Feb 13, 2011

Berkebun lah kita..

Assalamualaikum,

Minggu lalu teringat untuk mengupdate post berkenaan berkebun ni.. hari ni baru berkesempatan selepas berjaya membluetooth gambar-gambar dari kebun..

Cuti Tahun Baru Cina saya gunakan sepenuhnya di rumah.. Teringat juga kat member-member di kampung, rasa macam nak lepak-lepak dan tanye update terbaru dari mereka. Seems like, the home needs me more.. Dan hari Sabtu lalu baru berkesempatan melawat ke kebun di Changkat Larah. I was very excited the day before coz I thought tengah and bongsu mau ikut.. Mak pula sudah buat perancangan membakar kuih bingka di kebun.. Tapi.. akhirnye.. just saya, mak n abah je pagi tu pergi kebun..

Sesampai je di kebun, our mood dah lifted up atas penemuan dua biji durian.. yea..!

Isinya sangat lebut dan manis.. Buah ni, kata mak adalah dari pokok durian yang sudah lama tidak berbuah.. Abah hampir nak menebang pokok ni, katanya tiada hasil.. Akhirnye.. dengan izin Allah, ia telah berbuah, 3 biji semuanya.. Sebiji lagi masih di atas pokok.. Duduk bawah pokok durian ni sambil membakar bengkang hingga ke tengah hari pun tak gugur-gugur lagi..
Pokok yang kanan sekali tu adalah pokok yang hampir di tebang.. Cuba cari,di manakah buahnya.. ?

Sambil bakar bengkang (org panggil bingka, tapi saya dah biasa sebut bengkang).. tolong2 mak sikit cangkul-cangkul tanah.. pastu berlari-lari anak menjaga api bengkang.. takut menyala apinya.. hangit pula bengkangnya... (memang menyala pun.. dua kali.. dan agak hangit jadinya nasib lah masih boleh dimakan.. huhu)..


Bila dah dekat tgh hari tu barulah pulang membawa hasil seperi durian, ulam raja (tumbuh dengan sangat meliar), pucuk kaduk dan serai..

Tidak lupa juga, dalam diam, tungau turut dibawa pulang.. sampai MC Isnin tu.. haha...

So, apa lagi kawan-kawan, Marilah berbakti kepada tanah.. Cara senang nak makan sedap tanpa perlu berbelanja lebih.. :) Yang perlu, hanya bersabar.. Syok tau makan hasil usaha kita sendiri..


No comments:

Post a Comment