Feb 27, 2011

GA Salam Santun

Assalamualaikum..

Kalau jalan2 shopping beli baju time dulu-dulu..(5 tahun dulu), susah nak jumpa baju yang betul-berul menepati citarasa.. longgar (tapi tak besar), dan labuh menutupi pinggul.. kalau ada pun baju-baju ala punjabi banyak la.. tapi biasalah.. baju punjabi kan banyak yang lengan pendek..

Dan, kini alhamdulillah, tak susah nak jumpa baju2 muslimah labuh yang dijual di pasaran.. kalau waktu dulu-dulu zaman U, takat t-shirt2 labuh muslimah, sangatlah feymous, dengan design kartun dan gambar bunge2 kat depan.. Perkembangan fesyen muslimah terus meningkat dari tahun ke tahun.. kalau dulu hanyalah kain t-shirt, sekarang dah macam2 jenis kain ada.. lycra lah, kapas lah.. corak bungalah.. abstract, ropol2.. apepun ia mestilah menepati syarat2 dan etika2 yang bertepatan.. tapi,biasalah.. kalau nak jumpa yang berkenan di hati tu payah sikit.. nak pusing satu shopping complex atau satu bandar nak cari yg berkenan di hati, alamatnye tercabutlah kaki.. tapi tak dinafikan, ada yang dijual di sesetengah kedai amatlah menarik hati..

Salah satu cara lagi nakbelek design2 dan baju2 ni adalah memalui internet.. Hari ni sy tergerak lah nak google blouse dan t-shirt2 musliman.. pastu terjumpalah satu website ni.. http://www.salamsantun.com.. baju-baju yang dipamerkan sangat menarik dan pelbagai warna dan boleh dimasukkan dalam checklist baju-baju muslimah anda.. :) Saya sempat membelek-belek beberapa design baju, rata-rata harga yang dipamerkan adalah harga standard bagi baju musllimah, cuma saya agak kurang pasti bagaimana kualiti kainnya.Hmm..Ada yg dari kain kapas..ada T-shirt.. bila sebut kain kapas.. saya terbayang kedut.. Kain kapas yang sy biasa beli cepat berkedut.. pernah beberapa blouse yg saya pakai tak sampai setengah hari dah macam kene kepal kedutannya.. Kan bagus kalau dia letak juga cara penjagaan pakainnya.. hehehe.. (byk pulak komennya).. tapi, kelihatan kainnya agak tebal dan tidak jarang seperti sesetengah blouse yang dijual.. so, tambah lagi 2 poin.. HOOray...!

Hehe.. macam promote blog sendiri la pulak.. hmm.. Blouse dan kemeja labuh untuk ke pejabat pun ada..

Contoh baju yang ada kat Salam Santun:

Bila orang pakai blouse ni.. slalu mesti nak pakai dengan jeans kan? baru nampak smart.. nak pakai dengan Khakis pun cantik.. pakai dengan skirt labuh pun sweet.. Tak kisah lah nak pakai dengan apa pun, janji menutup aurat dan bukan hanya urat ye.. Pape pun.. saya nak survey lagi blouse2 yang menarik.. Kalau korang nak tengok blouse menarik Khadeeja.. gi lah website Salam santun.. Rambang mata dengan warna2 nya.. K, lah.. I'm continuing my hunting..


Feb 24, 2011

Besar Nak Jadi Apa?

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni rajin pulak saya membelek-belek Facebook.. Tengok-tengok kot dapat tag kad kahwen. Cuti sekolah dah nak dekat, mesti akan beraturlah jemputan makan2 nasi minyak, al-sekaligus menaikkan tahap kolestrol dalam badan.. hehe.. waaahhh.. lamanye tak makan nasi minyak.. rindu kat ayam masak merah, kurma daging, jelatah.. dan yang best tu tengok design baju pengantin orang.. belek2 hantaran.. Ya.. dah besar anak makcik tu ye.. padahal saya dengan pengantin tu sama umur.. saje tak sedar diri yang diri tu dah tua ek..?

Si pengantin seorang bekerjaya, suami/isterinya pun seorang yang bekerjaya.. dulu-dulu waktu sekolah selalu ingat yang Science tream, mesti ramai yang jadi doktor, scientist, jururawat ke.. tapi bila dah besar jadi bankers, kerani.. eheh.. 'aku ni lurus bendul jugak ek.. skarang baru sedar' .. dan kesimpulannya, tak semua cita-cita waktu kecil akan dikecapi.. So, cita-cita tu samalah macam angan-angan yek? Semalam waktu mengelamun dalam LRT Putra waktu on the way balik kerja, telah banyak memori yang berjaya direcall..'aku ni dulu kira banyak berangan-anganlah ek..? Sebab semua yang aku cita-citakan tak menjadi..., Jadi, aku nak bercita-cita apa? Masa kecil sudah berlalu.. ? Saya tak dapat nak recall lah ayat yang mengatakan bahawa, angan-angan itu adalah suatu yang merugikan.. (or a kind of sentence). I'll let you know later k?

Akhirnya, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa yang patut diletakkan adalah bukan cita-cita, tetapi matlamat hidup. Biar apa pun yang kita jadi setelah besar, matlamat hidup kita yang akan membawa kita.. Hmm.. masuk logik akal tak? So.. saya pun mula memikirkan matlamat baru setelah mengalami satu fasa peralihan yang perit. (apekah maknanya tu.. hehe..)..

Jadi dengan secara otomatiknya kini, bila jumpa je dengan makhluk yang bernama student, mesti saya aklan cakap..'Adik, besar nanti nak jadi apa?.... Belajar rajin-rajin ye dik..' mungkin sebab saya dah merasa sedikit sesalan dalam hidup.. tapi saya pun student jugak ye..

Papepun, semua kawan-kawan dah besar, dah kawen, dah ada anak, dan dah bekerjaya.. Teringat pulak masa darjah satu dulu.. ada classmate tulis, cita-citanya nak jadi 'surirumah'.. kerana ibunya seorang surirumah.. agak-agak berjaya tak dia menjadi surirumah..?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lepas solat baru datang idea.. cita-cita menjadi angan-angan sekiranya ia tidak disertakan usaha..

K.. nak sambung balik buat kerja.. Today was quite stressfull.. and this month is a stressful month.. (haha.. tetibe buat luahan perasaan). - takde apa yang boleh dibuatkan.. it's on your own will.. (betul ke?)

Feb 23, 2011

Azab Melengah-lengahkan Solat

Assalamualaikum..

Peringatan buat diri itu penting.. Kadang-kadang kita ni terlalu leka dan asyik sampai terlupa yang terutama.. Malas lebih menguasai diri.. dan inilah yang sering berlaku pada kita semua. Jadi, ingin saya kongsikan azab melengah-lengahkan solat.. Lengah solat pun ada azab, inikan pula yang sengaja meninggalkan solat, ye tak?

Orang yang melengah-lengahkan solat akan diazab dengan beberapa azab yang pedih.

.
1. Azab di dunia:
• Hidup tidak dirahmati.
• Nur pada wajah akan pudar.
• Tidak menerima pahala walaupun bagi amalan yang baik.
• Doa tidak dimakbulkan.
• Tidak mendapat doa daripada orang yang soleh.
.
2. Azab ketika hendak mati:
• Mati dalam keadaan aib.
• Mati dalam kelaparan.
• Mati dalam keadaan terlampau dahaga. Jika selautan air pun diberi, masih tidak mampu menghilangkan rasa haus tersebut.
.
3 . Azab dalam kubur:
• Dihimpit oleh bumi sehingga tulang berceramuk.
• Dihidupkan api di dalam kubur sehingga berguling-guling kepanasan.
• Dilepaskan ke arahnya ular besar yang berkuku panjang dan tajam.
.
4 . Azab selepas kebangkitan:
• Hisab dan hukuman ke atasnya amat keras.
• Dicampak ke dalam api neraka dalam keadaan hina.
.
So, my dear beloved friend, starting from today, let us do some 'islah' in our life.. although it's hard, and sometimes laziness behold us.. always remember, that we live a short life..


Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man

Feb 13, 2011

Berkebun lah kita..

Assalamualaikum,

Minggu lalu teringat untuk mengupdate post berkenaan berkebun ni.. hari ni baru berkesempatan selepas berjaya membluetooth gambar-gambar dari kebun..

Cuti Tahun Baru Cina saya gunakan sepenuhnya di rumah.. Teringat juga kat member-member di kampung, rasa macam nak lepak-lepak dan tanye update terbaru dari mereka. Seems like, the home needs me more.. Dan hari Sabtu lalu baru berkesempatan melawat ke kebun di Changkat Larah. I was very excited the day before coz I thought tengah and bongsu mau ikut.. Mak pula sudah buat perancangan membakar kuih bingka di kebun.. Tapi.. akhirnye.. just saya, mak n abah je pagi tu pergi kebun..

Sesampai je di kebun, our mood dah lifted up atas penemuan dua biji durian.. yea..!

Isinya sangat lebut dan manis.. Buah ni, kata mak adalah dari pokok durian yang sudah lama tidak berbuah.. Abah hampir nak menebang pokok ni, katanya tiada hasil.. Akhirnye.. dengan izin Allah, ia telah berbuah, 3 biji semuanya.. Sebiji lagi masih di atas pokok.. Duduk bawah pokok durian ni sambil membakar bengkang hingga ke tengah hari pun tak gugur-gugur lagi..
Pokok yang kanan sekali tu adalah pokok yang hampir di tebang.. Cuba cari,di manakah buahnya.. ?

Sambil bakar bengkang (org panggil bingka, tapi saya dah biasa sebut bengkang).. tolong2 mak sikit cangkul-cangkul tanah.. pastu berlari-lari anak menjaga api bengkang.. takut menyala apinya.. hangit pula bengkangnya... (memang menyala pun.. dua kali.. dan agak hangit jadinya nasib lah masih boleh dimakan.. huhu)..


Bila dah dekat tgh hari tu barulah pulang membawa hasil seperi durian, ulam raja (tumbuh dengan sangat meliar), pucuk kaduk dan serai..

Tidak lupa juga, dalam diam, tungau turut dibawa pulang.. sampai MC Isnin tu.. haha...

So, apa lagi kawan-kawan, Marilah berbakti kepada tanah.. Cara senang nak makan sedap tanpa perlu berbelanja lebih.. :) Yang perlu, hanya bersabar.. Syok tau makan hasil usaha kita sendiri..


Feb 10, 2011

Untuk Aku, Bacelah

Assalamualaikum..

Dear Aku,
Kadang-kadang apa yang berlaku itu ada hikmahnya..
dan perkara yang terjadi itu atas kelamahan diri sendiri,
dan Allah telah memberikan waktu dan situasi buat Aku untuk memperbaiki kelemahan itu..
Faham tak?

Aku,
cuba awak tuding satu jari di depan,
berapa jari yang menghala ke diri sendiri?
Sekarang, ada faham?

K, lah.. we love you too.. :)
Don't be sedey2 ok..
You've got to be strong,
Semuanya atas rahmat Allah..

Ikhlas dari,
Korang.. hehe..

p/s: hehe.... faham ke?


Feb 9, 2011

Untuk korang, bacelah.

Assalamualaikum...

Dear korang,


Korangtau tak?
Kalau aku banyak tangan, aku takkan minta tolong kat korang,

aku takkan susahkan korang,
biar semua keje aku buat pun takpe..
aku tak kisah susah,
Aku tak kisah bersenggang mata,
nak taknak aku kene juga kerja,
cari wang buat sara diri..sara orang,
Tapi kadang2 tu aku tau memang korang takkan buat pun,
aku pernah cakap kat korang,
pastu korang bagi idea, tapi tinggalkan..
still tak buat juga..
tapi, korang tau kan, tangan kita Allah bagi sama banyak,
Dua je setiap sorang, tak de yang lebih,
Kurang tu adalah.. mungkin sebab main mercun..


Korang,
Maaflah aku ni kadang-kadang banyak tanye,
Ye lah,aku punya IQ tak tinggi mana,
bukan juga 1st class honor,
2nd class jauh jugak lah..
Dulu aku dapat markah tinggi pun sebab soklan senang..
1+1, mesti lah sume dapat jawab kan..
dan daya ingatan aku taklah berapa bagus..
tu yang aku tgh asah, nak beli cereal mahal ngan vitamin mahupun ayam brands,
tapi mesti aku pikir 2-3 kali..
buat keje lama, sebab aku nak fikir lama..
maaf la, kadang senang je kan kalau korang je yang buat..
tapi aku tau tu keje aku,
Sian korang kene tunggu aku,,
tu sebab lah kadang2 aku tanye,, kadang2 tak tanye..
Aku segan ngan korang,tapi aku kuatkan juga semangat dan tebalkan muka..
huhu...

korang,
aku tak de modal dah nak cakap,
aku rase baik aku senyap je,
kalau aku cakap macam salah,
bila diam pun aku salah,
malas dah aku.. aku nak pergi negeri sendiri boleh?
Korang dengan Louis Vuitton,
K lah.. syyy....

Aku nak belajar bersyukur,
Kalau bersyukur Allah akan melapangkan hati kita..
Aku nak belajar sayangi diri dan Allah,
tak pelah korang nganpakwe korang, rase bahagia..
tak larat dah aku nak tanye korang bila nak kawen..
Sure korang kate aku bizi body..
Pi cari sorang, baru lah rasa camne korang rase..
tapi kan korang...
Korang keluar dekat sehari ngan pakwe yang tak halal lagi boleh..
nape susah ngan kawan yang muhrim?
Harap2 korang pandai jaga diri..

Korang,
aku ni melalut ek?
dah la..aku nak tidur..
Sok aku keje lagi, walaupun hati ku memberontak..
kita sume penat kan?
tapi aku tak tau korang punye penat camne,
korang tau ke penat aku camne?
K,lah.. aku lelap dulu..
mOga aku mimpi yang best,yang tenang dan gembira..
Boleh aku bangun awal untuk kumpul kekuatan..
Sok aku kene gi 'perang' lagi..
Maafkan aku andai aku gugur di medan..
Aku berusaha untuk tetap tabah dan kuat..
dan berusaha untuk tidak menangis..
berusaha untuk senyum..
Tapi, akuharap korang janganlah berhenti senyum,
supaya aku boleh tumpang kegembiraan korang,
dan aku takkan nampakkan kesedihan aku depan korang.. OK?

salam sayang dari,
Aku.




Feb 7, 2011

Uji Jantung Anda - quaker

Assalamualaikum,

Tertarik dengan iklan Jantung Sihat dengan Quaker di TV, telah menarik saya untuk melayari website Quaker. Tadaa.. resultnye:


Jom ambil heart test ni, nanti korang akan tahu tahap kesihatan jantung anda. Actually banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan jantung. Terutamanya Lifestyle dan pemakanan kita seharian. Exercise mestilah 30 minit setiap hari, tapi rasanye kalau kita buat seminggu 3 kali 20 minit sehari, macam dalam kempen sihat tu ok kot minimum. Then makan buah-buahan dan sayur-sayuran banyak serta mengikut piramid makanan. ROKOK! Katakan tidak padanya, k? Dan... jangan lupa senyum setiap hari... hehehe...

Dan waktu godek-godek Heart Health Guide, terbaca tentang stress.. Rupanya stress juga akan mempengaruhi kesihatan jantung.. dan saya ambil sedikit tips untuk dikongsikan bersama, saya copy paste je.. nak translate satu-satu macam kurang rajin, tapi hope ia bermakna.

Cara-cara menghadapi stress (Tekanan). Tetapi sebelum itu, perlulah mengenalpasti punca stress itu sama ada dari kerja, rakan, atau pun rumah.

  1. Be physically active, it will help to control stress and will boost your heart health as well
  2. Join a yoga class, the deep breathing and work out will work wonders and help to you to stay calm
  3. Do not let stress at work follow you at home
  4. Do not hold grudges and dwell on things that have little or no meaning
  5. When you’re stressed you tend to eat more so relax and try getting your stress under control
  6. Do not forget to laugh, it lightens up the mood and will definitely help in bringing down your stress levels.
  7. If you feel overwhelmed by some activities, learn to say no! You may be taking on more responsibility than you can handle at the time. Dealing with too many things at one time can definitely take a toll on your health and stress levels.
  8. Try to be calmer while dealing with everyday tensions and stressful situations.
  9. Ask for help if you need it, do not try to handle things that are out of your reach.
  10. Be emotionally stronger; do not let small things affect you more than they should
  11. Accept that you cannot change everything and things cannot always go your way, so when there is a brick in the road, move past it without dwelling on the losses and what went wrong.
  12. Try not to leave work or tasks pending, it will only lead to last minute stress, and who is to say, maybe when it comes to that last minute some emergency may come up and you may not be able to complete all that pending work
  13. Take time out of your busy schedule to spend time with your family and friends, it will make a huge difference and help you to stay happier in the long run.
  14. Control your anger; there hundreds of reasons to be angry everyday, but seeing as getting angry has a direct effect on your blood pressure it is best that you keep it under control. The next time somebody tries to cut in front of you while driving, control yourself and do not take your anger out on him.
  15. Problems, mistakes and miscommunication keeps happening, as a result of which things can very wrong, whether at the workplace or with your spouse, it is better to confront, forgive and forget as opposed to harbour all that pent up anger.
  16. Spend quality time with your spouses, children and parents. Your bond with your family will grow stronger and you can lean on them in times of stress. It always helps to be a part of a community that you can rely or lean on.
  17. Do not skip meals or over eat when under pressure, it will only make matters worse causing you to fall ill or gain weight.
  18. Take a break from daily pressures, take a weekend vacation; the travel will help you get your mind off work and help you relax a little bit.
So, That's all. Tapi pernah dengar formula tekanan? P= F/ma

Pressure akan lebih kecil sekiranya ma semakin besar. F = berat, boleh dianggap sebagai perkara-perkara yang membebankan diri.


Allah tak akan membebani hambanya melainkan dengan kesanggupan.