Jan 27, 2011

Duit Tepi Jalan


Setiap hari pulang dan balik kerja pasti akan melalui banyak gerai-gerai penjaja di kawasan Kuala Lumpur ini..Kalau kat rumah (di Taiping), paling femes pun gerai burger, tak pun gerai pisang goreng yang banyak kat tepi jalan, pepagi tu biasalah.. gerai mak cik jual nasi lemak.. Pemandangan biasa kalau orang jual nasi lemak tu berderet-deret orang jual benda yang sama. Insya-Allah laku punye.. korang letak lah kuih ape, kaler ape.. sure ada orang beli.. Bila petang pula, menu telah bertukar.. Yelah, takkan pagi petang nak jual nasi lemak kan..? Orang Malaysia ni dah biasa di asuh , pagi2 makan nasi lemak, kuih, sO, kalau petang-petang tu of course lah nasi kukus ke, masakan goreng-goreng ke, bihun sup atau laksa (menjadi pilihan orang-orang yang ingin menguruskan badan..) dan yang best tu burger dan Char Kuay Teow dan gerai-gerai yang buka meja tepi jalan.. makan makanan panas-panas sambil dilimpahi dengan cahaya lampu jalan dan bunyi enjin kereta.. dan makanan tu kene campur sket ngan sedikit asap kereta.. oopss.. hahaa.. tapi tu lah, kalau dah makan tempat terbuka, mesti lah masuk sket kan..?
Untungnya pada para peniaga.. Yelah, keuntungan jualan tentulah berganda-ganda, especially kalau kawasan strategik.. memenuhi permintaan pelanggan lah katakan.. Tetapi, bukan kah perniagaan itu merupakan 9/10 dari sumber pendapatan.. dan bak kata Hasan Al-Banna, berniagalah kamu walau sekecil mana pun perniagaanmu.. Kawasan-kawasan strategik seperti berdekatan dengan penempatan pelajar, kawasan orang bekerja dan rumah-rumah sewa, tentulah ramai orang yang memilih membeli makanan diluar berbanding memasak di rumah.. Aisy... Kesimpulannya, kat tepi jalan pun boleh buat duit.. kalau yang rajin tu, kat rumah pun boleh buat duit.. Sekarang zaman canggih, zaman internet, sebut aje.. Streamyx? Astro, Unifi? Broadband? Anak-anak setahun jagung pun dah tahu.. duit hanya di hujung jari...
Di hujung jari saya ni ada duit? hehe..percaya? Gatal pulak kaki ni.. Mungkin sebab nak jalan jauh kot.. haha.. Cau cin cau..

No comments:

Post a Comment