Jan 1, 2011

Mandi Bunga Cepatkan Jodoh

Assalamualaikum..

Semasa membelek2 majalah Nur edisi yang 91, saya terlintas satu soalan dalam ruangan Soal Jawab Agama oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Oleh yang demikian,saya dengan suka citanya nak share dalam blog ni, for our knowledge and info..

Jawapan kepada persoalan mandi bunga untuk mempercepatkan jodoh:

Kepercayaan di sebalik rawatan mandi bunga ialah membersihkan sial atau nasib buruk yang dianggap wujud pada diri yang perlu dimandikan. Oleh itu, selepas mandi bunga, orang yang menjalani rawatan ditegah mengutip atau membersihkan sisa2 bahan mandian dari lantai tempat mandi. Kononnya jika dia mengutip atau membersihkannya sial atau nasib buruk yang sudah diserap keluar oleh bahan mandian itu akan masuk semula ke dalam dirinya.

Rawatan mandian bunga, sama ada oleh perawat dan yang dirawat, termasuk amalan syirik kepada Allah. Tidak ada sial atau nasib buruk pada sesuatu benda atau perbuatan, pada seseorang atau pada diri sendiri. Pada zaman Rasulullah saw, masyarakat mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan burung. Jika burung terbang ke arah kanan, maka apa jua urusan yang dibuat pada ketika itu dipercayai akan menjadi baik. Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, maka apa jua urusan yang mereka buat pada ketika itu dipercayai akan ditimpa kesialan. Kepercayaan ini dilarang oleh Rasulullah saw.

'Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya 3 kali). (shahih Sunan Abu daud, no:3910).

Solusi bagi sesuatu masalah ialah berdoa kepada Allah kemudian berusaha memperolehinya. Mandi bunga hanya menjauhkan seseorang daripada Allah. jauh daripada RahmatNYa, dan jauh daripada pertolonganNya.

Sekian,

So, sebelum ni kita tak tahu, sekarang sudah tahu.. :)

Tapi sekarang ni dah ada rawatan mandi bunga as rawatan aromaterapi.. bukannya sebagai rawatan pembuuangan sial atau nasib buruk..

2 comments:

  1. salam...

    amalan dulu2.....

    follow ur blog....**17

    ReplyDelete
  2. iyer.. tapi sekara pun ada yang masih percaya..
    Tq for following

    ReplyDelete