Apr 15, 2008

Isu Murtad- apa tindakan kita?

Isu Murtad tidak habis-habis hingga kini, ibarat musuh dalam selimut, ia terus menjalar, dengan tersebar luasnya perang pemikiran yang semakin rancak, menyaksikan seolah-olah sang musuh Islam bersorak girang.... benarlah, umat Islam kini ibarat buih di lautan...banyaknya ia tetapi tidak bermanfaat... jadi, siapakah aku?

************************

Soalan: Apakah tindakan sepatutnya bila berhadapan dengan orang mengalami masalah ini?

Jawapan:

Walaikumussalam,

Ada beberapa perkara yang harus kita buat sebelum memutuskan sesuatu (Masalah murtad):
1. Pastikan yang kamu dan kawan-kawan lain nampak yang orang atau kawan yang kita maksudkan itu sudah membuat perkara yang dianggap mencurigakan.
2. Beritahu pihak yang sepatutnya, felo, pengetua kolej, Jakmas, MPP.
3. Buat laporan secara bertulis dan Salin kepada ustaz, jika tindakan tidak dibuat dalam beberapa ketika ustaz akan rujuk perkara ni kepada Jabatan HEP dan TNC HEP.
4. WAJIB untuk tidak menghebahkan perkara kepada orang lain, dan jangan libatkan orang luar untuk mnyelesaikan masalah kita.
5. WAJIB berdoa kepada rakan yang dimaksudkan supaya Allah tidak memsongkan dia kepada jalan yang tidak betul.
6. Dosa memfitnah orang lain murtad akan kembali kepada kita juga jika lontaran fitnah yang kita buat itu tidak benar.
7. Elakkan menerima berita khabar berita selagi mana kita belum mendengar daripada orang yang berkenaan..
MURTAD ada 3 Jenis: 1. Murtad Qauli
2. Murtad Fi'li
3. Murtad i'toqadi.
Tak faham 3 perkara ini jangan cuba membincangkan dan mengeluarkan isu Murtad kepada sesiapa sahaja.

Semoga Allah memelihara kita semua dari bala bencana. Kesalahan kita menghukum orang juga akan menyebabkan bala Allah datang kepada kita, walaupun kita orang yang bersembahyang...

Wallahualam.

***************************************

'Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat'- Sabda Nabi saw.

Walau bukan si Burung Enggang, namun jadilah seperti si Burung Pipit, walau paruhnya kecil, namun tetap tekadnya untuk membantu Nabi Ibrahim a.s..

Ya Allah, yang berkuasa membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah ia dalam mentaatiMU...tetaplah dalam mentaatiMU, tetapkanlah ia dalam mentaatiMu......

so, teruslah bersemangat untuk menyebarkan fikrah Islam, moga lebih ramai yang akan mengenali dan tertarik dengan keindahan Islam..

wassalam..

No comments:

Post a Comment