Oct 6, 2009

USAH PUTUS ASA- Akbar feat Mirwana

Tak tahu di sebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNya
Jangan berputus asa
Bila ia menimpa
Redho dan pasrah
Itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

**Cubalah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita meniti duka
Esok harap menjadi milik kita semula

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun di depan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi

Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah diimpikan
Teruslah melangkah dan jangan menoleh lagi
Segala yang diimpi akan menjadi pasti

Ulang **

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan cita

Ulang**

Peganglah janji dari Ilahi
Jika kau sedar ia kan pasti
Terus mendaki puncak yang tinggi
Gapailah mimpi lukisan hati

Cubalah engkau terus mencuba
Jika kau tiba di puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita milik Yang Esa
Ya, Milik YANG ESA.


Sep 30, 2009

Doa pelindung diri khusus buat kaum Hawa


Semakin lama diakui keselamatan kaum wanita semakin membimbangkan. Hampir setiap hari di akhbar ada saja berita seperti rogol, cabul, ragut dan lain2. Baru2 ini berhampiran tempat kerja saya baru sahaja digemparkan dengan berita pencullikan seorang wanita yang dalam perjalanan pulang. Nasib beliau baik kerana dapat dijejaki dan keberanian beliau sendiri.. Semua ini datangnya daripada kuasa dan perlindungan Allah.

Kebetulan ketika melayari internet, terlintas mengenai artikel doa elak dirogol dan cabul. Makanya, saya ingin berkongsi artikel ini, moga ianya dapat dimanfaatkan bersama-sama. =)

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah dipaparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin dalam website zaharudin.net sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Sumber: www.zaharuddin.net

Sep 28, 2009

Tazkiratul maut...



Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian, hanya kepada kamilah kamu kembali (QS 29:57)


Malam itu (26.09.2009) bersamaan 7 Syawal 1430H, jantungku hampir berhenti berdenyut. Masa seolah2 terhenti, aku kembali membaca SMS daripada adik-adikku. Siang tadinya, hatiku sudah merasakan kegelisahan.. dan berita itu memang mengejutkanku. ....' ------ telah meninggal dunia selepas isya..'


Innalillahi wa innailaihi rajiu'n


Allahyarham telah diambil nyawanya dalam usia 19 tahun oleh Allah selepas disahkan menghidap Leukimia. Pada mulanya, hanya dikenalpasti mengalami simpton kekurangan darah. Tetapi kuasa Allah melebihi segalanya, hanya beberapa hari selepas itu, Allah mengambilnya kembali daripada ibu dan ayahnya, adik beradiknya, sahabatnya, dan jiran tetangganya. Ketika ini, saat tanah kuburnya masih basah dan merah, kesedihan, kenangan masih terlekat di jiwa. Saat ini, kemeriahan Idul fitri terasa hambar oleh keluarganya, saat baru menerima kelahiran ahli baru dalam keluarga, seorang ahli keluarga pula diambil semula.. Moga keluarga beliau dapat menghadapi ujian ini dengan sabar dan tabah.. Takziah.


Namun, yang terutamanya, adalah peringatan daripada Allah, bahawa hidup ini hanya sementara, nyawa ini semakin pendek, dan Izrail sentiasa menjadi tetamu kita yang paling kerap.. hatiku bergetar lagi.. Mungkin terlalu banyak dosaku pada kalian membuatkan hatiku tidak pernah tenang, dan tingginya dosaku pada Pencipta sentiasa menggusarkan hati? Apakah cukup bekalku nanti atau sebenarnya adakah bekal yang dibawa? Aku tidak tahu...!


Sebenarnya, setiap tahun, ada sahaja ahli atau kerabat keluarga yang meninggal dunia, malah setiap hari di dada-dada akhbar, berita kematian sentiasa menjadi pemenuh muka surat. Tetapi, sejauh mana pernah diambil kisah? sejauh mana pernah diambil berat? Habisnya bulan Ramadhan, mula terfikir, apa juadah untuk rumah terbuka, persediaan rumah terbuka, duit, pelancongan dll. Tetapi...mungkin selepas ini giliran aku? Arrggghh... masih banyak lagi yang belum disiapkan, masih belum terlaksanakan.. How?


Bingung? Gelisah?


Orang yang paling bijak adalah orang yang sentisa mengingati mati...


Sama2 berusaha ke arah kebaikan dan mohon untuk sentiasa istiqamah.


Maafkanlah diri dan maafkanlah orang lain..


Sama2lah sedeqahkan al-Fatihah buat Mohd Shahrulnizam, moga rohnya dicucuri rahmat...=)



__________________________________________________________

SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI



To all bloggers and visitors, muslimin dan muslimat, dan seisinya..

Taqaballahu minna wa minkum.

Bila ada kata terselip dusta, ada sikap membekas lara, dan langkah menoreh luka, semoga masih ada maaf tersisa.

Selamat Idul Fitri. Minal Aidin wal Faidzin.

Semoga menjadi jiwa yang fitri teriring doa.

Semoga spirit Ramadhan terus bersama kita di sebelas bulan berikutnya.

Sep 16, 2009

Menghitung Hari

Bila dihitung, rupanya sudah berada di penghujung Ramadhan. Sayu. Walaupun berada di 10 malam terakhir Ramadhan, hati bertambah-tambah lagi sayu kerana kini adalah minggu terakhir. Kehadirannya sangat2lah dirindui, berada di dalam bulan ini seolah2 sedang dicintai, dan pemergiannya sangatlah ditangisi.

Bila difikirkan kembali, sejauh manakah telah direbut segala peluang pahala dan rahmat Allah yang telah dibuka untuk hamba-hambanya? Dan kini hanya menghitung detik. Masih sempatkah untuk meraih kasih dan merebut pandanganMu? Moga detik yang tinggal ini merupakan detik yang berharga walaupun telah berada di penghujung..

Moga sentiasa ikhlas =)

Jun 20, 2009

Forever Friends


you're my friend and that is true,
but the gift was given from me to you.
we went thru moments that were good and bad,
even moments that were happy and sad.
you suported me when i was in tears,
we stuck together when we were in fear,

its really sad that it had to be this way,
but it has reached its very last day.
miles away can't keep us apart,
'cause you'll always be in my heart


.

Jun 6, 2009

Sultan Mohamad Al-Fateh


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.



Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican


Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.



Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.


Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin



Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


adapted from:http://satuperkongsian.wordpress.com

May 22, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta

Diet ala Rasulullah saw


Makanan memaminkan peranan penting dalam kehidupan. Manusia boleh bertahan selama 1 minggu tanpa makanan. tetapi, adakah kita betul2 memperhatikan makanan yang kita makan sehari-hari? Be careful, because you are what you eat. Jadi, apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini adalah diet cara Rasullulah SAW. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. Secara tidak langsung, kita telah mempraktikkan sunnah-sunah Rasulullah dalam kehidupan tanda kasih sayang terhadap baginda.

TIPS:

  1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
  2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
  3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
  4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
  5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
  6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
  8. Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN:

  1. MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.


Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.


ANTARA AMALAN LAIN YG BOLEH DIPRAKTIKKAN:

  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)



WallahuA'lam

May 2, 2009

KUNCI-KUNCI PEMBUKA PINTU REZEKI

  1. Taubat dan Istighfar

  2. Takwa

  3. Bertawakal kepada Allah disertai Usaha mencari Rezeki

  4. Beribadah kepada Allah, Memfokuskan Diri kepada Allah, dan memperhatikan Ibadah

  5. Menunaikan haji dan Umrah secara beruntun

  6. Berbakti kepada Kedua Orang tua dan silaturrahim

  7. Berbuat baik terhadap orang-orang lemah dan miskin

  8. Hijrah Menuju Jalan Allah

  9. Menegakkan Syariat Allah

  10. Berdoa

  11. Menunaikan Shalat

  12. Mencari Rezeki di Waktu Pagi

  13. Mengeluarkan Biaya saat menuntut Ilmu

  14. Bersyukur kepada Allah atas Kurnia-Nya

  15. Amanah

  16. Menikah bagi Orang yang ingin menjaga Kesucian

Berbaik Sangka (Husnuzhan) harus disertai Perbuatan



Sabda Rasulullah yang menuturkan firman Allah " Aku menurut pransangka hamba-Ku kepada-Ku. Maka, berprasangkalah ia sekehendak hatinya".

Hasan al-Basri mengatakan, "Seorang mukmin akan berprasangka baik kepada Tuhannya, sehingga amal perbuatannya pun akan menjadi baik, sedangkan seorang pendosa akan berprasangka buruk kepada Tuhannya, sehingga amal perbuatannya pun menjadi buruk." Bagaimana seseorang dikatakan berprasangka baik kepada Tuhannya, sementara dirinya 'lari' menjauh dari Tuhan dan berpindah pada kemurkaan-Nya!

Husnuzhan akan menghantarkan hamba untuk beramal saleh. Setiap kali seorang hamba berprasangka baik kepada Allah, maka amalnya jugakan baik. Jika tidak demikian, maka prasangka yang disertai hawa nafsu itu sangat lemah. Sebagaimana yang diriwayatkan Syadad bin Aus r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Orang yang bijak adalah orang yang merendahkan dirinya (sehingga menjadi hamba yang taat) dan beramal untuk bekal setelah kematian. Dan orang yang lalai adalah orang yang menuruti hawa nafsunya dan berharap kepada Allah (dengan melalaikan ketaatan)." (HR. Ahmad, al-Hakim, Ibnu Majh, al-Baihaqi, ath-Thabrani).

Allah telah memberitahukan kepada orang yang beriman bahwa sesudah semua itu (menerima cubaan, berjihad dan bersabar), Dia benar-benar akan memberikan pengampunan dan rahmat kepada pelakunya. Orang yang bijak akan meletakkan pengharapan sesuai tempatnya. Sedangkan orang bodoh yang terpedaya akan meletakkan pengharapan tidak sesuai dengan tempatnya, seperti yang telah dinyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 218 dan an-Nahl ayat 110 (sila rujuk tafsir al-Quran).

sumber: Kunci-kunci Pembuka Pintu Rezeki (Majdi asy-Syahawi)

Apr 8, 2009

Winners Are Like You

WINNERS take chances

Like everyone else, they fear failing,

but they refuse to let fear control them

WINNERS don't give up

When life gets rough, they hang in

until the going gets better

WINNERS don't blame fate for their failures

nor luck for their successes

WINNERS accept responsibility for their lives

WINNERS are positive thinkers

who see good in all things

From ordinary, they make extraordinary

Winners believe in the path they have chosen

even when it's hard,

even when others can't see where they are going

WINNERS are patient

They know a goal is only worthy

as the effort that's required to achieve it

WINNERS are people like you

They make this world a

better place to be



Thoughts to share with a wonderful teenager

Tawazun- Menuntut ilmu dan Mensucikan hati

" Aku berpikir tentang ilmu,

kecenderungan terhadapnya dan menyibukkan diri dengannya.

Ternyata aku memperoleh kesan bahwa hal itu bisa menguatkan hati yang akhirnya cenderung menjadi keras.

Kalau tidak kerana kuatnya hati dan panjangnya cita-cita, aku tidak akan menyibukkan diri dalam ilmu.

Aku menulis hadits dan berharap bisa menyempurnakannya.

Namun, ketika aku berpikir tentang suasana hatiku dalam hubungannya dengan Allah, maka melunaklah cita-citaku.

Hatiku menjadi tipis dan lunak.

Lalu, berlinanglah air mataku sampai aku memilih bermunajat, aku diliputi ketenangan dan ketenteraman batin.

Namun, saat yang sama, aku menyadari bahawa menekuni ilmu lebih utama, lebih kuat hujjah dan lebih tinggi derajatnya, meskipun dampaknya dapat membuat hati menjadi keras"



oleh Imam Ibnul Jauzi ra dalam bukunya Shaidul Khatir



p/s: Kata-kata ini diambil dari buku MANAJEMEN TAWAZUN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM =). Walaupun bahagian ni telah beberapa kali dibaca,malah mungkin pernah diberitakan tetapi baru kini ia menyentuh hati dan mula difahami. Kita tidak tahu tentang aturan ALLAh terhadap diri, saat menganggap itulah yang terbaik buat diri tetapi ia tidak, dan saat menganggap ia bukan yang terbaik, itulah yang terbaik sebenarnya.. maka, doakanlah yang terbaik.. kerana saat dirasakan ia adalah musibah walhal ia adalah satu penyelamat.. ok? =)