Jan 23, 2011

Selfish


Pernah tak satu hari tu berasa sangat penat? Bukan penat dengan kerja2 yang dilakukan tetapi penat dengan kerenah orang2 di sekeliling? Bila kita menjadi dewasa, semakin banyak perkara yang bermain dalam fikiran.. dan secara automatik dipaksa untuk menjadi matang dan mula memikirkan tentang tanggungjawab-tangungjawab yang perlu dilaksanakan.. Jika seorang pekerja, mesti akan memikirkan kerja, internal customer malah external customer. Kita mula berasa kagum pada orang yang ada sedikit consideration kerana menganggap seolah2 dunia ini begitu kejam. Dan inferior wujud dalam diri saat peralihan masa remaja ke dewasa.. Secara terpaksa, beban itu ditanggung. Dan kita mula mencari someone to look up upon to. Dahagakan motivasi dan semangat.

Berbeza dgn kanak2, tentulah masih mengharap bantuan dan pertolongan ibu dan ayah.. dan bila kadang2 bersikap pentingkan diri, mereka akan faham, dan mesti ditegur. Yang dewasa? Boleh berfikir, hidup agak lama.. tapi sebenarnya masih perlukan orang lain.. Bak kata Steven Covey, orang yang sukses ialah orang yang interdependent, masih memerlukan orang lain tetapi pada masa yang sama boleh memberi.. Hidup lebih bermakna jika kita juga mampu untuk memberi kan?

Bumi ini bukan milik seorang. Di atas muka bumi ini bukan hanya manusia, malah binatang, tumbuhan dan makhluk ghaib turut menghuni. Walau sejauh manapun kita berlari, tak akan pernah seorang, kerana Bumi ini dikongsi, lihat sahaja kiri dan kanan.. siapa kata seorang? tapi yang pelik tu.. ada setengah orang bersikap selfish! Berbuat sesuka hati.. Semua ini kita kongsi kan? Hidup sama2, jagalah sama2. Semua hasilan atau buangan ada bahagian anda juga. Kalau tak nak buat, pergi main jauh2. At least please being considerate. Walaupun kadang2, kita tahu, anda mahir membuat orang senang hati, tapi please lend a hand. Bolehkah kita membantu merawat kesusahan dengan senyuman sahaja,walhal kita punya tenaga dan menyaksikan kesusahan di sekeliling?

Sebenarnye.. apa point yang nak dicakap kan ni?

Straight to the point:--> bila kita hidup bermasyarakat either di rumah, kolej, mahupun pejabat.. janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Hanya ingin dilepas tangan. Bila di rumah, kalau rasa rumah kotor:sapu, barang berselerak: kemas, tOng sampah penuh: buang. Janganlah menganggap bahawa ada orang lain yang akan buangkan. Tak pelah, mesti Si dot dot dot akan buang sampah.. jika semua orang berfikiran begitu, akhirnya siapa? atau kadang2 bila kita rasa ada orang yang lebih prihatin, terus kita lepas tangan.. terus tak ambil port langsung, dan bila dah time kita mencari, baru tertanya2.. Hmm.. Aku kah itu?

'berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan.' berlumba2 dalam merebut pahala.

Tak perlulah menjadi seperti pahat dengan penukul, kita manusia, bukan barang..kadang2 kita tahu marah sekiranya diarah. Dan menyOal semula kenapa tidak itu dan ini.. ? Have we been consideraat to other people and not think of ourselves only.. Everything we have here is being shared. So, please don't be too selfish.. tak cantik tau.. hensem pun tak.. why don't we do it together-gether? kalau rasa kita terlalu sibuk, kenapa tak kita buat something yang mudah dan kita boleh buat masa kita lapang? Cth: cuci periuk nasi yang kita buat masak nasi dan makan sama2, tak pun sapu lantai dapur yang kita guna sama2 untuk memasak ke..

Itu baru cerita bab di rumah.. Tetapi, pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya masalah pencemaran,sampah bertimbun2, dan kerosakan di muka bumi ini? Masa saya belajar Sains Alam Sekitar, Hampir 90% masalah alam sekitar di atas muka bumi ini puncanya adalah manusia.. Sikap manusia yang hanya pentingkan diri.. Jadi, untuk perbaiki keadaan, maka banyaklah kempen yang diadakan untuk memupuk kesedaran.. Actually memperbaiki sikap yang mementingkan diri..

Why don't we be proactive a bit? Even ikan pun tak selfish, tapi selalu mengaitkan ikan. SELL-FISH? Jual ikan? Apa kaitan selfish ngan ikan? Mungkin orang yang selfish ni busuk cam ikan kot. tapi ikan sedap dimakan.. tapi, ikan sedap dimakan sekiranya dimasak dan digaul dengan macam2 perasa dan bahan.. Ikan yang tak sedap tu ialah ikan lama yang dibiarkan dan tak masak2.. It'll rot dan terus tak sedap.

So, marilah kita saling bantu membantu ye.. So, tolong ban sikap selfish itu dalam diri anda.


No comments:

Post a Comment