 yg menjadikan sesuatu riwayatnya Muttasil atau bersambung dengan sempurna kepada Rasulullah saw.
  2. Kesemua periwayatnya adalah adil. Iaitu mempunyai pegangan agama yang baik, akhlak yang baik dan tidak fasik atau kurang bermaruah.
  3. Para periwayatnya mempunyai kepakaran dan ingatan yang tingi; iaitu mempunyai kesedaran yang cukup untuk memahami apa yang didengar atau diterimanya. Dan dia perlu benar-benar hafal dan ingat hadis berkenaan sejak dari menerimanya sehinggalah waktu dia meriwayatkan hadis itu.
  4. Hadis yang diriwayatkan tidak janggal; iaitu menyalahi riwayat orang yang tsiqah atau lebih dipercayai daripadanya.
  5. Hadis yang diriwayatkan tidak mempunyai kecacatan besar. (nak tulis lebih detail tapi explaination dalam buku tak paham pulak..)
Hadis Hasan
Riwayat yang memenuhi syarat-syarat penerimaan tetapi terdapat di kalangan periwayatnya orang yang tidak begitu baik dari segi hafalan, ketelitian dan sebagainya. Riwayat seperti ini diterima tetapi ia dinilai sedikit rendah daripada hadis Sahih. Hadis Hasan ini terbahagi kepada 2:
  • hadis yang benar2 Hasan
  • Hadis yang dianggap Hasan - hadis yang dalam salasilahnya ada perawi yang tidak diketahui keadaan sebenar. Bagaimanapun, nyata dia bukanlah terlalu bodoh sehingga melakukan banyak kesilapan di dalam riwayatnya dan bukan pula disyaki berbohong di dalam meriwayatkan hadis serta pula tidak fasik.
Hadis Da'if
Riwayat-riwayat yang tidak mencapai tahap sahih atau Hasan. Ia secara kasarnya boleh disebut sebagai berpunca dari dua sebab, iaitu sanadnya tidak muttasil (berterusan dari perawisampai kepada Rasulullah saw tanpa terputus di peringkat manapun di luar daripada persoalan sama ada periwayatan berkenaan bersifat muttasil atau sebaliknya).

Hadis Munqati
Hadis yang dalam senarainya tercicir seorang periwayat, tidak kira dari generasi manapun dia.

Hadis Mutawatir
Hadis yang diriwayatkan di dalam setiap generasi periwayatannya oleh sejumlah periwayat yang pada kebiasaannya mustahil telah berpakat untuk berdusta.

Hadis Ahad
Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah periwayat yang tidak mencapai tahap mutawatir atau mahsyur . Hadis ini daripda kategori yang tidak benar-benar diyakini datangnya daripada Rasulullah saw, tetapi sekadar sangkaan sahaja.


No comments:

Post a Comment