Jan 10, 2010

Tahun Baru



Rasanya, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru... Walaupun telah masuk akhir bulan Muharam 1431H, dan di pertengahan bulan Januari..

Hurmm... Ini adalah entry pertama bg thn 1431H dan tahun 2009, azam baru masih lg segar bg yang mula membuat azam baru awal tahun, dan perbaikan azam tahun2 lalu agar tahun ini lebih bermakna dan lebih baik..

Bagi yang bakal menduduki peperiksaan besar (UPSR, PMR, SPM, STPM), semoga berjaya! Persediaan awal sepatutnya sudah bermula.. adikku Hazim.. berusahalah! Kejayaan tidak datang bergolek..Tawakal shj tidak mencukupi.... Buat adik2ku yg berada di USM, jgn mudah berputus asa.. Yakinlah keperitan sebentar itu akan membuahkan kemanisan...

Tidak lupa juga kpd sahabat2ku yg sudah lama jauh di mata.. yang baru melangkah ke alam rumah tangga juga yg bakal mendirikannya, srta yg telah menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan... Kalian adalah org yg telah dipilih oleh Allah.. memikul tanggungjawab yg besar..

Dan tahun baru ini, samada Tahun Hijrah atau Masihi, moga kedua2nya dapat diseimbangkan.. digenggam bersama menghadapi peperiksaan yg lebih besar kelak..

Aku? hidup mesti diteruskan... Insya-Allah, ada yg terbaik menanti di hadapan... Dia Maha Mengetahui... so, Usaha Doa Tawakal...... =)

No comments:

Post a Comment