Sep 30, 2009

Doa pelindung diri khusus buat kaum Hawa


Semakin lama diakui keselamatan kaum wanita semakin membimbangkan. Hampir setiap hari di akhbar ada saja berita seperti rogol, cabul, ragut dan lain2. Baru2 ini berhampiran tempat kerja saya baru sahaja digemparkan dengan berita pencullikan seorang wanita yang dalam perjalanan pulang. Nasib beliau baik kerana dapat dijejaki dan keberanian beliau sendiri.. Semua ini datangnya daripada kuasa dan perlindungan Allah.

Kebetulan ketika melayari internet, terlintas mengenai artikel doa elak dirogol dan cabul. Makanya, saya ingin berkongsi artikel ini, moga ianya dapat dimanfaatkan bersama-sama. =)

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah dipaparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin dalam website zaharudin.net sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Sumber: www.zaharuddin.net

Sep 28, 2009

Tazkiratul maut...



Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian, hanya kepada kamilah kamu kembali (QS 29:57)


Malam itu (26.09.2009) bersamaan 7 Syawal 1430H, jantungku hampir berhenti berdenyut. Masa seolah2 terhenti, aku kembali membaca SMS daripada adik-adikku. Siang tadinya, hatiku sudah merasakan kegelisahan.. dan berita itu memang mengejutkanku. ....' ------ telah meninggal dunia selepas isya..'


Innalillahi wa innailaihi rajiu'n


Allahyarham telah diambil nyawanya dalam usia 19 tahun oleh Allah selepas disahkan menghidap Leukimia. Pada mulanya, hanya dikenalpasti mengalami simpton kekurangan darah. Tetapi kuasa Allah melebihi segalanya, hanya beberapa hari selepas itu, Allah mengambilnya kembali daripada ibu dan ayahnya, adik beradiknya, sahabatnya, dan jiran tetangganya. Ketika ini, saat tanah kuburnya masih basah dan merah, kesedihan, kenangan masih terlekat di jiwa. Saat ini, kemeriahan Idul fitri terasa hambar oleh keluarganya, saat baru menerima kelahiran ahli baru dalam keluarga, seorang ahli keluarga pula diambil semula.. Moga keluarga beliau dapat menghadapi ujian ini dengan sabar dan tabah.. Takziah.


Namun, yang terutamanya, adalah peringatan daripada Allah, bahawa hidup ini hanya sementara, nyawa ini semakin pendek, dan Izrail sentiasa menjadi tetamu kita yang paling kerap.. hatiku bergetar lagi.. Mungkin terlalu banyak dosaku pada kalian membuatkan hatiku tidak pernah tenang, dan tingginya dosaku pada Pencipta sentiasa menggusarkan hati? Apakah cukup bekalku nanti atau sebenarnya adakah bekal yang dibawa? Aku tidak tahu...!


Sebenarnya, setiap tahun, ada sahaja ahli atau kerabat keluarga yang meninggal dunia, malah setiap hari di dada-dada akhbar, berita kematian sentiasa menjadi pemenuh muka surat. Tetapi, sejauh mana pernah diambil kisah? sejauh mana pernah diambil berat? Habisnya bulan Ramadhan, mula terfikir, apa juadah untuk rumah terbuka, persediaan rumah terbuka, duit, pelancongan dll. Tetapi...mungkin selepas ini giliran aku? Arrggghh... masih banyak lagi yang belum disiapkan, masih belum terlaksanakan.. How?


Bingung? Gelisah?


Orang yang paling bijak adalah orang yang sentisa mengingati mati...


Sama2 berusaha ke arah kebaikan dan mohon untuk sentiasa istiqamah.


Maafkanlah diri dan maafkanlah orang lain..


Sama2lah sedeqahkan al-Fatihah buat Mohd Shahrulnizam, moga rohnya dicucuri rahmat...=)



__________________________________________________________

SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI



To all bloggers and visitors, muslimin dan muslimat, dan seisinya..

Taqaballahu minna wa minkum.

Bila ada kata terselip dusta, ada sikap membekas lara, dan langkah menoreh luka, semoga masih ada maaf tersisa.

Selamat Idul Fitri. Minal Aidin wal Faidzin.

Semoga menjadi jiwa yang fitri teriring doa.

Semoga spirit Ramadhan terus bersama kita di sebelas bulan berikutnya.

Sep 16, 2009

Menghitung Hari

Bila dihitung, rupanya sudah berada di penghujung Ramadhan. Sayu. Walaupun berada di 10 malam terakhir Ramadhan, hati bertambah-tambah lagi sayu kerana kini adalah minggu terakhir. Kehadirannya sangat2lah dirindui, berada di dalam bulan ini seolah2 sedang dicintai, dan pemergiannya sangatlah ditangisi.

Bila difikirkan kembali, sejauh manakah telah direbut segala peluang pahala dan rahmat Allah yang telah dibuka untuk hamba-hambanya? Dan kini hanya menghitung detik. Masih sempatkah untuk meraih kasih dan merebut pandanganMu? Moga detik yang tinggal ini merupakan detik yang berharga walaupun telah berada di penghujung..

Moga sentiasa ikhlas =)