Feb 23, 2011

Azab Melengah-lengahkan Solat

Assalamualaikum..

Peringatan buat diri itu penting.. Kadang-kadang kita ni terlalu leka dan asyik sampai terlupa yang terutama.. Malas lebih menguasai diri.. dan inilah yang sering berlaku pada kita semua. Jadi, ingin saya kongsikan azab melengah-lengahkan solat.. Lengah solat pun ada azab, inikan pula yang sengaja meninggalkan solat, ye tak?

Orang yang melengah-lengahkan solat akan diazab dengan beberapa azab yang pedih.

.
1. Azab di dunia:
• Hidup tidak dirahmati.
• Nur pada wajah akan pudar.
• Tidak menerima pahala walaupun bagi amalan yang baik.
• Doa tidak dimakbulkan.
• Tidak mendapat doa daripada orang yang soleh.
.
2. Azab ketika hendak mati:
• Mati dalam keadaan aib.
• Mati dalam kelaparan.
• Mati dalam keadaan terlampau dahaga. Jika selautan air pun diberi, masih tidak mampu menghilangkan rasa haus tersebut.
.
3 . Azab dalam kubur:
• Dihimpit oleh bumi sehingga tulang berceramuk.
• Dihidupkan api di dalam kubur sehingga berguling-guling kepanasan.
• Dilepaskan ke arahnya ular besar yang berkuku panjang dan tajam.
.
4 . Azab selepas kebangkitan:
• Hisab dan hukuman ke atasnya amat keras.
• Dicampak ke dalam api neraka dalam keadaan hina.
.
So, my dear beloved friend, starting from today, let us do some 'islah' in our life.. although it's hard, and sometimes laziness behold us.. always remember, that we live a short life..


Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man

2 comments:

  1. sama-sama la kita menginsafi diri kita masing-masing....

    ReplyDelete