Jan 14, 2010

Kecil-kecil cili api


Hari ke-4 di Big Mama Kindergarten.. Cabaran yang menguji kesabaran walau sekadar hanya meguruskan kehidupan para bidadari dan bidadara kecil yang comel.. Keleteh mereka cukup menghiburkan walau kadang2 tak tahu tindakan sepatutnya kepada kanak berumur 3 tahun, serta 2 warga OKU... kadang ketawa, bertengkar.. ingin dimanja, dipeluk dan inginkan perhatian yang lebih.

Cukup terasa perasaan penat dan lelah seorang ibu yang mengasuh anak-anaknya, tetapi perlu kerana kasih dan sayang.. Ujian lebih berat bila mempunyai anak yang kurang upaya..

balik rumah je, mesti terbayang-bayang wajah dan suara mereka... rindunye... agaknye, macam tu lah kan mak ngan ayah kita bila kita berjauhan dari mereka..? Harap, ini pengalaman terindah.. =)

iBarat pepatah yang selalu tu... tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia.. Moga sumenye membesar dan menjadi org yg berguna...

Love you all: aishah, aqilah, intan, dania, balqis, afiq, rafiq, aiman, adam, safwan, mikail, haikal, adib, alif, hamzal, adrrayan, shamin, bella, hamzal, shahila, mimi.. dan tak ingat nama yg lain lg... huuhu..

No comments:

Post a Comment