Dec 31, 2010

Persekolahan Berguna


Bermula Tahun Baru bermakna bermulanya sesi persekolahan baru.. ada yang baru masuk dunia persekolahan ... (welcome to School...), dan ada yang bakal meninggalkan zaman persekolahan.. Apa-apa pun, zaman persekolahan adalah zaman yang paling best. Dulu-dulu cikgu selalu cakap suruh hargai zaman belajar.. sekarang barulah saya rasainye.. manisnye zaman persekolahan..


'Hidup ini sangat complicated, ia bermula saat kita belum bersedia, ia berterusan saat kita sedang mencari-cari tujuan utama dan ia berakhir sebelum kita berjaya menyelesaikannya atau baru nak melakukan apa yang sepatutnya.. '


Budak- budak zaman sekarang semuanya dah bijak-bijak belaka.. umur 3 tahun pun dah dihantar pergi sekolah.. paling cikai pun bila dah masuk darjah satu majoriti semua dah pandai mengeja.. ada yang dah pandai mengira pun bila masuk sekolah..


Kalau diikutkan semua benda dan perkara yang perlu diajar dan dipelajari di sekolah.. dan pelajaran2 yang diajar di sekolah adalah persediaan untuk menghadapi dunia luar.. ye ke.. ? Tapi diiikutkan sebenarnya ada beberapa perkara penting lagi yang perlu diajar di sekolah.. lebih2 lagi dalam zaman yang mencabar ini..


1. courtesy/ adab

Ia lambang ketermadunan sesebuah bangsa..

2. pengurusan kewangan

tiada pembaziran.. habis belajar je boleh bagi keje kat orang.. dan belajar menabung sedari kecil dan merasa kesusah payahan ibu dan bapa mencari wang belanja..


3. Pemikiran Kritis

berfikir di luar kotak..


4. Kesihatan

pelajaran untuk setiap tindakan terhadap kesihatan diri seperti dadah, rokok, makanan ringan dan pergaulan bebas


5. Masyarakat

peranan dan tanggungjawab dalam masyarakat


6. Agama

Sesuatu bangsa itu maju jika membawa agama bersama-samanya..



Sumber point ni saya ambil dari Readers Digest edisi November 2010.. Actually point diberi hanya 5, dan point ke-6 itu saya tambah sendiri dan sepatutnya ia menjadi point yang paling utama, kerana sekarang ia adalah tunggak kejayaan seseorang..



Dec 22, 2010

Hargai apa yang dihadapan, kenangi apa yang dibelakang

Assalamualaikum...

Entry kali ini sangat mudah dan simple.. dengan tajuknye yang agak puitis.. dan penuh sastera.. hehee... dah tua2 ni baru lah nak bersastera2. jiwang karat.. em.. kata orang sentimental la.. kuikui.. tak de maknanye..
Actually masa tgh facebooking, saya klik dengan sengaja satu link blog ni.. tajuknye amatlah menarik.. 'Jangan Mencari yang terlalu Sempurna'. or in English, kalau tak paham2 bahase.. don't be so perfectionist lah.. hmm.. sebenarnye kalau nak diikutkan mana ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.. dan kerana itu manusia diciptakan berpasangan, punya keluarga kerana perlu saling bergantungan dan membantu.. let's read:

.....
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

p/s: panjang benor link dia.. (tapi sy dah minta izin share ek..)

Actually I like the words being eloborated.. hehe.. nice and meaningful..
When I read this, saya teringat satu kisah/ cerita juga yang dibaca kat facebook.. pasal rumput yang cantik.. (actually tak ingat tajuknye)

Kisah nye membawa maksud dan pengajaran yang sama seperti tajuk dia atas.. al-kisahnye, seorang guru memberikan satu tugasan kepada anak muridnye..

Murid itu diminta oleh gurunye untuk berjalan di satu kawasan berumput yang indah, dan setiap pelajar dikehendaki mengutip/memetik sehelai rumput yang paling cantik..dari hujung padang ke hujung padang sana.. tapi dengan syarat, mereka tidak boleh berpatah kembali ke belakang..

Lalu berjalanlah mereka merentasi padang, dan rumput2 tersebut sangatlah cantik dan hijau.. bagi yang telah memetik, akan segera pulang ke kelas, tapi yang belum, akan meneruskan perjalanan mencari rumput, hinggalah ke hujung.. Akhirnya ada seorang yang tinggal.. dan bila gurunya bertanya.. murid itu berkata semuanya adalah sangat cantik, dan dia terus berjalan ke hadapan kerana menganggap bahawa ada rumput yang lebih cantik di hadapan.. dan secara tidak sedare dia sudah di penghujungnya.. dan sudah terlewat untuk berpatah balik.. Akhirnya.. tiada rumput yang dapat dikutipnya...

The moral of the story: Bila terlalu teruja untuk mencari kesempurnaan.. kita sering terlupa apa yang telah kita miliki..

Bersederhanalah dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan buat kita..
sebab, kadang2 Allah sembunyikan matahari, turunkan hujan dan guruh yang menakutkan.. rupa2nya.. Allah ingin hadiahkan pelangi yang indah.. :)




cantik kan pelangi ni?

Itulah tandanye Allah sayangkan kita.. So, apakah caranye kita membalas cinta-Nya? Tepuk dada tanya diri..

Adios!

Dec 15, 2010

Lepas Geram, Counter Back Sendiri

Assalamualaikum..
Ntah tetibe keluar tajuk ni.. post asal nak tulis pasal Si Super Saiya yang feymes tu.. but terkeluar tajuk ni.. semuanya gara2 today's mood.. *sigh*.. isk2.. don't sigh.. better be patience..
There's a lot things happen these days, and it sure does rocks the mood..


  • Morning greetings from the boss.. (not a very happy greetings..)
  • 2 days left, some portion of the office will gone..
  • Last week news, was very upsetting me (but quickly I remid myself, Allah have a better planning for me). but it sadden me most when my mother is a bit dissappointed to hear the news.
  • and today, I did something that I shouldn't have done it!
  • laughing half-heartedly to jokes / not laughing at all.. (but keep on reminding to never let go the smiles)
  • And, coming hOme.. I wish that everyday, selfish will dissappear 1% everyday from this house.

perkara yang perlu diingati selalu.. Di setiap kesusahan itu ada kemudahan, dan Allah sedang merancang yang terbaik buat kite.


Overall's mood is:

and then.. 'beruzlah'..

ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan..

Punca-punca tidak ceria:

  1. Tidak mendapat Hidayah-Nya
  2. Jahil banyak perkara
  3. Bodoh sombong
  4. Hati kotor
  5. Tidak mengamalkan ilmu
  6. Tidak Istiqamah...

(i'll eloborate it later: source--> Solusi Isu 19)


dan selepas saya melihat semula, those point might be the turning point..

p/s: muhasabah sebelum tidur.

Kisah Son Goku

Assalamualaikum..


Pelik tak tajuk post ni.. Son Goku, .. antara watak2 yang best masa time sekolah dulu.. sekarang dah tak sekolah.. Ingat dulu-dulu time nak dekat UPSR pun sempat lagi membaca komik Dragon Ball ni.. tapi sekarang macam dah kurang famous sebab dah berlambak-lambak manga dan komik di pasaran.. Bila sebut Dragon Ball ini juga antara yang terlintas ialah tentang mutiara naga. Mutiara naga ini ada 7 biji sebenarnya.. (rasanya semua orang tahu).. dan setiap biji mutiara dapat dibezakan dengan jumlah bintang yang terdapat padanya.. apabila seseorang telah berjaya mengumpulkan ketujuh-tujuh biji mutiara, maka dia dapat membuat 3 hajat pada seekor naga ajaib.. (isk2x.. untuk manusia.. nak minta ape2 minta aje pada Allah ye... ). Maka Si Naga pelik ni pun akan menunaikan hasrat orang tersebut..

Dan yang lebih menarik lagi.. Si Son Goku ini adalah makhluk asing beruk spesies dari Planet Saiya.. Mereka berbentuk manusia dan mempunyai ekor beruk.. Dan apabila terlihat oleh mereka akan bulan purnama, mereka boleh mentransformkan diri mereka kepada beruk raksasa yang akan memusnahkan dan berperang.. Kehebatan makhluk Saiya ini juga ialah boleh mentransform dan mengupgradekan diri kepada yang lebih hebat.. iaitu Super Saiya.. dan waktu ini rambutnye akan bertukar menjadi warna keemasan.. dan auranye berlebih-lebihan.. dalam cite ni.. ramailah kawan dan kaum kerabat Son Goku..

Al-Kisah yang ingin diceritakan.. Si Son Goku ni sangatlah suka berlawan.. tapi tersangatlah peramah.. dan sebab tu dia ni ramai sangatlah kawan dan musuh dan ada di antara musuhnya yang telah menjadi kawannya..
dan tempoh perjalanan Si Son Goku untuk menjadi seorang pahlawan sangatlah panjang dan penuh onak duri.. ye lah.. nak jadi herO mana boleh ekspress.. Hanya Badang je yang sanggup makan muntah hantu air semata nbak jadi hero ekspress.. huhuhu...

Start dari kecil, Son Goku telah dilatih oleh datuknya hidup di dalam hutan dan seni mempertahankan diri. Selepas kematian datuknya, dia telah pergi berguru dengan Datuk Kamen.. kemudian menyertai beberapa pertandingan seni mempertahankan diri.. tidak cukup dari itu.. dia terus pergi menuntut ilmu dengan beberapa tOk guru yang lain.. ada yang tinggal di atas menara tinggi.., atas gunung.. merentas laut dan sebagainya.. Kesimpulannya.. dia telah merentas api, lautan dan mendaki gunung yang tinggi.. Bukan orang bercinta sahaja yang sanggup merentas lautan berapi.. tapi Si Son Goku telah merealisasikannya.. (walaupun dia hanya watak dalam komik). Dan setiap kali berlatih.. dia akan bertambah kuat.. setiap kali perlawanan dan sembuh dari kecederaan yang dialami, dia akan bertambah kuat lagi malah pengalaman turut bertambah.. putus asa tiada dalam diri.. dan terus berjuang mempertahankan Bumi.. (huhu.. )
Saya bukan nak membanggakan watak komik yang tak hidup, tapi saya suka dengan watak yang direka oleh Akira Toriyama.. Saat kekalahan dan kemenangan dia akan tersenyum bangga..

Nothing comes easily.. everything start with some hardworks.. and every moment is precious even when we fall.. and people might recognize us only when we're gone..

Hero realiti dan dibukukan sebenarnya sudah ada.. Contoh pun sudah ada.. hanya tinggal ikutan sahaja.. Rasulullah saw. Baginda adalah hero sejati umat Islam.. Saat rebah ia memberi kekuatan dan saat kemenangan semangat bertambah.. Adanya baginda, membawa sinar Islam kepada umat manusia.. dan manusia mula mengenal Allah.. dan walaupun baginda telah tiada.. baginda tetap di hati, sunahnya tetap diikuti.

Sekiranya Son Goku terpaksa memikul cangkerang kura-kura yang berat untuk latihan kepahlawanannya.. Rasulullah telah memikul tanggungjawab yang lebih besar hinggakan baginda menggeletar saat menerima wahyu yang disampaikan Jibril..

Pahlawan-pahlawan lain tidak mungkin dapat menandingi baginda.

Di dalam diri setiap insan itu ada seekor naga yang sedang tidur..

Dec 14, 2010

Buku dan kulit buku.. judge sendiri..


Di suatu petang yang indah dan ceria.. Sang Pembeli melalui beberapa deretan gerai menjual buku dan majalah ilmiah.. buku2 yang pelbagai warna dan tajuk telah menarik minat sang pembeli untuk membelek2..
" Hmm.. kalau ikut bajet.. cukup untuk sebuah lagi magazine this month.. and target saya nak beli satu majalah Solusi keluaran lalu.. at least dapat yang murah sedikit.." kata Sang pembeli dalam hatinya..

Seperti biasa , Sang Jurujual akan mem'promote' barangan jualan..dengan pelbagai cara, dan kata2 manis.. Lagilah menambah minat Sang Pembeli untuk membeli.. lalu meneruskan aktiviti membelek majalah dan sekali sekali memegang dan menyelak majalah..
'isk.. nak pilih tajuk mana neh.. yang ni macam dah ada, yang ni macam dah baca.. ' bisik Sang Pembeli..

'Pilihlah awak.. banyak majalah dan buku.. majalah ni pun tinggal 3 tajuk je.. ' pujuk Sang Jurujual..

'Kejap ye.. nak tengok2,' kata Sang Pembeli..
'Isk, mana satu aku nak amek ni.. target hari ni satu magazine.. hmm .. tapi nak yang mana satu? Tengok buku kejap lah.. Kot ada yang menarik..' bisik Sang Pembeli mengalihkan pandangan ke arah buku2 yang tersusun di sebelah susunan majalah.

'Pilih la mana satu yang berminat, atau awak memang tak minat buku2 macam ni.. ?' hai.. lain macam je bunyinye ayat Sang Jurujual..

Sang Pembeli..?

A. Kalau saya tak berminat, tak de lah saya singgah di sini..kak oi..
B. A'ah la.. saya memang tak minat.. terima kasih
C. Maaf ye.. Rasenye pen saya tercicir kat sini tadi.. jap saya cari..
D. Sebenarnya saya sangat2 berminat.. tapi tetibe je saya jadi tak berminat..
E. Saya tak tahu nak pilih yang mana satu.. yang percuma ada?
..
Akhirnya Sang Pembeli pun beransur beredar dari tempat tersebut, tanpa membawa hasil..

Mengikut penilaian.. apakah tindakan yang sepatutnya untuk Sang Pembeli dan Sang Penjual?

Penilaian adalah berbeza dari sudut kaca mata orang... ini juga dipanggil persepsi.. Persepsi orang berbeza mengikut status, keadaan sekitar, pengalaman, agama dan peringkat umur..

Persepsi juga berubah sekiranya cara berfikir diubah.. melalui berfikir di luar kotak, atau ubah sudut pandang anda..

Jangan sampai jurujual dianggap pengacau (most of us will think like that).. walaupun pada hakikatnye kita adalah penjual dan pembeli..

TQ.

Dec 12, 2010

Persatuan Salah Cakap


Assalamualaikum..

Konnichiwa.. !

Hujung minggu adalah waktu mengupdate blog.. tak pun mengupdate post… tapi, perlu ke waktu specific untuk meletakkan post..? for me.. NO. hehe.. bila ada idea, n terasa nak post something, I’ll post.

Dari semalam nak post topic ni, ‘Persatuan Salah Cakap’. Mungkin if orang yang slalu dOk ngadap facebook mesti tau site ni.. i’m one of those fans.. bukan sahaja tersalah cakap tersalah taip pun ada, misalnya nak cakap minum.. tapi tercakap munim ke.. kadang2 bila nak cakap tu laju aje.. sampai tak sedar sudah tersalah cakap.. Persatuan salah cakap ni just for fun, tapi sebab kadang2 bila tersalah cakap atau tersalah taip ni, mood seseorang boleh berubah.. jadi kelakar atau kadang2 boleh menimbulkan kemarahan.. sO, kalau tersalah taip akan diremove.. senangnye, kalau dalam Fb, dalam kehidupan sebenar pulak bagaimana?


Jadi, alkisahnye.. semalam setelah diteliti post2 sebelum2 ni.. saya terjumpa lah beberapa banyak perkataan yang tersalah taip.. tu lah.. excited sangat nak menaip sampai hilang peranan seorang editor… hehe…

Antara perkataan yang tersalah taip dan tersalah cakap :

Tu blah = tu lah (ni baru terjadi bile tgh menaip tadi)

Signbord = signboard (ni bukan sengaje salah eja)

Ehasment = Enhancement ( berbelit sungguh nak menyebut, bila dok cakap laju2)

Soton = sotong

Nahupun = mahupun

Keleteh = Keletah

Dan.. banyak kesalahan grammar.. hehe.. (malas dah nak semak)

Bila check balik post2 terasa seperti seorang guru menyemak karangan anak murid lah pulak.. tetapi kalau nak diikutkan.. banyak lagi kesalahan lain yang dapat dikenalpasti, seperti, takde tanda noktah, koma, perkataan bercampur aduk huruf besar dan huruf kecil.. isk.. banyak sungguh.. lah.. hmm… well ini lah kesalahan-kesalahan tatabahasa yang sering terjadi.. Rasanye, kalau hantar kat cikgu BM sure dah banyak markah tatabahasa kene tolak.. Tapi bila tulis blog.. kita jarang peduli masalah bahasa atau salah taip mahupun salah eja.. Janji kita ENJOY! Janji Happy!

p/s: I want to be a teacher..! I want to be a teacher..! (Next year try lagi...huhu)

Tetapi, kadang-kadang (sebenarnya kerapkali), kesalahan itu disengajakan bila menulis.. sama seperti bila kita menulis SMS kepada rakan2., banyak perkataan yang panjang disingkatkan dan perkataan diolah sama seperti gaya percakapan kebiasaan. Yang dari utara, mesti ada dialek utaranye, begitu juga yang timur dan selatan.. ini menunjukkan kemesraan.. but not all people like it.. bezakan SMS bersama kawan2 dengan yang rasmi ye.. huhu.. Maybe.. we think that person as a friend but they might treat us as a colleague ONLY..

Bila menyebut pasal kesalahan ni, saya teringat pada cikgu Matematik masa form 4 hingga form 5 (beliau adalah guru yang sama mengajar saya utk 2 tahun). Cikgu ni orang panggil dia Cikgu Kelly.. (sape2 yang skolah MRSM BP mesti kenal cikgu ni.. feymes ni.. hehe..).

Ayat dari cikgu ni.. ‘ Biasanye, orang yang buat salah ni mesti tak nampak kesalahan sendiri, cuba cari kat mana yang salah..’ ayat ni keluar masa saya tanye cikgu cara nak selesaikan satu masalah matematik.. and.. these words remain in my heart.. Ia sama juga seperti muhasabah, untuk mengenal pasti kesalahan sendiri.. So, tiap2 hari kene muhasabah..

Bab-bab salah cakap atau salah taip ni sama lah juga dengan peribahasa feymes ‘ Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya..’ ha.. kalau dah berperi-peribahasa ni dah masuk salah cakap/salah taip yang serius.. ‘Kerana mulut, badan binasa..’

So, to all guys and girls di luar sana, be carefull of ur words k? Karang tak pasal2, tempah bencana pulak.. Bencana pe..? korang fikir2lah sendiri..

Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)


Akhirul kata.. Please correct me if I'm wrong.. Forgive & Forget..

Dec 9, 2010

Jom Jadi Jenin

Assalamualaikum..

How's today? me? hOpe lebih baik dan bertambah baik.. awak apa cerita?

Masuk hari ni dah 2 hari selepas Tahun Baru Muharam, mengikut kalendar Islam.. dan beberapa minggu selepas ini pula akan masuk tahun baru Masehi.. sO, what's ur AZAM?


So, kalau sebut azam, mesti ada orang kata itu hanye lah angan2.. sekadar mimpi.. takkan jadi kenyataan... memanglah takkan jadi kenyataan if sekadar di kepala.. tiada tindakan atau Action untuk merealisasikan.. macam kite zaman belajar-belajar dulu.. berangan mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan A1 dalam SPM.. adakah ia sekadar angan2?.. tidak bukan..? kita ada berusaha dan berdOa juga.. sampai setiap kali tidur tak lupa kita berdoa supaya impian itu jadi kenyataan..?


jadi..? adakah mimpi, angan2, itu sekadar matlamat tanpa tujuan..?


Jika dulu adik beradik Wright tidak bermimpi untuk terbang ke langit, tidak mungkin wujudnya Syarikat Penerbangan Malaysia, mahupun Air Asia.. tidak mungkin wujudnya KLIA, mahupun Kapal Angkasa, Sheikh Muzaffar tak mungkin jadi angkasawan pertama Malaysia.. so, pikir-pikir2 kan lah..


Salahkah kita bermimpi? Salahnye bila matlamat tanpa tujuan.. dan matlamat pula tidak menghalalkan cara (Quote best dari Lecturer Math saye hehehe..) bermimpi untuk menjadi kaya raya.. tetapi dengan cara merOmpak.. tidak mustahil berakhir dengan kegagalan.. (masuk lOkap, tak pun tertembak.. haha.. sengaje cari nahas)..


tanpa berhujah dengan panjang lebar, saya nak share satu lagu dari kumpulan 5forty2- jOm jadi jenin, sO hayatilah liriknye.. moga tahun baru ni ada satu matlamat untuk dicapai...



Dengar citer orang dulu jadikan renungan

Pasal sorang mamat kononye kerje asyik berangan

Baik duduk tengah makan atau petik buah kelapa

Tak habis-habis plan, cita-cita jadi kaya

Hasil petik kelapa die nak beli banyak ayam

Biar biak jadi ladang pastu takyah jadi khadam

Boleh jadi tuan, cuma uruskan perniagaan

Perniagaan pun berkembang kaya sebagai balasan

Boleh kahwin puteri boleh dapat penghormatan

Itulah destinasi die punye kejayaan

Watak tu memang punye perancangan yang cemerlang

Tapi aneh kenape die dimatikan terang-terang

Mesti ade sebab untuk kite semua fikir

Bukak mata bukak minda berfikiran kritis sikit

Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan

Penjajah tak mau tengok orang kite kehadapan

Ape dose Jenin dimati sedemikian

Kite lihat angan-angan die lihat masa depan

Die ade impian imaginasi penuh visi

Bermula dengan mimpi die karang strategi

Perancangan dah jelas cume tinggal usaha

Jenin dikebumikan taknak kite ikut dia

Terkubur angan-angan konon buat tauladan

Hiduplah orang kite takut nak berwawasan

Dan terus ketinggalan kabur penuh alasan

Plan tiade rancangan cume hanya bualan

Lihat sudut positif dalam cerita Jenin

Impian milik kite kalau kenal erti rajin

Imaginasikan hala tuju biar nampak jalan

Biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan

Mesti ade sasaran baru kite boleh maju

kemane hendak pergi itu perlu kite tahu

Kalau takde matlamat kalau takde wawasan

Itu aku bagi korang la sendiri bayangkan

Jom jadi Jenin berani berimaginasi

Jangan takut nak bermimpi janji ade usaha skali

Bayangkan semua target bayangkan cita-cita

InsyaAllah realiti berpihak pada kita

Kalau takde angan mane wujud perancangan

Hanya perancangan bisa menjayakan kenyataan

Lihatlah yang berjaya diorang semua punye mimpi

Mimpi bakar semangat azimat dalam diri

Cube kite bayangkan kalau Jenin terus hidup

Bayangkan kalu semua perancangan die ikut

InsyaAllah berjaya capai semua yang die cite

Kan lebih baik dari tak rancang ape-ape

Renung balik hidup cube tanye balik diri

Kejayaan hari ni mesti dulu pernah impi

Jom jadi Jenin berani berimaginasi

Jangan takut nak bermimpi janji ade usaha skali

Bayangkan semua target bayangkan cita-cita

InsyaAllah realiti berpihak pada kita



Perggh... begitulah al-kisah si Jenin.. sO, what's ur azam?


  1. Tamatkan zaman bujang? hehehe.. bagi yg dah meningkat umurnye..

  2. beli rumah? ( sebab dah ada skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000)

  3. Cari kerja baru? sebab rase2 kerja sekarang dah macam tak best..

  4. Atau target simpan duit nak pergi Haji/umrah?

  5. menjadi 30% lebih bersabar dari tahun lepas..

  6. Sentiasa mengukir senyuman.. sedekah ni..

dan lain2.. ni sekadar contoh ye..


K lah.. wanna sleep... nite.

Dec 4, 2010

uPdate, upGrade,

Assalamualaikum, good morning, sObahulkhair..selamat pagi..

Dah masuk kali ni sudah hampir berkali2 saya menukar template dan mengedit design blog.. dan kadang2 menukar nama..? kenapa ek.. (sOklan pada diri sendiri)..
well.. in conclusion that i can make is .. still searching for blog identity.. For almost 3 years since i became a blogger..

Well, I wish, this will be remain for some time.. masih mencari kepuasan dalam mereka bentuk blog.. hmm.. an amateur like me, banyak lagi yang perlu dipelajari.. persinggahan di blog kawan2 turut memberikan sedikit sebanyak idea.. bak dari segi design dan kekadang tu idea memulis.. hehe.. best baca blog orang2 ni...

Tergelak2 dan tersentuh pun ada, hehe.. dari segu penulisan sendiri pun kita boleh kenal orang tu macam mana.. positif or negatif, happy or aggresif, or sometime pasive... then boleh buat bahasa rOjak.. share hobi dan minat..

emm.. dahle.. nO more idea to write.. just to inform that this blog is under constructiOn.. oR should i say that everyday is under cOnstruction.. hehe.. pRoses mengupdate dan mengupgradekan blog agar ia best dan saya pun suka.. sebab pengunjung utamanya adalah diri saya sendiri.. =)


Not much to say this time.. bye.

Nov 28, 2010

sUka...

sUka?

apakah itu sUka?
sejenis rasa, tapi tiada rasa..
sebab rasa ada manis, masam, pahit,masin dan tawar..
terlebih manis membawa mudarat,
pahit itu ubat,
masam itu cuka,
masin itu garam,
tawar itu..... takde perasa-An..

Jadi, apakah itu sUka?
sUka itu perasa-An yang lahir dari hati..
hati sUka jadi hePi..
hePi sebab ada perkara yang menarik minat di hati..
jadi, sUka itu minatkah?

sUka makan aiskrim tak bermakna hari2 akan makan aiskrim..
makan nasi hari-hari tak semestinya sUka makan nasi..
sUka tak semestinya memiliki..
yang kita sUka tak semestinya orang lain pun sUka..
tapi ada kemungkinan yang kita sUka dia pun sUka..
sUka sama sUka..

bOleh jadi hari ni sUka, esOk dah tak sUka,
sebab ada perkara yang menyebabkan jadi tak sUka..
satu kecacatan, bOleh sebabkan orang tak sUka,
tetapi, dengan satu kelebihan pun orang bOleh jadi sUka..
sIap bOleh eLobarate lagi tu...
adakah sUka itu satu kekurangan atau kelebihan?

penin~2x..

sUka tu apa sebenarnye..
ada orang kata bila sUka, hari2 mesti ada perkara yang sUka..
bila tak ada, jadi tak sUka..
bila tak sUka.. jadi tak sUka lah...
bila ada, sUka balik..
sUka itu bOleh datang dan pergi..
bila2 masa yang dia sUka..

jadi.. sUka tu perkara yg menyeronokkan kah?
tapi kenapa ada orang yang sUka bersedih?
sUka menyendiri?
sUka marah?
padahal orang lain, lebih sUka bertOlak ansur,
sUka memahami..
maknanya, sUka itu ada yang baik dan ada yang buruk..
ada negatif, ada positif..
terlebih sUka orang kata ketagih,
ada pula kata kemaruk,
ada juga kata eXtreme..
istilah lain, jadi angaU..

kurang sUka pula,
orang kata malas,
ada pula kata memilih...
ada pula kata..dia ni tak de perasaan ke..?

susah mahu buat semua orang sUka..
sO.. bersederhanalah...
yang penting Allah sUka..

Nov 27, 2010

Jalan Sehala..

Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang cukup stress.. rasa sperti ingin memecut di jalan raya.. patutlah banyak org merempit kat jalan raya je.... Habis daripada ziarah ofismate yang baru kehilangan ibu, sy terus memecut untuk pulang ke rumah... pecut punye pecut.. rupenya salah jalan.. huhu.. nasib baik my fren tahu jalan U-turn... Susah juga ye jalan sehala ni.. sekali dah salah jalan, jauh nak U-Turn.. mana ada simpang2 short cut.. paling tak best, dah la silap jalan, kene pulak TOL... free free habis RM1.60..

Tapi, walaupun salah jalan, we had a long chit chat in the car, and had a great time laughing while searching for the right track. Rumit sungguh jalan2 kat KL n SelangOr ni.. (for me yang baru nak berjinak2 dengan jalan... )

Pastu....
to be continue... hehe..

After idle for some time.....

Jalan sehala ni, kalau ramai2 atas jalan raya orang tak tahu yang kita ni salah jalan asalkan kita keep on with the flow.. ye lah.. kete lain pun bizi dengan diri sendiri.. so Co-pilotlah yg perlu memainkan peranan..tgk signbOrd.. jalan.. jadi mata ke ke-5 dan ke-6.. hehehe.. mata 1-4 is on me.. Yesterday, my co-Pilot did a very good jOb.. sO.. she doesn't have to pay for petrOl share.. huhuuhu.. And finally, kiTorang berjaya juga sampai ke Federal Highway yg best tu.. ye lah.. best la coz dah dapat jalan pulang.. yeaH yeaH..3x

Lepas hantar my fren pulang, new incident of Jalan Sehala happened. huhu.. disebabkan ke was-wasan sy nilah, dah tebal kulit muka ni seinci.. tetapi memandangkan sy ni baru belajar jalan2 kat KL ni.. biarlah ia tebal.. waa.. Entah mana dapat ilham pergi U turn kat jalan yg memang dah sehala.. apa lagi.. tinggi lah si pakcik Guard tu angkat torch light dia yang besar tu sambil bunyi2 kan wisel.. tak cukup dgn tu... pak cik tu mula mara ke depan..

So, sy pun buatlah cOnclusion.. Satu kesilapan telah berlaku.. U-Turnlah sekali lagi di jalan sehala.. waa... kete2 yang kat depan tudah mula usha2 je.. *cheestart sungguh sedap,rasa nak tempah sebalang lagi*


So, the mOral of the stOry...
berhati2 bila memilih jalan.. U-turn nye sangan jauh.. and it might take a long time..
Alert dengan sekeliling..
be patience.. jangan tergesa2..
Think first..

p/s: pls add if u hv sOme in uR mind..

dan akhir sekali.. this is the tOwn trademark.. (suka suki je sy letak..)

Nov 24, 2010

OptImIs lah...

Bismillahirrahmanirrahim........

New entry lagi hari ni..kebelakangan ini rajin pulak menulis.. :)

Hari ni seperti biasa lunch hour mesti ada ceramah daripada ustaz jemputan.. dan al-maklumlah seperti biasa, majOriti para pendengarnye adalah gOlOngan Hawa.. (bukan majOriti, tapi 100%, huhu...)

Ustaz berkOngsi mengenai kemanisan iman dan terdapat 3 ciri org yang mendapat kemanisan iman..

  1. Orang yang mengasihi/mencintai Allah melebihi dari segalanya
  2. Orang yang mengasihi sahabatnya kerana Allah
  3. Orang yang telah bertaubat dan benci utk kembali ke zaman jahiliyahnye..

Mengenai sifat org yang mengasihi Allah melebihi dari segala-galanya, ustaz telah menceritakan mengenai kisah saidina Umar al-Khattab.. Kisah di hari pembunuhan Umar Al-Khattab, Khalifah kedua..

Khalifah Umar adalah antara khalifah yang hebat, dan semasa pemerintahan beliau, Islam telah pun meluas sehingga ke 1/3 dunia, hasil kemantapan pimpinan pemimpin berpakaian 12 tampalan ini...

Pada masa yang sama, di kawasan pemerintahan beliau ada seorang pembuat batu uli pengisar tepung yang terkenal bernama Abu Luk Luk al-Majusi.. Suatu hari, Saidina Umar berhajat untuk menempah sebuah batu uli daripada Abu Luk Luk, dan apabila disuarakan hasratnya..Abu Luk Luk menjawab,
'Aku akan membuatkan sebuah batu uli yang sangat istimewa untukmu, yang akan membuatkan semua orang ingat akannya sepanjang hayat'.. Maksudnya di sini ialah yang diterima adalah sebuah ancaman bunuh..

Seperti biasa Khalifah Umar bangun solat subuh dan mengejutkan rakyatnye untuk bersOlat Subuh, kerana adalah tanggungjawab seorang pemimpin untuk memastikan rakyat menjalankan amanah Allah.. Dan pagi itu, di dalam Masjid nabawi, suasana gelap gelita, Abu Luk Luk al-majusi sudah bersiap sedia di sebalik tabir bersama sebilah pisau yang disalut racun..

Seusai, Saidina Umar mengangkat Takbir pertama sebagai Imam, Abu Luk Luk keluar daripada persembunyiannya dan menikam 3 tusukan di di badan beliau, sehingga darah mengalir dengan banyaknye dan beliau rebah. Dengan segera, tempat beliau digantikan oleh Abdurrahman bin Auf, sehingga selesai sOlat subuh, barulah jasad Umar diangkat dan dibawa ke rumahnye.. Tidak cukup dengan Umar, Abu Luk Luk turut menikam 7 lagi jemaah Subuh sebelum akhirnya membunuh diri...

Dan setelah sedar, soalan pertama yang ditanya oleh beliau adalah adakah semua telah solat subuh? lantas beliau meminta air utk berwuduk dan solat walaupun darah tetap mengalir dengan banyaknya...

ini menunjukkan walaupun beliau dalam keadaan parah, tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan pemimpin..

Dan apabila beliau diletakkan atas pangkuan sahabat, beliau meminta supaya beliau diletakkan dia atas tanah kerana merasa sangat rendah diri terhadap Allah.. serta berulang kali membacakan potongan ayat dari (QS 33:33) yang bermaksud,

'Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya..

Dan sesungguhnya ujian itu diberikan Allah terhadap hambaNya kerana Dia ingin memberikan pahala atas kesabaran hamba-hambaNya.. Maka, ucaplah Alhamdulillah atas segala ujian yang menimpa.. dan tetaplah bersabar di atas kesabaran..

dan bersikap optimis terhadap Allah.. (usaha dan usaha..!).

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka dia menyayangimu.

Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu.

Bila DIA tidak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik (Optimis) dengan ALLAH dalam apa jua keadaan pun…kerana kasih ALLAH itu mendahului murka-Nya…

Anggaplah Ujian itu sebagai cabaran buat kita, kan? Ujian bersama rakan, keluarga, rakan sejawatan.. mahupun perkara2 yang menyesakkan dada..


p/s: Salam senyum buat setiap perkara yang pernah hadir dalam hidup.. walaupun ia perit akan ku simpan dan ambil iktibar, adapun ia manis, tetap kusimpan dan jadikannya warna2 dalam kehidupan.. :)


Here, I enclOsed a lyric from Tashiru- Optimis Sajalah.. :)

Setiap manusia menginginkan kebaikan
Dalam menjalankan kehidupan di dunia
Meski terkadang semua yang diinginkan
Ternyata hanyalah impian

Setiap manusia mendambakan bahagia
Bila esok hari kan menyapa dirinya
Walau kenyataannya tiadalah tergenggam
Yakinilah nanti kan datang

Reff:
Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia
Jangan berpikir untuk berputus asa
Kembalikan semua pada Yang Esa saja

Berbenah diri hadapi yang terjadi
Raihlah dengan penuh percaya diri
Tingkatkan iman dan taqwa kepada Ilahi~


mOga tabah sentiasa...!

Nov 23, 2010

Suatu ketika pabila marah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah rasa marah? atau dimarahi seseorang? atau pun lalu di kawasan yang terasa bahang marahnye.. Apakah perasaan anda? Tertekan? Malu.. atau tak sedar..?

Hakikatnye, marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar² serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Bagaimana pula boleh munculnye marah nie..?

STRESS adalah salah satu punca wujudnya kemarahan. Dan kemarahan itu dapat dipamerkan melalui pelbagai cara dan kadang-kadang boleh memudaratkan orang lain. Maka, perlulah mengawal stress bagi menangani marah dengan cara yang berkesan.

Antara lain punca kemarahan juga ialah:

  1. Kehendak yang tidak dipenuhi
  2. Pelanggaran hak , e.g. ketidakadilan, dimalukan, penderaan fizikal atau kata-kata, dan hilang kepercayaan.
  3. Infleksibiliti- perkara utama yang menyebabkan marah ialah kepercayaan yg terlalu rigid dan tidak boleh diubah. e.g. 'mestilah' dan 'hendaklah'.

Pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.. "janganlah engkau marah'... sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam Islam.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...
"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
.

Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....
  1. Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
  2. Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
  3. I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.


Pernah dengar kata2 ini? (tak pasti sumber mana):

'Jika anda marah, dalam keadaan berdiri, maka duduklah, jika anda marah ketika duduk, maka baringlah, dan jika anda masih marah, maka berwuduklah, kerana api itu lawannya air. '

(begitulah ayatnye lebih kurang.. klu ada yg lengkap atau frasa yg lebih baik, sudi-sudilah berkOngsi ye..)

Well.. pape pun, sebenarnye marah ini patut dikawal dengan sebaiknye.. sebab marah ini bukan sahaja menyebabkan perubahan emOsi.. malah fizikal.. kata org tua2..- tak baik marah2, karang cepat tua...-

yelah.. bila marah- dahi berkerut, muka masam, hidung kembang kempis.. - sure tak lawa kan.. time tu lah tetibe tak ngaku diri bila disua cermin... lagi satu, pasti ada perasaan menyesal bila selesai marah
... huhu...

sO, nak kawal marah ni.. mesti tekad ye.. dan beringat selalu.. dahulukan akal berbanding mulut..


Mari sama-sama kita maafkan sume org sebelum tidur termasuklah diri sendiri..... Maaf ye semua.. :)



isi2 penting dikutip daripada:
http://www.familiazam.com/jangan_marah.htm
www.infosihat.gov.my/artikelHP/bahanrujukan/HElainlain/STRES.ppt


Nov 21, 2010

dOa dibukakan 12 pintu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan, dan pintu-pintu Syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang....


alhamdulillah..

pada 2.10.2010.. sy telah merasakan Allah telah membukakan seluas2nye pintu ilmu untukku...
dan telah bertambah lagi silaturrahim =)

Ada seorang student yang bersama-sama mengikuti kelas Sijil di UM, memberitahu... orang yang menuntut ilmu ni tidak pernah tua.. sebab dia tidak membiarkan otaknye membeku atau berhenti menerima ilmu... Saya agak respek dengan kakak tu.. walaupun mempunyai degree, telah berkahwin, serta merupakan suri rumah sepenuh masa.. tetap meluangkan hujung minggunya dengan menuntut ilmu.... Anak2nye dididik mencintai ilmu sedari kecil... best pula bila dengar dia bercerita mengenai anaknya.. tapi memang diakui lah.. kanak2 sekarang semuanya pintar2 belaka.. mungkin kerana kesedaran ilmu sudah meluas dan kebanyakan ibu bapa sekarang semuanya berpendidikan... paling kurang pun SPM dalam tangan.. dan graduan kOlej/ universiti... semuanya begitu mudah...

HAri kedua di kelas.. diakui kelas agak penuh.. dan if ada student yang lambat.. kenalah duduk belakang kan..? Actually kat depan pun ada.. tapi dah duduk jarang2 susahnle nak masuk.. Saat kelas sedang berlangsung.. hatiku tersentuh... seorang pak cik datang agak lewat.. ( tersentuh bukan sebab dia datang lewat ye..) dan dia terpaksa memanjat tangga kuliah.. (ala.. dewan kuliah kan.. dapat bayangkan tak dewan kuliah camne? ada tangga2..) dan pak cik ni sebenarnye.. sakit lutut dan nampaklah kepayahannye nak naik tangga.. huhu... tapi semangat pak cik ni tinggi.. dia tetap sanggup datang walaupun susah nak berjalan.. Cayalah Pak Cik..! hehe..

dOa dibukakan 12 pintu tu saya dengar daripada klip videO Dato' Fadhilah Kamsah.. masa tgh cari2 mOtivasi harian.. Selamat Beramal.. =)


p/s: mencari masa untuk berkOngsi ilmu bersama.. =)

Nov 20, 2010

Memang sendiri ke?


Bismillahirrahmanirrahim.....

berfikir jap.....

'Sewajarnya bagi orang yang beriman menghadapi segala kesusahan dan penderitaan dengan berserah kepada Allah, bukan dengan melalui kekuatan teman-teman dan para pembantu mereka.'

saya sering terfikir2 dengan kata2 ini...

adakah sememangnye saya sendiri..?
kita kuat dengan pertolongan dari Allah...

adakah saya memang sendiri... walaupun berada di kalangan teman2, sahabat, dan keluarga, mahupun berada di tgh khalayak ramai... hakikatnya memang sy sendiri,

agaknye kenapa ye.. sentiasa 'sunyi' itu peneman hidup? kosong itu peneman jiwa?
bila ketawa seolah berpura-pura, senyum itu manis tiruan, dan tangisan itu dingin beku..?

hmm.. biarlah.. ku tahu, di saat2 kebanyakkannye yg sendiri nahupun tidak.. Allah sentiasa disisiku.. menemaniku, memimpinku...

'Sesungguhnya, Allah itu dekat'

You are never alone.... although that you are lonely..........

Oct 19, 2010

Cerita yang tidak dapat diceritakan...

Fasa keluh kesah dan rungutan perlu cepat ditinggalkan..

Lebih baik bersabar daripada mengeluh...

Sep 22, 2010

1st day break fasting after Ramadhan season..

Bila dah start keje mood raye macam dah kurang.. tapi kat ofis ni berlaku pula fenomena 'meja terbuka' masing-masing kat meja sume ada kuih raya, including me.. hehehe.. walaupun tak banyak...



Lepas puasa bulan Ramadhan, masuk pula bulan Syawal, orang dah mula start puasa 6 pula..



"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi nya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal bererti dia telah berpuasa penuh satu tahun"
(HR Muslim)





SEmalam tetibe rasa nak meraikan hari berpusa jadi berbuka pusalah kat luar.. TQ miss Aimi for driving me there.. =)


Sep 20, 2010

Where is the mind and sOul?

Morning: I woke up and feel like walking in the air

Afternoon: Feel like being hypnotized.. what am I doing?

After work
: Suddenly feeling like I want to smile all day..

sO...I smile..


Kuih Ketayap.. a.k.a kuih gulung

Tanggal 17 September before tidur terfikir nak buat kuih ketayap.. stok kelapa banyak... yang perlu dibuat hanya memarut sahaja.. Suddenly nak tambah pula post resepi kat blog ni..

this is a picture of kuih ketayap..(not mine but pinjam dari blog orang hehee... ) tapi kulitnye samala ala-ala macam saya masak.. tak hijau sangat sebab pakai original colouring from daun pandan dan agak sedikit garing.. barulah rangup.. krupp..krupp..


Bahan-bahan:
(kulit)
8 sb Tepung gandum
5 helai Daun pandan (sebagai perwarna)
sedikit Garam
Air

(Inti)
1/4 kelapa Parut
5 sb Gula merah

Cara membuatnye:

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim ye... sebab nak masak ni.. nak bagi orang makan.. dan kita niatkan supaya makanan ini menjadi adalah rezeki yg bersih, dan makan sebagai ibadah dan moga usaha kita memasak ni juga adalah dikira sebagai satu ibadah. Seperti kisah Imam Syafiee menziarahi rumah Imam Malik. (i'll post this story later k.. coz rite now is recipe sharing time.. !)

1. Firstly kita buat intinye dulu.. masak gula merah dengan air di atas api..
2. tapis dan tuangkan gula merah ke dalam kelapa, kemudian masak semula di atas api sehingga agak2 inti kelapa tu dah kering sedikit . Jangan lupa tambah garam sedikit ke dalam inti.
3. Untuk buat kulitnya.. bancuh tepung, garam dan air daun pandan yang dikisar..
4. kacau hingga agak sebati.. macam kita masak doh untuk cucur.. tapi cair lagi. blender adunan untuk memudahkan.. (untuk meratakan tepung)
5. masukkan adunan yang diblender ke dalam mangkuk, tambah air lagi sekiranya perlu.
6. Panaskan kuali, ratakan nipis minyak masak di atas kuali.
7. sendukkan bancuhan tepung ke dalam kuali.. dan lenggang kuali dengan segera sementara bancuhan masih cair. biarkan hingga masak.
8. angkat kulit ketayap.. letakkan inti dan gulunglah kuih anda..
9. Ulang step 7 dan 8 sampai habis tepung dan inti..
10. Kalau rasa tepung tu terlebih masak tepung je dahla n makan begitu sahaja pun sangat sedap.. macam makan lempeng.. =P


Selamat mencuba...!
(dr. tukang masak amatur)

p/s: bahan-bahan tu boleh bajet-bajet sendiri je. as Shown adalah contoh untuk sukatan yang biasa dibuat sahaja.. biasanye boleh dapat dalam 15 gulung.

LAst day aT hOme

Today (saturday, 18th) is the last day of my Raya leave in Taiping.. a bit sad coz i'll be leaving..

there's a lot things to do today... on Saturday 18th Sept. 2010. bake kuih ketayap.. cook spaghetti for my brother as promised the day before.. and cook begedil.. coz my father have bought a lot of potatoes and my mother keep complaining that her kitchen is already filled with food but my father keep on buying food stock.. and there's 2 wedding ceremony to be attended.

1.Congratulation kepada kawan sepermainan saya Rafidah.. kerana telah berjaya mendirikan masjid.. although she's a year younger than me... huhu.. teringat dulu2.. walaupun kita tak lah berapa kamceng tapi pernah la kita duduk bawah pokok dan sembang2, gelak ketawa..
we went to the same school and we live in the same neighbourhood.. Hope u live ur life to the fullest and kudoakan keberkatan Allah mengiringimu...

well.. I like ur dress,and your wedding theme... coz it PINK! hehehe.. n Nasi minyak mu sangat sedap..tak lupa juga kuah kacang dal, sambal belacan... dan kurma daging.. =)

2. Congratulation also to my mother's friend's daughter although i don't know her.. (1st time saw her in this wedding ceremony).. Moga barakah Allah bersama kalian.

3. thirdly.. congratulation to my Old friend.. Schoolmate.. smiling mate.. Ealyna Misman.. for being a bride.. on 19th September 2010.. huhu... Sorry I can't attend ur wedding ceremony.. And saya doakan juga agar perkahwinan ini mendapat barakah Allah..


Forthly... bila lah pula turn saya ni...


p/s: I love you Mak, Abah, brothers and sister. and not forgetting.. all my relatives..

Satu hari di 29 Ramadhan

hari ni baru nak masukkan post untuk 29 Ramadhan,walhal sekarang dah masuk bulan Syawal..

Sangat syahdu bila nak meninggalkan Ramdhan.. Ramadhan adalah bulan yangpaling Best... Rasanya saya dah banyak termiss perkara yang best di bulan Ramadhan.. hmm.. it's not about food.. shopping.. it's a bout the deal with Allah.. but i've did my best..

Hari ni juga adalah antara hari yang agak best.. suasana yang syahdu..redup.. dan tenang.. dan Allah menemukan saya dengan beberapa orang yang baik.. yang saya berkeyakinan bahawa mereka adalah orang-orang yang baik.. kadang-kadang saya terfikir mengapa kehadiran mereka tidak kurang disedari.. kata-kata semangat yang keluar dari mulut mereka telah sedikit menyuntik semangat dalam diri walaupun ada sesetengah yang bercanggah dengan pendapat sendiri..

'tidak semestinya orang baru tidak boleh membuat kerja..tapi, apakah istilah 'baru' dari sudut pandangan saudara? my boss did said.. do the right things for the first time..and my point of view: life is full of struggle.. Rama-rama yang cantik hasilnye dari kesusah payahan untuk struggle keluar dari kepompong yang sangat kecil.. the challenge is how can we maintain the motivation level so that we can always istiqamah in our doings?'

Apakah jawapan kepada soalan saya.. sehingga kini masih mencari.. =)
dan di tanggal 29 Ramdhan ini juga lah saya baru berkelam kabut menghantar kad ucapan aidilfitri.. mohon kemaafan atas segala khilaf.. terasa berat pula nak hantar ucap selamat menyambut Syawal, coz a bit sad nak tinggalkan Ramadhan yang best ni.. Hope segala amalan bulan Ramdhan ni dapat diistiqamahkan di bulan-bulan yang lain...

Dan pada hari ini sudut pandangan saya sudah mencapah sedikit 0.1 darjah and hoping that I can conquer the stress and the heavy rock mindset parked in the head..

kepada sahabat2 dan kawan2 yang tidak menerima kad ucapan ke maaflah.. sebab tidak berkesempatan berbuat demikian.. kalian adalah insan2 baik yang pernah hadir dalam hidup ini dan sentiasa berada dalam hati dan ingatan.. Halalkan segala makan minum pakai guna, perkataan, janji.. terkurang atau ada yang terlebih.. Maafkan segala kekhilafan yang pernah hadir, kekasaran bahasa.. wajah yang termasam atau kadang-kadang terlupa senyum atau kurang sensitif... moga setiap hari mendewasakan kita..



Sep 7, 2010

Tanggal 28 Ramadhan


Tanggal 28 Ramadhan... bermakna hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan ini akan dilewati dan tibalah Syawal.. Sayu saat ingin meninggalkan Ramadhan.. hari2nya tidak sama seperti hari2 lain.. :(, Dan Ramadhan ini telah baik sedikit dari Ramdhan yang lalu... (perasan kOt)..

hmm.. sangat sayu.. di tanggal 28 Ramadhan ini juga.. pelbagai perkara yang telah melewati diri ini.. dan pesanan yang diberikan kepada diri sendiri adalah...... banyakkanlah bersabar... dan matlamat...? Adakah Ramadhan kali ini berjaya membentuk peribadi?

saat ini.. diri sememangnye sangat lemah.. dan pesanan lagi kepada diri sendiri... Mesti kuatkan semangat... n don't too depend on people..

Aug 22, 2010

Makan2 Ramadhan: Jimat atau Boros?


Seminggu sebelum masuk Ramadhan, semangat dOk pikir apa nak masuk sahur.. lebih-lebih lagi bila dah duduk rumah sewa ni.. teringat lah dulu-dulu waktu dok rumah sewa juga.. asyik2 teringat masakan rumah... hOmesick selalu... but now! I have to be independent.. hahaha... moga SukseS!

Bila dah masuk Ramadhan.. nampaknye sehari je berjaya memasak sahur.. ala kadar.. takat telur goreng kicap ngan nasi panas... fuhh... the best tu....takpe.. nanti lepas Puasa kite buka balik buku resepi... huhuhu...

bila dikira balik.. bila bulan puasa ni tak delah sangat barang rumah yang dibeli.. sebab dah jarang masaklah... malas atau berjimat? sO kat bazar lah tempat menghabiskan duit... Bulan Ramadhan adalah bulan menahan diri dari nafsu.. selangkah je menjejakkan kaki ke bazar... macam2 dugaan menerpa.. keinginan membeli makann begitu tinggi... sebelah kanan ayam golek.. belah kanan air sejuk.... sedapnye... jalan sikit.. nampak pulak murtabak panas.. adus...

Banyak pula pilihan bila kat bazar ni... hehehe... masak tunjuk-tunjuk je... bila jalan-jalan kat bazar ni kita boleh perasan siapa peniaga Ramadhan dan siapa peniaga tetap.. al-maklumlah... bulan dimana rezeki melimpah ruah... bagi peniaga dan pengejar amalan.. semuanye berganda-ganda.. double2 or triple... Tapi, aku tercari-cari pula makcikyang selalu dok berniaga bihun sup ngan laksa kat sebelah blok ni... tak de lah pulak..hmm...

Orang berniaga, berganda-ganda pendapatan... orang membaca al-Quran berganda-ganda pahala bagi setiap huruf.. orang beribadah berganda-ganda pahala ibadahnye... orang yang tak puasa... berganda-ganda malunye... hehehe... dan... ramai pula peminta sedekah di bazar.. mengambil kesempatan kebajikan dan kelebihan di bulan Ramadhan... ? tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima... sehari peminta sedekah di bazar Ramadan mampu mengumpul sebanyak RM300 !!! (sumber: berita Harian).

Jalan lagi....

akhirnye... bila menjejakkan kaki keluar dari bazar.. ternyata telah membelanja lebih dari sepatutnye.. hendak berjimat jadi bOros pula.... so... matlamat tidak kesampaian...

Tapi bila kat ofis... belum tengahhari.. dah ada yang dOk menyembang balik karang nak masak apa?tenga hari dah ramai beratur membeli lauk ...hmm.. beli baju raya.. beli seluar raya... kereta raya... rasanye.. bulan puasa ni lah paling banyak berbelanja dari bulan2 yang lain...

Jom berbelanja masa kita ke kedai yang bermanfaat...!

jOm, cepat2 kembali kepada matlamat Ramadhan yang sebenar..sekiranye merasakan matlamat hampir tersasar... sempat lagi ni.. moga Ramadhan kali ini tidak sia2.. :)

Jun 7, 2010

Ko+mu+ni+ka+si

Assalamualaikum wbt.

Salam musafir, hari ini aku berjalan lagi..berjalan kerana perlu berhijrah..Bila berhijrah
maknanya aku bakal bertemu orang2 yang baru..lalu menjalinkan silaturrahim. Alhamdulillah, aku
telah memanjangkan silaturrahim, walaupun tidak serancak dahulu..

Bila tiba bab nak jumpa orang baru ni aku lemah sikit.. Al-maklumlah,aku ni pemalu orangnye..
(hehehe..), dan agak kurang peramah, kata orang, serius la pulak..hehe..yeke? biarlah
mereka menilai... Bukankah Allah suka kepada orang yang memanjangkan silaturrahim?
Rasulullah juga suka memanjangkan silaturrahim.. Maka, secara tidak langsung kita telah
menjalankan satu sunnah Rasulullah saw..

' Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua
saudaramu (yg berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat'
QS 49:10.

Tapi aku selalu tanamkan dalam diri, kalau tak de modal, senyum je.. kan senyum itu sedekah.. tapi
klu tak kena tempatnye, sewel lak pula.. bertanya kan nama, itu satu kemestian, bak
kata orang tak kenal maka tak cinta.. pastu sembang2 le.. bercerita hal minat, famili dan isu2 semasa.
kalau bersembang dengan orang yang peramah memang best, sebab diorang pandai bercakap..
Kita ni,cakap sikit2 dah le.. hehe.. itulah kadang terkagum juga pada golongan tersebut..
Bijak sungguh mereka berkata2, dan itulah antara kelebihan yang Allah kurniakan pada mereka.
Tapi, adakah sama orang yang bijak berkata2 dengan orang yang bijak berkomunikasi?

Pernah aku menyuarakan isi hati pada seorang sahabat.. 'Macam mana nak pandai bercakap
berkomunikasi?'

hmm.. lalu dijawabnya 'Dayah nak jadi macam saya ke? Mak saya selalu risau,
kata saya ni asyik bercakap je.. dan nasihat agar kurang2lah bercakap.. yelah, kadang-kadang kita
tak sedar yang apa yang kita perkatakan itu mungkin telah menyinggung perasaan orang lain.'

Betul juga kata sahabat aku ni. Kadang asyik banyak cakap je, keje tak jalan2 juga..
tak pun keluarlah statement.. cakap je lebih.. atau mungkin tak sedar ayat2 atau cerita kita
telah membangkitkan riak dalam diri.. isy...bahaya tu... so,berhati-hatilah bila bercakap ye..

Kesimpulannya.. bercakap dan bersilaturrahim ni sebenarnya memerlukan kemahiran komunikasi
yang baik.. lebih2 lagi bagi mengeratkan lagi silaturrahim yang sedang ada.. komunikasi
yang baik juga memberi first impression yang baik kepada penyampai.. yg penting jaga batas2
yang wajib dijaga.




p/s: perlu perbaiki kemahiran berkomunikasi.. berada di gred C..=(

Jun 5, 2010

Teguh di Kota Batu

Hampir sebulan di kota metropolitan. Berada di sini bukannya untuk apa-apa, mencari rezeki bg memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, dan manusia. 'Rezeki tu mana-mana pun boleh cari, sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup..' ayat yang pernah didengar untuk menyedapkan hati ketika menganggur dulu.. Mungkin rezekiku disini membawa aku pulang ke kota batu ini.. walaupun separuh jiwaku berat untuk meninggalkan kampung halaman, mengenangkan tanggungjawab tu, so kene paham2lah sendiri...

Mula2 tu oklah.. yelah.. macam melanconglah.. syOk.. jalan2, gi shopping perabih duit, makan pun order je.. Tapi pagi ni bangun rasa lain lah pula..tgk bangunan2 keliling ni macam batu... walhal memanglah batu..cuma feel je lain.. hehehe.. pastu mulalah pikiran ni menerawang..
'Aku ni klu duk lama2 sini mcm batu juga ke?' hehehe boleh pula?

Bila hati terlalu kering dan keras maka jadilah batu.. bila hidup tidak dilimpahi titis2 keinsafan, berkurang zat amalan rohani.. jadilah manusia yg sakit.. Duduk di tepi balkoni di pagi yg sunyi, tatkala ada lagi insan yg menyelubungi diri dengan selimut, jadi bosan lah pula.. belek2 majalh Dara.com (jumpa kt ruang tamu) lalu terbaca hadis ni:

Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Dia ada di hadapanmu. Perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar/senang, nescaya Dia akan mengenalimu pada saat kamu dalam kesulitan. Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah. Jika memohon pertolongan, maka mintalah kepada Allah.

Hadis ini adalah hadis yang paling aku suka.. Jumpanya ia time awal2 pagi ni, seperti teguran buat diri. Sangat membangkitkan semangat diri.

Jadi, jika hidup tidak menjaga yang utama, maka seperti batulah jadinya.. keras tidak bermakna, hanya menanti rebah. Hidup bukan di dunia sahaja..


p/s: Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus..

Jun 4, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Ini antara email yg diperolehi daripada rakan n saya ingin kongsikannya bersama.. =)


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.“Oh ramai encik…”“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.“Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?