Feb 6, 2011

Krisis di Mesir


Assalamualaikum wbt. Isu hangat buat masa ini ialah pergolakan dan krisis politik yang berlaku di Mesir. Sudah beberapa minggu berita ini menjadi topik hangat yang merisaukan ibu bapa, sanak saudara Islam di Malaysia ini. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak yang kebanyakannya sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Walaupun saya tidak mempunyai kenalan terdekat atau saudara yang sedang melanjutkan pelajaran/ bekerja di sana, tetapi perasaan risau dan cemas turut dirasai.. Saya ada cuba mengGoogle berkenaan isu di atas, kerana masih samar dengan punca pergolakan yang berlaku. Krisis pergolakan di Mesir dikatakan berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang telahpun menjadi pemimpin Mesir selama 30 tahun atas sebab-sebab tertentu.. (isunya saya kurang pasti, perlu diGoogle lagi). Rakyat Mesir mengharapkan presidennya meletakkan jawatan dan sudah beberapa kali cubaan membunuh terhadapnya dilakukan tetapi tidak berhasil. Sepanjang perkhidmatan beliau, banyaklah gosip-gosip kurang enak yang amat menyakitkan hati dan perasaan rakyat Mesir dan Islam. Jadi berlakulah rusuhan dan pergolakan di kalangan rakyat Mesir. Turut menjadi ancaman ialah rakyat Malaysia di Mesir.. sahabat-sahabat kita ye..
Lagi kisah krisis: http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/
Saya akui, saya tidak dapat dan kurang mampu untuk berbuat banyak. Tetapi sekarang kerajaan Malaysia sedang melakukan pemindahan rakyat Malaysia yang berjumlah 7000 orang ke Jeddah, sebelum dibawa pulang ke Malaysia secara berperingkat. So, marilah kita sama-sama doakan keselamatan mereka di sana... Ketika bercuti sempena CNY, sempat saya berborak dengan emak berkenaan krisis di Mesir ini. Kata emak, anak perempuan kawannya sempat menelefon buat kali terakhir sebelum semua alat komunikasi di sana diputuskan. Beliau mengharapkan agar ibunya meredhoi atas segala kemungkinan yang bakal berlaku ke atas dirinya, dan memohon maaf. Saat itu juga, si Ibu,dapat mendengar bunyi sayup berbalas-balas tembakan di telefon.. Hati ibu mana yang tidak tersentap saat mendengar anaknya dalam keadaan bahaya. Berdoalah, kerana doa itu senjata mukmin. Saat kita terlalu resah dengan isu di Mesir, janganlah kita lupa pada saudara kita yang berada di Palestin..

Sungguh, umat Islam sedang diuji.. dan ujian yang paling susah itu adalah ujian kesenangan..bersyukurlah.. 'Nasib baik kita berada di Malaysia'. mungkin ini yang terlintas di benak fikiran kita saat ini.

Saling mengingati ye, kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment