Sep 18, 2008

2 kebimbangan besar manusia


Manusia adalah lemah.dan umat Nabi Muhammad adalah umat yang terlemah, lebih2 lagi bagi umat di akhir zaman.. maka Allah telah menyembunyikan 6 rahsia daripada manusia:



  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Allah berfirman kepada Jibril...


''umat ini lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Imbalannya amat bsar bagi manusia...


'Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu (firdaus), namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampukan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah pengampun, dosa-dosa besar, dosa-dosaku bagaikan pepasir, di pantai, dengan rahmatMu, ampunkan Kami, oh Tuhanku..."


dan 2 kebimbangan manusia pada hakikatnya ialah:



  • masa yang telah berlalu

  • masa yang akan datang

>>>masa yang telah berlalu:


adakah Allah menerima amalanku pada Ramadhan yang lalu? bagaimana dengan ibadah puasaku yang telah aku jalani beberapa hari yang lepas?


>>>masa yang akan datang:


sempatkah pula aku bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? adakah aku akan buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini?


Kebimbangan2 ini sering menerjah fikiran kita.. adakah saat ini kita benar2 ikhlas menjalani ibadah puasa atau sekadar menahan lapar dan dahaga? Atau kita benar-benar ingin menjadi hamba yang rakus? Kerakusan dalam mengutip pahala di bulan Ramadhan... Saat ini, berapa rakuskah aku..? atau masih lalai...?