Mar 25, 2011

Konsep Al-Sunnah - Definisi

Definisi Al-Sunnah
Sunnah bererti pembawa secara umum, sama ada yang bersifat baik atau sebaliknya. Tetapi terdapat tiga definisi utama yang berbeza berkaitan sunnah dan berbeza kerana wujudnya perbezaan pemahaman ulama' berdasarkan bidang masing-masing.

1. Ulama hadis
sesuatu perkara yang terkesan drpd Nabi saw daripada percakapan atau perbuatan atau perakuan atau sifat penciptaan atau sejartah hidupnya sama ada sebelum dituskan sebagai rasul atau sebelumnya.

2. Ulama Metodologi hukum/Usul Fiqh
dalil-dalil hukum selain al-Quran. Ia lahir daripada Rasulullah saw sama ada dalam bentuk kata-kata, perbuatan atau perakuan. Bagi mereka, yang penting adalah Rasulullah sebagai pembuat dasar atau Musyarri' yang menghuraikan tentang dasar-dasar hidup manusia. Mereka turut membahagikan Sunnah kepada 3 bahagian:
  • Sunnah Qauliyah, iaitu hadis atau kata-kata Rasulullah saw dalam segala bentuk perkataan atau percakapan.
  • Sunnah Fi'liyah, iaitu perbuatan-perbuatan rasulullah saw dalam segala bentuk perbuatan.
  • Sunnah Taqrirayah, iaitu perakuan-perakuan Rasulullah saw terhadap kata-kata atau perbuatan para sahabat sama ada secara jelas atau hanya bersikap diam dan tidak mengingkari kata-kata atau perbuatan itu.
3. Ulama' Fiqh
semua perkara yang disabitkan kepada Rasulullah yang mana terkeluar dari perkara fardhu dan wajib.

Selain istilah Sunnah, istilah lain yang popular digunakan ialah Hadis. Namun, ia digunakan untuk pengertian yang lebih khusus iaitu apa yang lahir daripada Rasulullah sesudah baginda diutus sebagai Rasulullah saw. dan sebaliknya sunnah merangkumi sama ada yang lahir daripadanya semasa atau sebelum dilantik menjadi Rasul.



No comments:

Post a Comment