Sep 28, 2009

Tazkiratul maut...



Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian, hanya kepada kamilah kamu kembali (QS 29:57)


Malam itu (26.09.2009) bersamaan 7 Syawal 1430H, jantungku hampir berhenti berdenyut. Masa seolah2 terhenti, aku kembali membaca SMS daripada adik-adikku. Siang tadinya, hatiku sudah merasakan kegelisahan.. dan berita itu memang mengejutkanku. ....' ------ telah meninggal dunia selepas isya..'


Innalillahi wa innailaihi rajiu'n


Allahyarham telah diambil nyawanya dalam usia 19 tahun oleh Allah selepas disahkan menghidap Leukimia. Pada mulanya, hanya dikenalpasti mengalami simpton kekurangan darah. Tetapi kuasa Allah melebihi segalanya, hanya beberapa hari selepas itu, Allah mengambilnya kembali daripada ibu dan ayahnya, adik beradiknya, sahabatnya, dan jiran tetangganya. Ketika ini, saat tanah kuburnya masih basah dan merah, kesedihan, kenangan masih terlekat di jiwa. Saat ini, kemeriahan Idul fitri terasa hambar oleh keluarganya, saat baru menerima kelahiran ahli baru dalam keluarga, seorang ahli keluarga pula diambil semula.. Moga keluarga beliau dapat menghadapi ujian ini dengan sabar dan tabah.. Takziah.


Namun, yang terutamanya, adalah peringatan daripada Allah, bahawa hidup ini hanya sementara, nyawa ini semakin pendek, dan Izrail sentiasa menjadi tetamu kita yang paling kerap.. hatiku bergetar lagi.. Mungkin terlalu banyak dosaku pada kalian membuatkan hatiku tidak pernah tenang, dan tingginya dosaku pada Pencipta sentiasa menggusarkan hati? Apakah cukup bekalku nanti atau sebenarnya adakah bekal yang dibawa? Aku tidak tahu...!


Sebenarnya, setiap tahun, ada sahaja ahli atau kerabat keluarga yang meninggal dunia, malah setiap hari di dada-dada akhbar, berita kematian sentiasa menjadi pemenuh muka surat. Tetapi, sejauh mana pernah diambil kisah? sejauh mana pernah diambil berat? Habisnya bulan Ramadhan, mula terfikir, apa juadah untuk rumah terbuka, persediaan rumah terbuka, duit, pelancongan dll. Tetapi...mungkin selepas ini giliran aku? Arrggghh... masih banyak lagi yang belum disiapkan, masih belum terlaksanakan.. How?


Bingung? Gelisah?


Orang yang paling bijak adalah orang yang sentisa mengingati mati...


Sama2 berusaha ke arah kebaikan dan mohon untuk sentiasa istiqamah.


Maafkanlah diri dan maafkanlah orang lain..


Sama2lah sedeqahkan al-Fatihah buat Mohd Shahrulnizam, moga rohnya dicucuri rahmat...=)



__________________________________________________________

No comments:

Post a Comment