Mar 26, 2011

Metodologi Pengajaran Al-Sunnah

Metodologi pengajaran al-Sunnah tidak jauh berbeza dengan pengajaran al-Quran. Semua perkara yang berkaitan dengan umat Islam dalam semua bidang (yang tidak disebut dalam al-Quran), terdapat dalam al-Sunnah iaitu dalam bentuk perbuatan (amali), kata-kata (qauli) dan perakuan (taqriri).

Antara metodologi yang digunakan Rasulullah saw untuk mengajar para sahabat dapat dikategorikan kepada 6 elemen:
  1. Pengajaran secara beransur-ansur
  2. Lokasi-lokasi pengajaran Strategik
  3. Contoh tauladan dan pergaulan
  4. Kepelbagaian dan perubahan topik dari masa ke semasa
  5. Perlaksanaan secara amali
  6. Mengambil kira tahap mentaliti yang berbeza
Cara Para sahabat menerima al-Sunnah daripada Rasulullah saw.
  1. Majlis-majlis Ilmu Rasulullah saw.
  2. Peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Rasulullah saw sendiri.
  3. Peristiwa yang berlaku terhadap orang-orang Islam
  4. Perbuatan-perbuatan Rasulullah saw yang disaksikan oleh para sahabat

No comments:

Post a Comment