Jan 25, 2011

DOA: Jangan Minta Disegerakan


Majalah Solusi edisi 26 menarik minat saya, di mana fokus tajuk keluaran kali ini ialah berkenaan nilai.. bukan Nilai, Negeri Sembilan tu ye.. Bacalah.. banyak post-post menarik yang dapat membantu, lebih-lebih lagi bagi insan yang masih tercari-cari nilai hidup sebenar.. Satu tajuk yang sangat menarik dan ingin dikongsikan bersama ialah berkenaan doa. Setiap hari kita berdoa, memohon itu dan ini..kerana kita tahu takdir, rezeki, jodoh dan maut semua di tangan Allah. dan barangsiapa yang berdoa akan diperkenankan Allah swt.

'Dan Tuhanmu berfirman; berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.' Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKuakan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.' QS 40:60.

Nah, sah2 orang yang sombong itu tidak berdoa kepada Allah swt. Dan menunjukkan juga tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya dengan memakbulkan doa hambaNya.. Saya pernah terbaca satu presentation slide yang doforward oleh rakan-rakan. tanda Allah sayang kepada hambaNya yang berdoa ialah:
Allah pasti memperkenankan doa hamba-hambaNya, sama ada cepat atau lambat, dan sekiranya doa hambaNya tidak tertunai, sebenarNya Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih baik kepadanya..

Maka bersabarlah..
Kadang-kadang kita tertanya, bilakah Allah ingin memakbulkan doa kita, Barangkali pelbagai perkara bermain di fikiran kita apabila mengalami keadaan seperti ini.. Syaitan pula, pasti akan menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap putus asa. Sedangkan ia dilarang oleh Allah swt. Syeikh Ibn Athaillah menyatakan dalam alHikam; ' Janganlah kamu berputus jika Allah swt melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukanNya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.. '

So, kadang-kadang kita terlalu rigid dalam meletakkan sesuatu pencapaian dalam kehidupan, sampaikan kita terlupa yang sebenarnya menentukan dan mengaturnya ialah Allah swt. Kerana hanya dialah yang mengetahui apa yang terbaik di sisiNya buat hambaNya.


Subhanallah, Maha Suci Allah, yang mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hambaNya yang berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginanNya . Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaanNya dan jangan sekali-kali kita berputus asa.

'Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan , 'Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dimakbulkan?' (muttafaq 'alaih).

So, mari berdoa dan bersangka baik kepada Allah.


Sumber ilham: Solusi Magazine, 26th edition

No comments:

Post a Comment