Jan 29, 2011

Sabtu yang rajin.

Hi, assalamulaikum, bagaimana dengan hari weekend korang?

Pagi Sabtu saya biasanya akan dimulakan dengan aktiviti riadah selepas solat Subuh. Tapi hari ni dah plan untuk tidak pergi beriadah di luar coz, I'm planning to do some important chores.
  1. Buat kerja rumah kecil-kecilan
  2. mengepam tayar kereta
  3. mencuci kereta
  4. membeli barang
  5. Menspray kereta
  6. Isi minyak kereta kasik full
Mengapakah begitu banyak perkara yang perlu dilakukan dengan kereta? Yeah.. Of course.. seperti entry kelmarin, saya akan berjalan jauh.. haha.. dan of course ialah pulang ke kampung halaman.. So, the car have to be neat and nice. And SPARKLING..! Biar driver-driver kat highway silau.. haha.. (tak de maknanye).

Setiap kali nak pam tayar kereta mesti kurang confident.. Bawa je pandai.. ala-ala F1, tapi bab servis hampes.. huhu.. tak pe, lepas ni belajar pelan-pelan bab kereta.. Nasib baik ada pak cik teksi tu.. Walaupun dah betul 200kpi, tapi saje je nak sembang dengan pak cik tu ..'Berapa ye..?' hehe.. macam beli barang kat pasar pulak.. 'Betul lah tu 200, isi je jangan cabut-cabut, stop bila bunyi ting ting ting tu.. Kalau cabut, keluar angin.. ' hehe.. pandai pak cik tu buat sound effect.. OK? Pelajaran pertama bab kereta, tamat.

Bila dah habis cuci kereta (kat kedai aje.. kena RM8), kete dah sangat sparkling.. (better than before lah), saya terus memecut ke ofis. Dan bermulalah aktiviti mengSPARKLINGkan lagi mana yang kurang..

Spray-spray-spray.. hehe.. biarlah orang nak kata pe pun, janji nampak cun.. rasa macam dalam cerita auto pulak.. ha.. sikit-sikit sudah.. spray banyak-banyak pun bukannnya akan mengtransformkan kereta kancil cute ni jadi Mercedes pun..

Then.. naik Ofis.. tulis blog.. isk2x.. sudah-sudah.. buat keje. Best wOo.. tak de orang.. K, nak continue buat kerja..

2 comments: