Jan 29, 2011

Sabtu yang rajin.

Hi, assalamulaikum, bagaimana dengan hari weekend korang?

Pagi Sabtu saya biasanya akan dimulakan dengan aktiviti riadah selepas solat Subuh. Tapi hari ni dah plan untuk tidak pergi beriadah di luar coz, I'm planning to do some important chores.
  1. Buat kerja rumah kecil-kecilan
  2. mengepam tayar kereta
  3. mencuci kereta
  4. membeli barang
  5. Menspray kereta
  6. Isi minyak kereta kasik full
Mengapakah begitu banyak perkara yang perlu dilakukan dengan kereta? Yeah.. Of course.. seperti entry kelmarin, saya akan berjalan jauh.. haha.. dan of course ialah pulang ke kampung halaman.. So, the car have to be neat and nice. And SPARKLING..! Biar driver-driver kat highway silau.. haha.. (tak de maknanye).

Setiap kali nak pam tayar kereta mesti kurang confident.. Bawa je pandai.. ala-ala F1, tapi bab servis hampes.. huhu.. tak pe, lepas ni belajar pelan-pelan bab kereta.. Nasib baik ada pak cik teksi tu.. Walaupun dah betul 200kpi, tapi saje je nak sembang dengan pak cik tu ..'Berapa ye..?' hehe.. macam beli barang kat pasar pulak.. 'Betul lah tu 200, isi je jangan cabut-cabut, stop bila bunyi ting ting ting tu.. Kalau cabut, keluar angin.. ' hehe.. pandai pak cik tu buat sound effect.. OK? Pelajaran pertama bab kereta, tamat.

Bila dah habis cuci kereta (kat kedai aje.. kena RM8), kete dah sangat sparkling.. (better than before lah), saya terus memecut ke ofis. Dan bermulalah aktiviti mengSPARKLINGkan lagi mana yang kurang..

Spray-spray-spray.. hehe.. biarlah orang nak kata pe pun, janji nampak cun.. rasa macam dalam cerita auto pulak.. ha.. sikit-sikit sudah.. spray banyak-banyak pun bukannnya akan mengtransformkan kereta kancil cute ni jadi Mercedes pun..

Then.. naik Ofis.. tulis blog.. isk2x.. sudah-sudah.. buat keje. Best wOo.. tak de orang.. K, nak continue buat kerja..

Jan 27, 2011

Duit Tepi Jalan


Setiap hari pulang dan balik kerja pasti akan melalui banyak gerai-gerai penjaja di kawasan Kuala Lumpur ini..Kalau kat rumah (di Taiping), paling femes pun gerai burger, tak pun gerai pisang goreng yang banyak kat tepi jalan, pepagi tu biasalah.. gerai mak cik jual nasi lemak.. Pemandangan biasa kalau orang jual nasi lemak tu berderet-deret orang jual benda yang sama. Insya-Allah laku punye.. korang letak lah kuih ape, kaler ape.. sure ada orang beli.. Bila petang pula, menu telah bertukar.. Yelah, takkan pagi petang nak jual nasi lemak kan..? Orang Malaysia ni dah biasa di asuh , pagi2 makan nasi lemak, kuih, sO, kalau petang-petang tu of course lah nasi kukus ke, masakan goreng-goreng ke, bihun sup atau laksa (menjadi pilihan orang-orang yang ingin menguruskan badan..) dan yang best tu burger dan Char Kuay Teow dan gerai-gerai yang buka meja tepi jalan.. makan makanan panas-panas sambil dilimpahi dengan cahaya lampu jalan dan bunyi enjin kereta.. dan makanan tu kene campur sket ngan sedikit asap kereta.. oopss.. hahaa.. tapi tu lah, kalau dah makan tempat terbuka, mesti lah masuk sket kan..?
Untungnya pada para peniaga.. Yelah, keuntungan jualan tentulah berganda-ganda, especially kalau kawasan strategik.. memenuhi permintaan pelanggan lah katakan.. Tetapi, bukan kah perniagaan itu merupakan 9/10 dari sumber pendapatan.. dan bak kata Hasan Al-Banna, berniagalah kamu walau sekecil mana pun perniagaanmu.. Kawasan-kawasan strategik seperti berdekatan dengan penempatan pelajar, kawasan orang bekerja dan rumah-rumah sewa, tentulah ramai orang yang memilih membeli makanan diluar berbanding memasak di rumah.. Aisy... Kesimpulannya, kat tepi jalan pun boleh buat duit.. kalau yang rajin tu, kat rumah pun boleh buat duit.. Sekarang zaman canggih, zaman internet, sebut aje.. Streamyx? Astro, Unifi? Broadband? Anak-anak setahun jagung pun dah tahu.. duit hanya di hujung jari...
Di hujung jari saya ni ada duit? hehe..percaya? Gatal pulak kaki ni.. Mungkin sebab nak jalan jauh kot.. haha.. Cau cin cau..

Jan 26, 2011

Hari Tanpa Perasaan..


Hari yang bermula dengan perasaan yang beku ke tempat kerja.. tapi dalam kepala ni macam-macam yang berlaku. Kerja mesti diteruskan.. Ye lah, masa interview punyalah yakin kata 'I can work under pressure', dalam resume pun tercatat ayat tersebut.. tetapi nasib baik penginterview tak tanya, 'Tahukah awak makna sebenar bekerja dalam tekanan?' Sekiranya soalan itu ditanya sebelum saya bekerja of course saya akan menjawab 'Ya, ketika menghadapi tekanan, kerja masih mampu untuk dilakukan dengan baik'..? tapi kalau sekarang.. 'Saya telah pun merasainya..' So, teruskan sajalah bekerja.. walaupun gaji orang-orang diluar meja saya lebih tinggi... at least, tiap bulan masuk.. huhu..

Masa terus berlalu.. kesakitan di perut ini terus di tahan.. hehe.. ada pulak perasaan sakit.. tak semena-mena soalan yang ditanya kelikku, saya terjawab dgn nada yang agak tinggi.. Cis.. 'Amboi, marah ke?'.. huhuhu.. ini headphone punye pasal lah ni.. (haha.. salahkan headfon, dah tutup telinga, bila nak cakap of course lah nak dengar suara sendiri.. last-last terkuat lak.. selalu kan ayu.. keh keh keh.. Well.. nak dipendekkan cerita akhirnya saya pulang lewat juga pada hari ini.. dan akibat beberapa insiden yang tanpa perasaan.. akhirnye Bos saya hantar saya pulang.. siap belanja Char Kuay Teow dengan kerang bakar tu... hehehe... saya yang tak berperasaan hari ini telah mengikut bos makan di gerai yang saya rasa dulu saya takkan makan di sini.. haha.. siap saya buat statement 'tak nak makan kat situ coz tepi longkang..!' haha.. pe punye statement.. padahal sebelum tu saya pernah terlihat beberapa ekor tikus bersaiz kucing jalanan tak cukup makan bekejar-kejaran di situ, huhu... tapi kalau teringin tapau je,nak makan kat situ? biasanya saya fikir sekali lagi... hehe..tapi memang sedap makanan di situ, sebab kita makan berteman.. kalau seorang semua jadi tak sedap.. kan? Akhirnye.. di situlah makan malam saya.. dan tanpa perasaan berborak2 dengan bos..

Actually, saya suka her style, that's why a manager is a manager, tak semua orang mampu untuk menjadi manager yang baik, dan saya sangat berperasaan pada saat itu bahawa my manager ialah bos yang pandai memanage kerja juga seorang ibu dan isteri yang baik.. Well, she also have some weaknessess, but improvement is what you'll do if you realize it, right. Ceh.. speaking London pulak saya ni..
Malam itu saya tidur dengan sedikit perasaan bahawa saya patut bekerja dengan lebih rajin.. dan ikhlas.. (saya tersentuh dengan sikap bos saya..)

Dan tiba-tiba hati ini terdetik, kadang-kadang kita terlalu cepat kita melatah bila Allah menjentik sedikit ujian kepada kita. Kita dengan tanpa sedar terasa bahawa bala atau kesuasahan yang menimpa, baru dua hari terasa gelap masa depan, bagaimana kah perasaan dalam masa 5 minit terawal menerima ujian tersebut? Adakah terus sabar atau melenting? bagaimana pula dengan perasaan kita 30 minit selepas itu? Adakah kita masih sedar atau terus tenggelam? Satu jam selepas itu, apa yang telah berlaku.. Soalan-soalan ini, tanyalah pada diri sendiri.. hanya kita yang mengenal diri.. dan Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan kesanggupannya.. dan sehari semalam ujian pada hari itu amatlah bermakna.. dan alhamdulillah.

Jan 25, 2011

DOA: Jangan Minta Disegerakan


Majalah Solusi edisi 26 menarik minat saya, di mana fokus tajuk keluaran kali ini ialah berkenaan nilai.. bukan Nilai, Negeri Sembilan tu ye.. Bacalah.. banyak post-post menarik yang dapat membantu, lebih-lebih lagi bagi insan yang masih tercari-cari nilai hidup sebenar.. Satu tajuk yang sangat menarik dan ingin dikongsikan bersama ialah berkenaan doa. Setiap hari kita berdoa, memohon itu dan ini..kerana kita tahu takdir, rezeki, jodoh dan maut semua di tangan Allah. dan barangsiapa yang berdoa akan diperkenankan Allah swt.

'Dan Tuhanmu berfirman; berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.' Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKuakan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.' QS 40:60.

Nah, sah2 orang yang sombong itu tidak berdoa kepada Allah swt. Dan menunjukkan juga tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya dengan memakbulkan doa hambaNya.. Saya pernah terbaca satu presentation slide yang doforward oleh rakan-rakan. tanda Allah sayang kepada hambaNya yang berdoa ialah:
Allah pasti memperkenankan doa hamba-hambaNya, sama ada cepat atau lambat, dan sekiranya doa hambaNya tidak tertunai, sebenarNya Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih baik kepadanya..

Maka bersabarlah..
Kadang-kadang kita tertanya, bilakah Allah ingin memakbulkan doa kita, Barangkali pelbagai perkara bermain di fikiran kita apabila mengalami keadaan seperti ini.. Syaitan pula, pasti akan menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap putus asa. Sedangkan ia dilarang oleh Allah swt. Syeikh Ibn Athaillah menyatakan dalam alHikam; ' Janganlah kamu berputus jika Allah swt melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukanNya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.. '

So, kadang-kadang kita terlalu rigid dalam meletakkan sesuatu pencapaian dalam kehidupan, sampaikan kita terlupa yang sebenarnya menentukan dan mengaturnya ialah Allah swt. Kerana hanya dialah yang mengetahui apa yang terbaik di sisiNya buat hambaNya.


Subhanallah, Maha Suci Allah, yang mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hambaNya yang berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginanNya . Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaanNya dan jangan sekali-kali kita berputus asa.

'Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan , 'Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dimakbulkan?' (muttafaq 'alaih).

So, mari berdoa dan bersangka baik kepada Allah.


Sumber ilham: Solusi Magazine, 26th edition

Jan 23, 2011

Selfish


Pernah tak satu hari tu berasa sangat penat? Bukan penat dengan kerja2 yang dilakukan tetapi penat dengan kerenah orang2 di sekeliling? Bila kita menjadi dewasa, semakin banyak perkara yang bermain dalam fikiran.. dan secara automatik dipaksa untuk menjadi matang dan mula memikirkan tentang tanggungjawab-tangungjawab yang perlu dilaksanakan.. Jika seorang pekerja, mesti akan memikirkan kerja, internal customer malah external customer. Kita mula berasa kagum pada orang yang ada sedikit consideration kerana menganggap seolah2 dunia ini begitu kejam. Dan inferior wujud dalam diri saat peralihan masa remaja ke dewasa.. Secara terpaksa, beban itu ditanggung. Dan kita mula mencari someone to look up upon to. Dahagakan motivasi dan semangat.

Berbeza dgn kanak2, tentulah masih mengharap bantuan dan pertolongan ibu dan ayah.. dan bila kadang2 bersikap pentingkan diri, mereka akan faham, dan mesti ditegur. Yang dewasa? Boleh berfikir, hidup agak lama.. tapi sebenarnya masih perlukan orang lain.. Bak kata Steven Covey, orang yang sukses ialah orang yang interdependent, masih memerlukan orang lain tetapi pada masa yang sama boleh memberi.. Hidup lebih bermakna jika kita juga mampu untuk memberi kan?

Bumi ini bukan milik seorang. Di atas muka bumi ini bukan hanya manusia, malah binatang, tumbuhan dan makhluk ghaib turut menghuni. Walau sejauh manapun kita berlari, tak akan pernah seorang, kerana Bumi ini dikongsi, lihat sahaja kiri dan kanan.. siapa kata seorang? tapi yang pelik tu.. ada setengah orang bersikap selfish! Berbuat sesuka hati.. Semua ini kita kongsi kan? Hidup sama2, jagalah sama2. Semua hasilan atau buangan ada bahagian anda juga. Kalau tak nak buat, pergi main jauh2. At least please being considerate. Walaupun kadang2, kita tahu, anda mahir membuat orang senang hati, tapi please lend a hand. Bolehkah kita membantu merawat kesusahan dengan senyuman sahaja,walhal kita punya tenaga dan menyaksikan kesusahan di sekeliling?

Sebenarnye.. apa point yang nak dicakap kan ni?

Straight to the point:--> bila kita hidup bermasyarakat either di rumah, kolej, mahupun pejabat.. janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Hanya ingin dilepas tangan. Bila di rumah, kalau rasa rumah kotor:sapu, barang berselerak: kemas, tOng sampah penuh: buang. Janganlah menganggap bahawa ada orang lain yang akan buangkan. Tak pelah, mesti Si dot dot dot akan buang sampah.. jika semua orang berfikiran begitu, akhirnya siapa? atau kadang2 bila kita rasa ada orang yang lebih prihatin, terus kita lepas tangan.. terus tak ambil port langsung, dan bila dah time kita mencari, baru tertanya2.. Hmm.. Aku kah itu?

'berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan.' berlumba2 dalam merebut pahala.

Tak perlulah menjadi seperti pahat dengan penukul, kita manusia, bukan barang..kadang2 kita tahu marah sekiranya diarah. Dan menyOal semula kenapa tidak itu dan ini.. ? Have we been consideraat to other people and not think of ourselves only.. Everything we have here is being shared. So, please don't be too selfish.. tak cantik tau.. hensem pun tak.. why don't we do it together-gether? kalau rasa kita terlalu sibuk, kenapa tak kita buat something yang mudah dan kita boleh buat masa kita lapang? Cth: cuci periuk nasi yang kita buat masak nasi dan makan sama2, tak pun sapu lantai dapur yang kita guna sama2 untuk memasak ke..

Itu baru cerita bab di rumah.. Tetapi, pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya masalah pencemaran,sampah bertimbun2, dan kerosakan di muka bumi ini? Masa saya belajar Sains Alam Sekitar, Hampir 90% masalah alam sekitar di atas muka bumi ini puncanya adalah manusia.. Sikap manusia yang hanya pentingkan diri.. Jadi, untuk perbaiki keadaan, maka banyaklah kempen yang diadakan untuk memupuk kesedaran.. Actually memperbaiki sikap yang mementingkan diri..

Why don't we be proactive a bit? Even ikan pun tak selfish, tapi selalu mengaitkan ikan. SELL-FISH? Jual ikan? Apa kaitan selfish ngan ikan? Mungkin orang yang selfish ni busuk cam ikan kot. tapi ikan sedap dimakan.. tapi, ikan sedap dimakan sekiranya dimasak dan digaul dengan macam2 perasa dan bahan.. Ikan yang tak sedap tu ialah ikan lama yang dibiarkan dan tak masak2.. It'll rot dan terus tak sedap.

So, marilah kita saling bantu membantu ye.. So, tolong ban sikap selfish itu dalam diri anda.


Jan 18, 2011

fenOmena Mukabuku..


Facebook atau dalam erti kata bahasa Melayu nye muka buku. Ia adalah tempat laman sosial yg sangat popular di dunia sampaikan hampir semua peringkat umur mempunyai akaun laman ini.. dahsyat kan.. ? lebih dahsyat apabila seseorang itu menyatakan bahawa dia tidak mempunyai akaun FB.. pelik kan? Satu isu yang hangat diperkatakan baru2 ini : FB akan tutup menjelang 15 March.. Katanye, Si Mark itu sudah tidak berdaya mengurus laman sosial ini.. betulkah? Bagi kaki2 FB, yang every minutes akan mengupdate statusnya, tentulah akan merasa kehilangan sesuatu.. bolehkah hidup tanpa FB? sebelum ada FB korang gne apa? Kalau betul lah FB akan tutup maka akan meningkat kembalilah laman2 sosial yuang tenggelam saat FB melonjak naik.. Tahniah, peningkatan saat kemerosotan yang lain.. Kadang2 saya hairan melihat org yang rajin mengupdate FB nye.. aktif berbual bicara di dinding2 FB,, they have lots to talk about and sometimes they create chaos in the cyber world.. hehe.. be careful.. sbb kadang2 ia kan menarik perhatian kepada penjenayah cyber.. hmm.. Satu lagi fenomena timbul yang sangat ketara pada sy.. Wall tetibe penuh utk ucapan tahniah pada hari lahir dan utk wedding wish..tanda yg kita rupanya mempunya ramai org yang masih ingat pada kita.. hehe.. orang yang terkejut mestilah pada org yang agak kurang aktif dengan menatang FB ni.. hehe... sayalah tu.. Why don't we move to another healthy social network and activities? Any suggestion @ idea? Tamat. p/s: Saya kurang rajin nak tulis panjang2..

Jan 1, 2011

Mandi Bunga Cepatkan Jodoh

Assalamualaikum..

Semasa membelek2 majalah Nur edisi yang 91, saya terlintas satu soalan dalam ruangan Soal Jawab Agama oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Oleh yang demikian,saya dengan suka citanya nak share dalam blog ni, for our knowledge and info..

Jawapan kepada persoalan mandi bunga untuk mempercepatkan jodoh:

Kepercayaan di sebalik rawatan mandi bunga ialah membersihkan sial atau nasib buruk yang dianggap wujud pada diri yang perlu dimandikan. Oleh itu, selepas mandi bunga, orang yang menjalani rawatan ditegah mengutip atau membersihkan sisa2 bahan mandian dari lantai tempat mandi. Kononnya jika dia mengutip atau membersihkannya sial atau nasib buruk yang sudah diserap keluar oleh bahan mandian itu akan masuk semula ke dalam dirinya.

Rawatan mandian bunga, sama ada oleh perawat dan yang dirawat, termasuk amalan syirik kepada Allah. Tidak ada sial atau nasib buruk pada sesuatu benda atau perbuatan, pada seseorang atau pada diri sendiri. Pada zaman Rasulullah saw, masyarakat mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan burung. Jika burung terbang ke arah kanan, maka apa jua urusan yang dibuat pada ketika itu dipercayai akan menjadi baik. Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, maka apa jua urusan yang mereka buat pada ketika itu dipercayai akan ditimpa kesialan. Kepercayaan ini dilarang oleh Rasulullah saw.

'Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya 3 kali). (shahih Sunan Abu daud, no:3910).

Solusi bagi sesuatu masalah ialah berdoa kepada Allah kemudian berusaha memperolehinya. Mandi bunga hanya menjauhkan seseorang daripada Allah. jauh daripada RahmatNYa, dan jauh daripada pertolonganNya.

Sekian,

So, sebelum ni kita tak tahu, sekarang sudah tahu.. :)

Tapi sekarang ni dah ada rawatan mandi bunga as rawatan aromaterapi.. bukannya sebagai rawatan pembuuangan sial atau nasib buruk..