Mar 30, 2010

hari ini


Esok keje lagi.. bila balik rumah macam dah malas nak pergi TASKA, tapi bila kat TASKA, rasa sayang pula nak tinggalkan... Hari-hari mesti wajib memujuk, meleraikan pergaduhan dan melayan kerenah anak-anak kecil yang rata-ratanya memiliki sifat 'egosentrik'. Menurut tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Jean Piaget (1896-1980), terdapat 4 tahap:
~ peringkat deria motor (lahir-2 tahun)
~ peringkat praoperasional (2-7 tahun)
~ peringkat operasi konkrit (7-11 tahun)
~ peringkat operasi formal (11- dewasa)

dan
Erikson (1964) pula mengemukakan 8 tahap perkembangan kanak-kanak:

-0-18 bulan (kepercayaan) ~ 18-3 tahun (autonomi) ~ 3-6 tahun (inisiatif) ~ 6-12 tahun (berusaha) ~ 12-18 tahun (identiti) ~ 18-35 tahun (berkongsi hidup) ~ 35-60 tahun (menyebar pengaruh) ~ 60 tahun ke atas (kesepaduan)
(aik, yang lain pun dikira kanak-kanak? hehhe... )


Kanak-kanak biasanya memiliki sifat ingin tahu yang tinggi, tidak dapat berfikir secara abstrak, dan lebih mudah belajar daripada pengalaman. Pengajaran pula perlu berulang-ulang. Sifat 'egosentrik' yang tinggi mula nyata pada umur 2 tahun menjadikan mereka sukar berkongsi sesuatu, memaham perasaan orag lain dan agak mementingkan diri...

Bila difikir-fikir semula, banyak benarnya, kadang-kadang berebut permainan, cemburu bila ada kanak-kanak lain dilayan/ rapat sedangkan dia tidak.. akhirnya menangis meminta perhatian.. Lebih sukar bila waktu mengajar.. mereka lebih gemar bermain.. dan cepat bosan. Kanak-kanak kini lebih banyak disogokkan dengan Ultraman, Doraemon, Power Rangers, malah ada yang boleh menghafal lagu Wali Band... huhuhu....

Saya tercari-cari kaedah yang terbaik bagi mendidik mereka, kerana masa mereka bukan sepenuhnya di sini.. Ternyata, kesabaran merupakan perkara yang paling utama.. Walaupun perasaan ingin marah dan cepat mengalah ingin sahaja muncul, ia wajib diuasahakan untuk dihindari.. risau, mereka tidak mahu belajar kerana sikap kita yang gemar marah .. 'La Taghdob'.
Minggu ni saya dah mulakan dengan memberi ganjaran atas kebaikan dan kerajinan mereka... (adakah ini rasuah?..)

Adakah lagi cara terbaik mendidk mereka? Hmm.. masih perlu mencari... perlu mulakan membaca buku ' Pendidkan Cinta untu Anak'. Harap-harap mampu untuk dihabiskan.. =)

No comments:

Post a Comment