Feb 24, 2011

Besar Nak Jadi Apa?

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni rajin pulak saya membelek-belek Facebook.. Tengok-tengok kot dapat tag kad kahwen. Cuti sekolah dah nak dekat, mesti akan beraturlah jemputan makan2 nasi minyak, al-sekaligus menaikkan tahap kolestrol dalam badan.. hehe.. waaahhh.. lamanye tak makan nasi minyak.. rindu kat ayam masak merah, kurma daging, jelatah.. dan yang best tu tengok design baju pengantin orang.. belek2 hantaran.. Ya.. dah besar anak makcik tu ye.. padahal saya dengan pengantin tu sama umur.. saje tak sedar diri yang diri tu dah tua ek..?

Si pengantin seorang bekerjaya, suami/isterinya pun seorang yang bekerjaya.. dulu-dulu waktu sekolah selalu ingat yang Science tream, mesti ramai yang jadi doktor, scientist, jururawat ke.. tapi bila dah besar jadi bankers, kerani.. eheh.. 'aku ni lurus bendul jugak ek.. skarang baru sedar' .. dan kesimpulannya, tak semua cita-cita waktu kecil akan dikecapi.. So, cita-cita tu samalah macam angan-angan yek? Semalam waktu mengelamun dalam LRT Putra waktu on the way balik kerja, telah banyak memori yang berjaya direcall..'aku ni dulu kira banyak berangan-anganlah ek..? Sebab semua yang aku cita-citakan tak menjadi..., Jadi, aku nak bercita-cita apa? Masa kecil sudah berlalu.. ? Saya tak dapat nak recall lah ayat yang mengatakan bahawa, angan-angan itu adalah suatu yang merugikan.. (or a kind of sentence). I'll let you know later k?

Akhirnya, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa yang patut diletakkan adalah bukan cita-cita, tetapi matlamat hidup. Biar apa pun yang kita jadi setelah besar, matlamat hidup kita yang akan membawa kita.. Hmm.. masuk logik akal tak? So.. saya pun mula memikirkan matlamat baru setelah mengalami satu fasa peralihan yang perit. (apekah maknanya tu.. hehe..)..

Jadi dengan secara otomatiknya kini, bila jumpa je dengan makhluk yang bernama student, mesti saya aklan cakap..'Adik, besar nanti nak jadi apa?.... Belajar rajin-rajin ye dik..' mungkin sebab saya dah merasa sedikit sesalan dalam hidup.. tapi saya pun student jugak ye..

Papepun, semua kawan-kawan dah besar, dah kawen, dah ada anak, dan dah bekerjaya.. Teringat pulak masa darjah satu dulu.. ada classmate tulis, cita-citanya nak jadi 'surirumah'.. kerana ibunya seorang surirumah.. agak-agak berjaya tak dia menjadi surirumah..?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lepas solat baru datang idea.. cita-cita menjadi angan-angan sekiranya ia tidak disertakan usaha..

K.. nak sambung balik buat kerja.. Today was quite stressfull.. and this month is a stressful month.. (haha.. tetibe buat luahan perasaan). - takde apa yang boleh dibuatkan.. it's on your own will.. (betul ke?)

2 comments:

  1. nak komen kepada diri sendiri.. ayat-ayat yg ditullis terlalu ringkas.. tingkatkan elaboration, dan terus menulis. yea..! -utk diri sendiri

    ReplyDelete
  2. hai saye da follow awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/eklusif-dari-eropah-piala-liga-juara.html

    ReplyDelete