Jun 7, 2010

Ko+mu+ni+ka+si

Assalamualaikum wbt.

Salam musafir, hari ini aku berjalan lagi..berjalan kerana perlu berhijrah..Bila berhijrah
maknanya aku bakal bertemu orang2 yang baru..lalu menjalinkan silaturrahim. Alhamdulillah, aku
telah memanjangkan silaturrahim, walaupun tidak serancak dahulu..

Bila tiba bab nak jumpa orang baru ni aku lemah sikit.. Al-maklumlah,aku ni pemalu orangnye..
(hehehe..), dan agak kurang peramah, kata orang, serius la pulak..hehe..yeke? biarlah
mereka menilai... Bukankah Allah suka kepada orang yang memanjangkan silaturrahim?
Rasulullah juga suka memanjangkan silaturrahim.. Maka, secara tidak langsung kita telah
menjalankan satu sunnah Rasulullah saw..

' Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua
saudaramu (yg berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat'
QS 49:10.

Tapi aku selalu tanamkan dalam diri, kalau tak de modal, senyum je.. kan senyum itu sedekah.. tapi
klu tak kena tempatnye, sewel lak pula.. bertanya kan nama, itu satu kemestian, bak
kata orang tak kenal maka tak cinta.. pastu sembang2 le.. bercerita hal minat, famili dan isu2 semasa.
kalau bersembang dengan orang yang peramah memang best, sebab diorang pandai bercakap..
Kita ni,cakap sikit2 dah le.. hehe.. itulah kadang terkagum juga pada golongan tersebut..
Bijak sungguh mereka berkata2, dan itulah antara kelebihan yang Allah kurniakan pada mereka.
Tapi, adakah sama orang yang bijak berkata2 dengan orang yang bijak berkomunikasi?

Pernah aku menyuarakan isi hati pada seorang sahabat.. 'Macam mana nak pandai bercakap
berkomunikasi?'

hmm.. lalu dijawabnya 'Dayah nak jadi macam saya ke? Mak saya selalu risau,
kata saya ni asyik bercakap je.. dan nasihat agar kurang2lah bercakap.. yelah, kadang-kadang kita
tak sedar yang apa yang kita perkatakan itu mungkin telah menyinggung perasaan orang lain.'

Betul juga kata sahabat aku ni. Kadang asyik banyak cakap je, keje tak jalan2 juga..
tak pun keluarlah statement.. cakap je lebih.. atau mungkin tak sedar ayat2 atau cerita kita
telah membangkitkan riak dalam diri.. isy...bahaya tu... so,berhati-hatilah bila bercakap ye..

Kesimpulannya.. bercakap dan bersilaturrahim ni sebenarnya memerlukan kemahiran komunikasi
yang baik.. lebih2 lagi bagi mengeratkan lagi silaturrahim yang sedang ada.. komunikasi
yang baik juga memberi first impression yang baik kepada penyampai.. yg penting jaga batas2
yang wajib dijaga.




p/s: perlu perbaiki kemahiran berkomunikasi.. berada di gred C..=(

Jun 5, 2010

Teguh di Kota Batu

Hampir sebulan di kota metropolitan. Berada di sini bukannya untuk apa-apa, mencari rezeki bg memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, dan manusia. 'Rezeki tu mana-mana pun boleh cari, sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup..' ayat yang pernah didengar untuk menyedapkan hati ketika menganggur dulu.. Mungkin rezekiku disini membawa aku pulang ke kota batu ini.. walaupun separuh jiwaku berat untuk meninggalkan kampung halaman, mengenangkan tanggungjawab tu, so kene paham2lah sendiri...

Mula2 tu oklah.. yelah.. macam melanconglah.. syOk.. jalan2, gi shopping perabih duit, makan pun order je.. Tapi pagi ni bangun rasa lain lah pula..tgk bangunan2 keliling ni macam batu... walhal memanglah batu..cuma feel je lain.. hehehe.. pastu mulalah pikiran ni menerawang..
'Aku ni klu duk lama2 sini mcm batu juga ke?' hehehe boleh pula?

Bila hati terlalu kering dan keras maka jadilah batu.. bila hidup tidak dilimpahi titis2 keinsafan, berkurang zat amalan rohani.. jadilah manusia yg sakit.. Duduk di tepi balkoni di pagi yg sunyi, tatkala ada lagi insan yg menyelubungi diri dengan selimut, jadi bosan lah pula.. belek2 majalh Dara.com (jumpa kt ruang tamu) lalu terbaca hadis ni:

Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Dia ada di hadapanmu. Perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar/senang, nescaya Dia akan mengenalimu pada saat kamu dalam kesulitan. Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah. Jika memohon pertolongan, maka mintalah kepada Allah.

Hadis ini adalah hadis yang paling aku suka.. Jumpanya ia time awal2 pagi ni, seperti teguran buat diri. Sangat membangkitkan semangat diri.

Jadi, jika hidup tidak menjaga yang utama, maka seperti batulah jadinya.. keras tidak bermakna, hanya menanti rebah. Hidup bukan di dunia sahaja..


p/s: Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus..

Jun 4, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Ini antara email yg diperolehi daripada rakan n saya ingin kongsikannya bersama.. =)


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.“Oh ramai encik…”“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.“Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?